Tuesday, May 21, 2013

Luahan Hati

Assalammualaikum dan Salam sejahtera...

Hmm.. lama rasanya aku tak menyentuh blog aku ni apatah lagi untuk menaip entry.. memang langsung xde.. idea xde ? xde la jugak.. cuma skang aku tengah buzy.. buzy menyiapkan segala tugasan dan amanah yang telah diberikan kepada aku.. memang menjadi rutin hidup sebagai seorang mahasiswa yang tak akan lari dari tugas dan tanggungjawab yang diberikan oleh seseorang pensyarah.. tidak terkecuali jugak aku.. terasa beban itu sangat berat tambahan tugas yang terpaksa aku galas sebagai mahasiswa tahun akhir.. dengan Latihan Ilmiah aka Tesis yang perlu dilaksanakan dan disiapkan sebagai prasyarat untuk bergraduasi nanti..

Hmm.. aku mengeluh lagi.. memang ku akui aku lalai dengan tugasan dan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada aku.. bukan niat untuk membiarkan semuanya itu.. walaubagaimanapun, dengan segala usaha dan kudrat yang aku ada In Sha Allah, aku mampu untuk menghadapi semuanya.. hanya berbaki SEMINGGU sahaja lagi sebelum sesi perkuliahan ku tamat.. seterusnya akan berFINAL EXAM.. Dalam masa yang sama akan menyiapkan tesis dan tugasan yang telah diberikan kepada ku.. 

kadang-kadang terasa sebak juga bila mengenangkan sesi pembelajaran ku bakal berakhir.. masih teringat lagi memori di kala pertama kalinya menjejakkan kaki ke menara gading.. Impian dan harapan aku terlaksana dengan menjejakkan kaki ke alam universiti.. sedar x sedar aku bakal meninggalkan alam pembelajaran ini.. pelbagai rintangan, halangan yang banyak aku lalui.. kadang-kadang tersentuh rasa hati bila mengenangkan orang tua di kampung, yang tak serik-serik memberikan sokongan dan dorongan.. Ya , sekarang anak MAMA n BAPA bakal mengakhiri alam pembelajarannya tidak lama lagi.. semoga semuanya berjalan dengan lancar nanti sepanjang Final Exam berlangsung.. 


Hidup mesti diteruskan.. Hasrat dan Impian harus dilaksanakan dan dicapai.. 

Tuesday, April 23, 2013

SEGMEN SEMINGGU BLOG HAZWANHAIRY

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.. 




Maaf bang long, baru berkesempatan hendak menjoinkan diri dalam segmen bang long nie.. Actually, dah lama nampak segmen nie berlegar-legar dalam ruangan new feeds facebook.. baru hari nie tergerak hati nak menaip entry pasal segmen nih.. 

satu segmen yang simple tapi bila tengok kat comment tu banyak yang drop penyertaan.. Wow ! penyertaan yang amat memberangsangkan.. 

sapa2 yang berminat untuk KLIKSINI dan tarikh tutup adalah ESOK (25 April 2013).

Tuesday, April 2, 2013

Dimamah Usia

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Dah lama rasanya aku tak menaip dalam blog aku nih.. banyak kerja yang lebih utama yang perlu aku laksanakan dulu... untuk entry pertama bulan April ni setelah sebulan lebih meninggalkan dunia blog, aku nak cite pasal diriku yang semakin di mamah usia..

16 Mac ri tu genaplah usia ku yang ke 23 tahun.. tak sangka begitu cepat masa berlalu.. terima kasih buat mama n bapa kerna telah melahirkan aku tanpa mereka siapa lah aku.. hehehe.. birthday aku nih jatuh pada hari sabtu, so jumaat aku dah balik Puchong rumah akak aku.. plan sabtu g IOI Mall Puchong.. kejadian yang tak pernah2 berlaku dalam hidup ku Kad ATM ditelah.. huwawawawa.. betapa sedih dan kecewa nya aku pada masa tu.. adoiiii ! bukan sebab apa kecewa sebab tak dapat beli Blackberry... balik rumah memang langsung xde mood..

Ahad tu akak aku celebrate birthday aku.. pagi2 dah aku keluar g Tesco p beli kek kat bawah tu.. siap wassap kat akak aku lagi nak kek cmana.. dia yang sponser kek tu aku just beli.. berbaloi jugak harga tym tu.. kebetulan tengah promosi 40%.. dah memang rezeki aku kot.. hahahaha.. harga asal lebih kurang RM85 cmtu la dah diskaun aku dapat RM35 je.. x menyesal beli kek ni sedap sangat2 krim x banyak span x ringan.. yang tak leh tahan coklat dy tuh.. perghhhh! sedapppp

Happy Birthday Siti Zaleha 23th
Kek dari my sis tapi aku yang beli

Di harapkan dengan penambahan usia ni akan bertambah matang lagi dan boleh berfikir dengan waras sepenuhnya.. kihkihkihkih.. kekecewaan aku terubat setelah BlackBerry dalam genggaman.. tu pun lama jugak nak uruskan kad ATM aku yang hilang tu.. cip IC aku ada masalah.. kena tunggu respon dari KK coz buat kat KK.. lebih kurang sejam aku tunggu tak jugak settle2.. last2 akak tu minta lesen.. napa la tak minta dari awal.. kalau minta dari awal tak la aku tunggu lama.. hehehe.. dah settle semua senyum lebar.... dapat beli BB.. hadiah kan diri sendiri BB.. dah bosan dengan hp touch.. hp sony bagi akak FOC.. baik x aku.. hahahaha



# mencuri sedikit masa untuk menulis entry ni walaupun kerja bertimbun dalam list yang terpaksa untuk disiapkan.. xnak membazirkan masa lagi.. harapan tahun ni nak GRAD !!!!!!!!!

GG Manchester United

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tabungan Lara

Jiwa Lara World - Bila Pena Mula Menari Menulis Kalimah Tanpa Hentinya...