Tuesday, April 5, 2011

10 Perkara Yang Menjejaskan Prestasi Komputer

Kemungkinan selang beberapa lama selepas setahun kita menggunakan komputer, kita akan dapati terdapat beberapa perubahan yang ketara terhadap prestasi komputer kita misalnya selalu hang atau operasi yang semakin lambat. Jika pengguna extreme pula, masalah ini pasti berlaku lebih awal lagi. Di bawah ini merupakan antara punca kepada terjejasnya prestasi komputer kita.


  • Proses/Mikropemproses Mengalami Kepanasan Melampau


- Kepanasan melampau ini terjado apabila motor kipas yang menjadi penyejuk kepada mikropemproses tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini disebabkan habuk yang terdapat di sekeliling kipas yang menyekat putaran kipas tersebut. Selain daripada itu, mungkin bearing kipas menjadi longgar yang menyebabkan gegaran berlaku pada mikropemproses. Kesannya ialah mikropemproses tidak dapat bekerja dengan baik.

  • Masalah RAM
- Terdapat juga RAM yang daripada jenis murah yang tidak memenuhi spesifikasi serta mempunyai masalah komposisi cip-cip yang siap terbina. Akibat daripada masalah ini, RAM mudah mengalami kepanasan melampau yang menjejaskan keupayaan komputer. Selain itu, masalah Blue Screen juga akan lebih kerap berlaku.

  • Hardisk/Cakera Keras
- Bagi hardisk, masalah-masalah yang menyebabkan terjejasnya prestasi komputer ialah seperti bertambahnya bad sector ketika melakukan proses chkdsk dan scandisk, kerosakan dalaman(intermittent) yang mengakibatkan kegagalan proses boot dan capaian putaran pemasa yang rendah yang mungkin tidak sesuai dengan spesifikasi komputer yang digunakan. 

  • Konfigurasi BIOS
- Pengguna komputer seharusnya tidak terlalu bergantung kepada konfigurasi BIOS 'kilang' sebaliknya perlu mengetahui konfigurasi sistem yang optimum. Ini adalah kerana konfigurasi BIOS yang tidak tepat turut mempengaruhi keupayaan komputer.

  • Pengawal Cakera
- Kabel pengawal yang digunakan perlu menepati spesifikasi pengawal cakera yang dipasang. Begitu juga dengan papan ibu (motherboard) yang harus mampu menyokong pengawal cakera. 

  • Operating System/Sistem Operasi
- Sistem operasi seperti Windows XP  dan Windows 2000 biasanya mempunyai banyak servis yang dijalankan. Servis-servis yang dijalankan jika terlampau banyak akan merencatkan prestasi komputer. Servis yang jarang diguna sepatutnya diberhentikan kerana ia banyak menggunakan sumber tenaga komputer.

  • Proses dan Aplikasi
- Proses dan Aplikasi (exe) yang terlampau banyak digunakan akan menyebabkan komputer menjadi perlahan. Untuk melihat proses dan aplikasi yang sedang dilarikan, pengguna bolehlah klik pada bahagian Windows Task Manager.

  • Fragmentasi Cakera
- Fragmentasi cakera berlaku apabila terlalu kerap fail-fail disimpan, dipadam dan ditukar. Ini menyebabkan kandungan fail bertaburan di dalam sektor. Fragmentasi juga berlaku apabila kandungan cakera penuh. Seharusnya ruang kosong sebanyak 20%  sehingga 25% perlu disediakan bagi mengurangkan masalah fragmentasi ini.

  • Aplikasi Latar Belakang
- Ramai pengguna yang suka mealrikan aplikasi latar belakang secara automatik selepas proses boot ataupun permulaan sistem operasi. Aplikasi yang terlalu banyak dilarikan pada satu-satu masa akan menyebabkan komputer menjadi perlahan dan adakalanya menyebabkan hang. Aplikasi-aplikasi yang digunakan ini boelh dilihat pada Folder Startup.

  • Sistem Fail
- Dalam sistem operasi Windows terutamanya NT dan 2000, pemilihan sistem fail iaitu NTFS dan FAT adalah sangat penting. Ini adalah kerana sistem fail ini merujuk kepada saiz dan bilangan kelompok dalam sesuatu cakera. Saiz kelompok yang besar akan meningkatkan prestasi komputer. Kebiasaanya, sistem fail NTFS mempunyai saiz kelompok yang lebih besar berbanding FAT.




p/s: Selamat Membaca.

No comments:

GG Manchester United

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tabungan Lara

Jiwa Lara World - Bila Pena Mula Menari Menulis Kalimah Tanpa Hentinya...