SIBU: Sebuah helikopter terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sibu, di tengah-tengah bandar raya berkenaan pada 1.40 petang tadi selepas menurunkan tiga penumpangnya termasuk pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di dataran itu.
Juruterbang helikopter itu, satu-satunya yang berada di dalam pesawat itu ketika kejadian, dihantar segera ke Hospital Sibu untuk rawatan.
Keadaannya masih belum diketahui.
Setiausaha Akhbar Muhiyddin, Hafiz Abdul Halim yang ketika itu sedang berjalan menuju ke RH Hotel, kira-kira 100m dari dataran itu terkejut dengan kejadian itu.
"Helikopter itu tidak mengalami apa-apa masalah semasa kami berlepas dari Bintangor atau semasa dalam penerbangan. Saya sedang berjalan menuju hotel apabila saya dengar ia terhempas," kata Hafiz yang sebelum itu menaiki helikopter itu bersama-sama dua pegawai keselamatan.
Sumber: Metro Online
Berita Terkini: Kapten Sahimi Ghazali, 38, disahkan meninggal dunia di hospital Sibu pada jam 8.36 malam ini. Berita tentang kematiannya diterima melalui sumber. – Oleh Watt Zacchaeus, Utusan Borneo.
Takziah untuk keluarga Allahyarham. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempat dalam golongan orang-orang yang beriman.. Amin..
Selamat Membaca.
2 comments:
Dia takde sebut pula helikopter jenis apa. Tira suspek Nuri ni.. Sebab nuri yang selalu terhempas.
P/s: Maaf lambat BW sebab sibuk sikit :)
ntah la Tira..xpasti sgt..lupa plak nk ltak gmbr heli die 2..hihi
Post a Comment