Wednesday, April 6, 2011

Kegunaan Lain sebuah Bus Stop

Kalau diterjemahkan ke Bahasa MAlaysia ia dikenali sebagai Perhentian Bas. Selain menunggu bas ada banyak lagi kegunaannya untuk orang ramai. Jom kita terjah bersama....



  • Tempat Tampal Iklan
- Iklam sewa rumah, iklan urut, iklan pinjam isteri duit, iklan ubat kuat, dan macam-macam iklan lagi.

  • Tempat Tidur
- Kena halau dengan bini, lari dari rumah, mat dadah melepak... kat sini la tempat diorang check in.

  • Tempat Dating
- Kalau malas nak keluar jauh-jauh ataupun tiada bajet yang cukup, bus stop adalah lokasi paling ideal untuk dating. kalau kena tangkap khalwat tanggung sendiri la alamatnya.

  • Tempat Lepak
- Selalu juga dijadikan tempat lepak bebudak remaja dan dijadikan markas kerana selalunya kedudukan bus stop ini senang untuk dikunjungi oleh ibu bapa bila anak diorang tak pulang melewati waktu senja.

  •  Tempat Mencari Jodoh
- Kebanyakan cinta pandang pertama tercetus di bus stop. Bagi diorang  yang sedang mencari jodoh di bus stop adalah kawasan yang paling strategik.

  • Tempat Berteduh
- Bagi penunggang motosikal dan pejalan kaki, bus stop ini boleh dianggap sebagai satu rahmat sewaktu hujan lebat atau panas terik.

Tapi, sekarang mana ada orang nak tunggu bas lagi. Kebanyakannya naik kereta sendiri atau naik pengangkutan awam. Bus stop dijadikan tempat untuk para remaja sekarang melepak atau ponteng sekolah. Paling tak bermoral boleh plak buat maksiat kat bus stop. Apa kejadah semuanya!!Fikir-fikirkan dan renung-renungkan...

p/s: Gunakanlah kemudahan awam sebaik yang mungkin. 

Selamat Membaca..

No comments:

GG Manchester United

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tabungan Lara

Jiwa Lara World - Bila Pena Mula Menari Menulis Kalimah Tanpa Hentinya...