Thursday, April 7, 2011

Kerajaan Brunei

Demam exam melanda diriku.. Kat sini aku kongsikan serba sedikit pasal sejarah Kerajaan Brunei.. Hasil dari pembelajaran aku malam nie setelah penat memerah segala isi-isi yang ada dalam otak ini.. Walaupun banyak kerajaan-kerajaan Islam di Asia Tenggara nie, tapi aku lebih berminat nak kongsikan pasal kerajaan Brunei.. Mentang2 la dekat ngan aku tinggal. Jom kita mengikuti sejarah Kerajaan Brunei.


Brunei merupakan salah sebuah kerajaan Islam yang terwal di Alam Melayu menurut catatan Arab, China dan tradisi lisan. Dalam catatan Sejarah China kerajaan Brunei dikenal dengan nama Po-li, Po-lo atau Puni. Manakal dalam catatan Arab pula ia dikenali sebagai Dzabaj atau Randj. Salasilah Raja-Raja Brunei bermula dari Awang Alak Betatar, Raja yang mula-mula memeluk agama Islam(1368) dan digelar Sultan Muhammad. Sultan Brunei ke-3, Sultan Sharif Ali(dari Makkah). Sewaktu pemerintahan beliau, agama Islam sangat pesat berkembang. 


Kerajaan Brunei pernah menjadi taklukan Kerajaan Majapahit. Setelah kematian Hayam Wuruk(pemerintah Majapahit), Brunei membebaskan diri menjadi pusat perdagangan penting. Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis, telah menyebabkan Brunei menjadi pusat perkembangan Islam. Kerajaan Brunei mencapai zaman kegemilangannya dari abad ke-15 hingga abad ke-17. Kerajaan Brunei telah memperluaskan kekuasaannya ke seluruh pulau Borneo dan Filipina.


Kerajaan Brunei juga memperluas pegaruhnya hingga ke Luzon dan Sulu serta di sebelah dan barat Kalimantan. Pada Julai 1963, Kerajaan Brunei menolak cadangan(walaupun pada awalnya menunjukkan minat) untuk bergabung dengan Singapura, Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia. Sultan Omar Ali Saifuddin III bercadang untuk membentuk sebuah negara yang merdeka. Pada 1967, baginda telah turun dari takhta dan melantik putera sulungnya iaitu Sulatan Hassanal Bolkiah, menjadi sultan Brunei ke-29 dan memerintah sehingga sekarang.






Selamat Membaca.

No comments:

GG Manchester United

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tabungan Lara

Jiwa Lara World - Bila Pena Mula Menari Menulis Kalimah Tanpa Hentinya...