- Bateri
- Bateri memainkan peranan penting dalam penggunaan laptop untuk digunakan tanpa ada punca sambungan elektrik. Anda perlu membuat perbandingan dan dapatkan laptop yang boleh berfungsi tanpa penggunaan elektrik yang tinggi dan boleh mencecah lebih dari 5 jam penggunaan tanpa henti.
- Berat
- Ia merupakan antara aspek yang terpenting pada mereka yang selalu bergerak. Disarankan anda mendapatkan saiz skrin antara 12"-14" dan berat kurang dari 2kg.
- WiFi
- Pada zaman teknologo internet ini, WiFi sangat diperlukan dan penting bagi mereka yang sentiasa ingin mendapatkan sumber-sumber daripada internet. Boleh dikatakan banyak tempat awam terutama kompleks pasaraya dan restoren kini menyediakan perkhidmatan internet secara percuma melalui kemudahan WiFi.
- Kelajuan/Speed
-Kelajuan atau speed processor adalah nadi utama segalanya. Kelajuan yang tinggi akan membolehkan pengguna membuka aplikasi yang banyak dalam satu masa dan menggunakan aplikasi-aplikasi yang 'berat' tanpa amsalah seperti perisian grafik Adobe Photoshop, movie editing dan sebagainya. Semakin tinggi RAM, kelajuan Processor, ruang storan Hard Disk yang besar, semakin laju laptop anda dan dapat digunakan tanpa sebarang masalah.
- Keselamatan/Security
- Tahap keselamatan amat penting sekali dalam penggunaan mereka yang selalu bergerak bagi mengurangkan risiko kecurian data di dalam hardisk. Apabila laptop dicuri, data sangat mudah di access jika laptop tersebut tiada tahap keselamatan yang tinggi. Contoh terbaik adalah penggunaan cap jari, kata laluan yang susah dan sistem yang membolehkan laptop dikesan sekiranya dicuri.
- Jaminan/Warranty
- Pastikan anda mendapatkan laptop yang mempunyai warranty atau jaminan sekurang-kurangnya 3 tahun. Pastikan juga anda menyimpan resit pembelian sebagai bukti. Jika terdapat masalah pada laptop tersebut dalam masa warranty, anda boleh mendapatkan bantuan atau pembaikan dari kedai tersebut tanpa apa-apa bayaran.
- Bajet
- Akhir sekali, buatlah pilihan berdasarkan bajet yang disediakan. Buat pilihan terbaik bagi mendapatkan laptop yang sempurna berkualiti dan tahan lama.
Selamat Membaca.
3 comments:
info menarik.. tq.. :)
Jangan lupa terjah n komen k.. :) "Mutiara Asli Eann Hikaru"
sme2x..:)
Jarang jumpa warranty sekurang-kurangnya 3 tahun. Selalunya 1 tahun je. Computer apa yang guna 3 tahun. PAsti computer tu berjenama mahal seperti Sony Vaoi dan Mac kan..
Post a Comment