Monday, November 21, 2011

KEJAYAAN SKUAD HARIMAU MUDA

Assalammualaikum w.b.t

TAHNIAH!!!! 2 je kata-kata yang mampu aku luahkan.. tak sia-sia malam nie aku tak buat keje.. walaupun keadaan kesihatan tidak mengizin tapi ku gagahkan juga p tengok perlawanan bola.. tak jauh mana pun aras kolej aku gak...perghhh! memang terbaik la pemain MALAYSIA.. tak tau la nak cakap apa lagi..gembira sangat-sangat pasukan negara menang.. TAHNIAH SEKALI LAGI SKUAD HARIMAU MUDA MALAYSIA.....

Biskut Nestum

Assalammualaikum w.b.t..

Fuhh..dah lama tak update blog aku nie...busy?? tak la busy mana pun..cuma kesempatan nak meluangkan masa ngan blog aku nie kurang sikit la..sem nie jadual padat sangat.. dengan asimen yang tak pernah2 nak siapnya.. yang entah bila akan siap...sibuk dengan mid term lagi yang dah start minggu nie...belum lagi final exam...pening den di buatnya.. tapi aku tak la boleh nak mengeluh sangat.. dah memang adat belajar kan...

Topik??? apa topik aku ek ari nie..tak tau la nak tulis apa...hmmm, kalau aku cite pasal raya aji mesti dah basi kan... tapi tak pe la aku nak cite gak...huhu.. raya aji ri tu aku tak balik sarawak pun aku balik kedah kat umah akak aku..kira ok la gak kan dari asyik dok terperap je kat kolej.. meh nak bagi sikit resepi biskut yang aku buat waktu raya aji ri tu...memang terbaik la aku buat biskut..malam raya kot aku buat biskut 2...dah la sampai rumah kol 11 lebih malam..lepas semua siap2 aku pun terus buat biskut...sampai kol 3.30 pagi aku menyiapkan biskut tu...memang tabah dan sabar la aku...malas nak cite panjang la...kat sini aku bagi resepi nak bisku t tu..nama biskut tu adalah BISKUT NESTUM... aku belajar dari akak aku kat sarawak masa raya lepas... senang dan mudah...

BAHAN-BAHANNYA :

450 gram MENTEGA
2 biji telur KUNING
3 cawan NESTUM( ORIGINAL )
3 1/2 cawan TEPUNG
1 sudu ESEN VANILA
2 cawan GULA HALUS

CARA-CARANYA :

Masukkan mentega ,telur kuning dan gula halus... putar sehingga kembang. kemudian setelah kembang masukkan nestum.. gaul dengan tangan.. kemudian masukkan tepung dan gaul sehingga sebati semuanya.. pastikan adunan tadi tidak melekat di tangan bila di gaul..sekiranya adunan masih melekat tambah tepung sehingga tidak melekat. jangan lupa untuk memasukkan esen vanila.. tak masukkan pun tak apa..rasa still sedap... selepas itu, bentuk kan adunan tadi seperti kuih makmor (bulat) kemudian ambil garpu dan tekan dan ia akan menghasilkan bentuk..panaskan dalam oven lebih kurang 10-15 minit...

dah siap pun nak masuk oven je lagi..

yang nie setelah siap di adun..pastikan tak lekat kat tangan ye..

dalam oven sudah..hihi

dah masak...
kalau dah masak jangan lupa salut kan dengan NESTUM BABY warna OREN...

SELAMAT MENCUBA...

GG Manchester United

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tabungan Lara

Jiwa Lara World - Bila Pena Mula Menari Menulis Kalimah Tanpa Hentinya...