Hai3... Dah lama rasa nya aku x muncul kan diri dalam blog aku ni.. huhuhu.. sekarang baru nak muncul kembali.. last aku update pun pasal aku g pulau chekas tahun lepas.. perghhh lama siot aku tak update.. harap2 lepas ni rajin sikit la nak update... huhuhu.. tu pun kalau rajin tu ada.. ni kira entry pertama aku bagi tahun 2014..
Monday, April 7, 2014
Thursday, June 6, 2013
Trip ke Pulau Chekas, Ulu Dong Raub, Pahang
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Actually benda ni dah lama pun aku nak taip tapi memandangkan banyak kerja yang harus diselesaikan maka aku ketepikan dulu.. hari ni baru aku berpeluang untuk berkongsi pengalaman aku bercuti dengan akak2 n anak2 buah aku.. walaupun hakikat nya pada ketika ini banyak kerja yang berderet menunggu untuk disiapkan tapi ku gagahkan diri juga untuk ikut serta dengan family akak aku.. kihkihkih.. rugi woo kalau tak join yang penting semua perbelanjaan adalah ditanggung 100% oleh akak aku yang sulung.. see ? sapa yang tak nak ikut kan.. memang rugi la kalau tak ikut..
Plan hari tu pergi ke Pulau Chekas kat Raub Pahang tu.. tu kampung abang ipar aku.. walaupun hakikatnya dah 2 kali aku p tapi aku still ikut sama.. air kat sana best wooo memang sejuk giler... perghhhh ! 1st aku p memang tak mandi just santai2 je pastu kali kedua aku p memang berendam je la keje aku.. memang xnak naik coz air kat sangat2 sejuk dan kawasan yang amat tenang dan damai.. yang kali ketiga ni aku p ngan akak aku bawak anak dia datang sini almaklum la kan tengah cuti sekolah.. memang kaw2 laa.. nak cite pun susah jugak benda best kan.. so, tengok je gambar kat bawah2 ni...
Gambar ni pilih mana yang ok je dimuatnaik... banyak jugak gambar lain tapi tak sesuai dipaparkan.. kah3.. banyak kejadian yang terjadi masa ni..air memang deras tahap gilee laa.. banyak kali di bawa arus tapi BEST ! Lepas final exam nanti pasti akan datang lagi coz akak dari Tawau nak bercuti2 Malaya... yihaaaaaaa
#pada hal banyak lagi kerja tak siap nih.. tesis pun x siap2 lagi ditaip.. ulangkaji pun tak lagi.. minggu depan dah start final... esok nak kena jumpe penyelia tesis.. Tapi sekarang masih mampu lagi menaip benda mengarut ni...kihkihkih
Tuesday, May 21, 2013
Luahan Hati
Assalammualaikum dan Salam sejahtera...
Hmm.. lama rasanya aku tak menyentuh blog aku ni apatah lagi untuk menaip entry.. memang langsung xde.. idea xde ? xde la jugak.. cuma skang aku tengah buzy.. buzy menyiapkan segala tugasan dan amanah yang telah diberikan kepada aku.. memang menjadi rutin hidup sebagai seorang mahasiswa yang tak akan lari dari tugas dan tanggungjawab yang diberikan oleh seseorang pensyarah.. tidak terkecuali jugak aku.. terasa beban itu sangat berat tambahan tugas yang terpaksa aku galas sebagai mahasiswa tahun akhir.. dengan Latihan Ilmiah aka Tesis yang perlu dilaksanakan dan disiapkan sebagai prasyarat untuk bergraduasi nanti..
Hmm.. aku mengeluh lagi.. memang ku akui aku lalai dengan tugasan dan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada aku.. bukan niat untuk membiarkan semuanya itu.. walaubagaimanapun, dengan segala usaha dan kudrat yang aku ada In Sha Allah, aku mampu untuk menghadapi semuanya.. hanya berbaki SEMINGGU sahaja lagi sebelum sesi perkuliahan ku tamat.. seterusnya akan berFINAL EXAM.. Dalam masa yang sama akan menyiapkan tesis dan tugasan yang telah diberikan kepada ku..
kadang-kadang terasa sebak juga bila mengenangkan sesi pembelajaran ku bakal berakhir.. masih teringat lagi memori di kala pertama kalinya menjejakkan kaki ke menara gading.. Impian dan harapan aku terlaksana dengan menjejakkan kaki ke alam universiti.. sedar x sedar aku bakal meninggalkan alam pembelajaran ini.. pelbagai rintangan, halangan yang banyak aku lalui.. kadang-kadang tersentuh rasa hati bila mengenangkan orang tua di kampung, yang tak serik-serik memberikan sokongan dan dorongan.. Ya , sekarang anak MAMA n BAPA bakal mengakhiri alam pembelajarannya tidak lama lagi.. semoga semuanya berjalan dengan lancar nanti sepanjang Final Exam berlangsung..
Hidup mesti diteruskan.. Hasrat dan Impian harus dilaksanakan dan dicapai..
Subscribe to:
Posts (Atom)