Wednesday, April 6, 2011

Angan-angan

Sebelum tidur apa yang korang buat selain daripada cuci kaki, berus gigi, tempek bedak kat muka dan macam-macam lagi yang korang akan buat sebelum tidur... Ada tak sapa-sapa yang sebelum tidur dia akan berangan... Cuba angkat tangan cket... Ala-ala Usop Wilcha.. klu setuju buat macam angkat tangan sekarang.. Pengaruh cite Hantu Kak Limah begitu glamer sekarang.. Jom kita layan apa yang korang angankan sebelum nak tidur...
  • Budak-budak
- Nak hebat macam super hero atau nak dapatkan segala jenis permainan yang ada. Kalau boleh kerja sekolah yang diberikan siap tanpa memegang buku dan serta dapat kebenaran untuk tidak ke sekolah.

  • Remaja
- Dapat sambung belajar di mana-mana universiti walaupun keputusan SPM hampeh, menjadi top student, dapat kerja dekat syarikat yang gah dan dapat menjadi pekerja contoh setiap tahun. Berhajat dapat pasangan persis model atau bertanggungjawab walaupun korang sendiri berperwatakan tak semenggah.

  • Dewasa
- Yang miskin nak jadi kaya, yang kaya nak jadi kaya lagi, yang dah beristeri nak cuba-cuba tambah bini dan si isteri harapkan suaminya terus setia serta bagi apa saja yang dipinta.

  • Tua
- Dapat anak cucu yang tak menyusahkan dan sentiasa boleh diharap untuk menjaga diri dan hati, bukannya campak kat sana sini dengan alasan.... anak-anak dah besar, pepandailah dia jaga diri...

  • Dalam Kubur
- Agaknya la... kalau dalam kubur pun boleh berangan mesti nak boleh jawab segala soalan kubur. Ketika itu baru nak insaf segala perbuatan di dunia, jawabnya dah terlambat laa.....

Fikir-fikirkan, renung-renungkan...

Selamat Membaca..

No comments:

GG Manchester United

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tabungan Lara

Jiwa Lara World - Bila Pena Mula Menari Menulis Kalimah Tanpa Hentinya...