Wednesday, September 26, 2012

Worldless Wednesday







Setiap saat itu amat berharga...
 Hargailah masa kita dengan sebaiknya..
Usahlah bazirkan masa anda dengan perkara yang tidak berfaedah..
Masa itu Emas...

Thursday, September 20, 2012

Kehadiran Orang Baru

Alhamdulillah... Syukur ke Hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia Nya kita masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini...

Dah lama rasanya aku x update blog nih.. Al-maklum laa skang sem baru dah start.. Alhamdulillah, semua subjek n kelas untuk sem nie dah tersusun.. so, pengajian untuk sem nie InsyaALLAH, akan jadi lebih baik lagi dari sebelum nya.. wah2 ! kemain lagi aku bermadah kata.. bermadah kah aku ? hehehe.. Abaikan semua nya itu...

Ahmad Farhan 1st day

Sebelum terlambat lagi aku nak kongsi kehadiran orang baru dalam family aku.. 5 September 2012 ri tu akak aku selamat bersalin pada jam 4.58 pagi dengan melahirkan seorang baby boy seberat 2.3 kg je.. sepatutnya tarikh due date akak aku bersalin lambat lagi.. disebabkan akak aku tergelincir tym mandi and rahimnya xleh nak sokong baby tu lagi terpaksa la akak aku bersalin.. disebabkan akak aku dah lemah xleh nak teran baby tu keluar so terpaksa la digunakan vacum nak kluarkan baby tu.. kesian kan anak buah aku kuar x cukup bulan...

Disebabkan anak buah aku x cukup bulan so dy ditahan kat wad n check up coz ada prob kat buah pinggangnya.. ini disebabkan akak aku mengalami pendarahan... Alhamdulillah, skang semuanya dah selamat.. Anak buah aku baru je kluar wad beberapa hari yang lepas... x sabar rasanya nak jumpa baby boy.. InsyaALLAH, esok bleh jumpa baby Paan before diorang nak balik Raub..



Paan dah kuar wad



Thursday, September 13, 2012

Welcome Back !

Assalammualaikum w.b.t ..

 Wah ! terasa lama sudah tidak mengupdate benda alah nih... kekosongan otak menerjah tatkala jari mula menulis kata-kata.. namun semuanya hanya kosong ! Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerna dengan limpah kurniaNya, aku berjaya menghabiskan sesi praktikal aku di Muzium Tamadun Islam Sabah...

Skang aku dah berada di semester 5.. bermakna nie adalah tahun terakhir aku berada di bumi UKM yang tercinta.. masih segar di ingatan tatkala aku mula mendaftarkan diri sebagai pelajar baru sesi 2010/2011.. banyak kenangan yang tak dapat aku  nak lupakan bila bergelar sebagi seorang mahasiswa...

Semester 5 ? minggu pertama lagi dah ada kuliah.. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.. semester nih aku amek 6 subjek.. 2subjek modul, 2 subjek wajib fak, 1 wajib jabatan n 1 wajib universiti.. so far so good la subjek sem nih.. tambahan lagi aku modul sejarah memang terbaik laa subjek modul sem nih..

result exam lepas ?? Alhamdulillah, x sangka plak sem nih naik gilerr pointer aku.. memang x sangka la bleh dapat sampai camtu sekali.. berbaloi la gak usaha aku sem lepas.. xsia2 la segala usaha aku selama nie...akhirnya berbaloi gak... :)

GG Manchester United

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tabungan Lara

Jiwa Lara World - Bila Pena Mula Menari Menulis Kalimah Tanpa Hentinya...