Assalammualaikum dan Salam sejahtera...
Hmm.. lama rasanya aku tak menyentuh blog aku ni apatah lagi untuk menaip entry.. memang langsung xde.. idea xde ? xde la jugak.. cuma skang aku tengah buzy.. buzy menyiapkan segala tugasan dan amanah yang telah diberikan kepada aku.. memang menjadi rutin hidup sebagai seorang mahasiswa yang tak akan lari dari tugas dan tanggungjawab yang diberikan oleh seseorang pensyarah.. tidak terkecuali jugak aku.. terasa beban itu sangat berat tambahan tugas yang terpaksa aku galas sebagai mahasiswa tahun akhir.. dengan Latihan Ilmiah aka Tesis yang perlu dilaksanakan dan disiapkan sebagai prasyarat untuk bergraduasi nanti..
Hmm.. aku mengeluh lagi.. memang ku akui aku lalai dengan tugasan dan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada aku.. bukan niat untuk membiarkan semuanya itu.. walaubagaimanapun, dengan segala usaha dan kudrat yang aku ada In Sha Allah, aku mampu untuk menghadapi semuanya.. hanya berbaki SEMINGGU sahaja lagi sebelum sesi perkuliahan ku tamat.. seterusnya akan berFINAL EXAM.. Dalam masa yang sama akan menyiapkan tesis dan tugasan yang telah diberikan kepada ku..
kadang-kadang terasa sebak juga bila mengenangkan sesi pembelajaran ku bakal berakhir.. masih teringat lagi memori di kala pertama kalinya menjejakkan kaki ke menara gading.. Impian dan harapan aku terlaksana dengan menjejakkan kaki ke alam universiti.. sedar x sedar aku bakal meninggalkan alam pembelajaran ini.. pelbagai rintangan, halangan yang banyak aku lalui.. kadang-kadang tersentuh rasa hati bila mengenangkan orang tua di kampung, yang tak serik-serik memberikan sokongan dan dorongan.. Ya , sekarang anak MAMA n BAPA bakal mengakhiri alam pembelajarannya tidak lama lagi.. semoga semuanya berjalan dengan lancar nanti sepanjang Final Exam berlangsung..
Hidup mesti diteruskan.. Hasrat dan Impian harus dilaksanakan dan dicapai..
2 comments:
semoga segala urusan dipermudahkan ok..senyum saja walaupun xblh..ehhe
Excellent Blog! I would like to thank for the efforts you have made in writing this post. I am hoping the same best work from you in the future as well. I wanted to thank you for this websites! Thanks for sharing. Great websites!
python Training in chennai
python Course in chennai
Post a Comment