Tuesday, April 5, 2011

Di Sebalik Bola

Korang selalu tengok bola tak??? Ala benda yang bulat-bulat tu.. Tau tak, ada satu keajaiban di sebalik bola... Jom kita kaji bersama...

  • Walaupun bola itu sering kali disepak, ditampar, ditendang, dipukul dan dibaling tapi percayalah bola itu tidak akan sesekali membalas perbuatan korang.
  • Bola juga mampu membuatkan bini korang membuat muka seposen bila mana rancangan drama bersirinya digantikan dengan siaran langsung bola sepak.
  • Walaupun korang tak pernah duduk semeja dengan pemain bola dan bercerita hal peribadi dengan diorang tetapi korang tetap akan menyokong diorang macam dah kenal lapan belas tahun.
  • Ketika siaran langsung bola sepak berlangsung bukan sahaja pemain yag sibuk bahkan pekerja-pekerja kedai mamak turut sibuk melayan kerenah pelanggan yang nak itu nak ini sepankjang perlawanan berlangsung.
  • Dengan bola juga ia mampu membuatkan seseorang itu berubah dari kaya kepada papa kedana dan sebaliknya. Ingat, Judi adalah haram!
  • Sekalipun bentuk bola itu bulat tapi korang tidak boleh dengan sewenag-wenangnya menukarkan bola tenis untuk permainan bla sepak, bola sepak untuk bermain bola tampar dan bola baling untuk acara sukaneka membawa bola ping pong dalam sudu.
p/s: Selamat membaca..

No comments:

GG Manchester United

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tabungan Lara

Jiwa Lara World - Bila Pena Mula Menari Menulis Kalimah Tanpa Hentinya...