Saturday, April 9, 2011

Percaya atau Tidak Inilah Realitinya.

Pernah tak korang cerita ngan kawan-kawan korang pasal apa-apa je la yang penting korang cerita kat kawan korang tu. Mereka percaya ke tak apa yang korang ceritakan tu. cu cite cu cite..hehehe.. Ada sesetengah percaya dengan apa yang korang cerita ada plak siap pintas korang cakap dan kata yang korang cakap tu sumea tipu belaka.. Korang tak rasa panas tak??? Jom layan benda kat bawah ni.. Sama ada korang percaya atau tida itu terpulang kat korang nak menilainya. Cu cite cu cite..



  1. Menurut tukang masak di PBB(Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu), Presiden Iceland memakan ikan setiap hari sebagi menu siangnya sementara Ratu Denmark menggemari masakan Jepun.
  2. Di Australia topping pizza yang paling digemari adalah telur, kerang pula menjadi kegemaran di Chile sementara di Amerika Syarikat, pepperoni menjadi pilihan.
  3. Di Jerman pernah diterbitkan sebuah buku yang berjudul Nasihat Untuk Para Penonton Pertandingan Catur. Semua muka surat buku ini kosong, kecuali halaman terakhir yang mengandungi perkataan "Dilarang berbual".
  4. Pada awal abad ke-20 kebanyakan mentol dibuat dengan tangan, sehingga harganya mencecah kira-kira setengah gaji sehari dari rata-rata seorang pekerja di Amerika Syarikat.
  5. Keanu Reeves berlatih seni bela diri selama empat bulan di bawah kendalian seorang pakar sebelum pembikinan filem The Matrix pada tahun 1999.
  6. 120 titik air diperlukan untuk memenuhi satu sudu teh.
  7. Negara bahagian Hawaii mempunyai tahap peratusan pembakaran mayat tertinggi di seluruh Amerika Syarikat. Sebanyak 60.6% warga Hawaii memilih cara tersebut berbanding pengebumian.
  8. Shuttlecock atau bulu tangkis dalam sukan badminton adalah yang paling pantas di dunia. Ia mampu bergerak laju dengan kepantasan hampir 480 km per jam.
  9. Hanya sekitar 30% remaja lelaki menggunakan krim penghalang sinaran matahari apabila berenagn, sementara 46% remaja perempuan memakainya.
  10. Orson Welles menghasilkan filem Citizen Kane ketika ia baru berusia 25 tahun. Filem ini dianggap satu filem terbaik oleh banyak pengkritik filem.

Korang percaya tak?? Klu tak percaya cuba-cuba la tuk percaya...hehehe

Selamat Membaca.

No comments:

GG Manchester United

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tabungan Lara

Jiwa Lara World - Bila Pena Mula Menari Menulis Kalimah Tanpa Hentinya...