- Bateri
- Bateri memainkan peranan penting dalam penggunaan laptop untuk digunakan tanpa ada punca sambungan elektrik. Anda perlu membuat perbandingan dan dapatkan laptop yang boleh berfungsi tanpa penggunaan elektrik yang tinggi dan boleh mencecah lebih dari 5 jam penggunaan tanpa henti.
- Berat
- Ia merupakan antara aspek yang terpenting pada mereka yang selalu bergerak. Disarankan anda mendapatkan saiz skrin antara 12"-14" dan berat kurang dari 2kg.
- WiFi
- Pada zaman teknologo internet ini, WiFi sangat diperlukan dan penting bagi mereka yang sentiasa ingin mendapatkan sumber-sumber daripada internet. Boleh dikatakan banyak tempat awam terutama kompleks pasaraya dan restoren kini menyediakan perkhidmatan internet secara percuma melalui kemudahan WiFi.