Showing posts with label Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Ilmu. Show all posts

Thursday, February 28, 2013

Kelas Sastera Arab Moden

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Hm.. xtau nak start dari mana.. actually, sejak kebelakangan nie agak buzy cket.. maklum la masih lagi bergelar mahasiswa.. In Sha Allah Oktober nie akan bergraduasi.. Aminnn..

Tadi kelas sepatutnya jam 3 petang.. tapi aku malas nak p sebab semalam kuliah pun takde.. so, aku ambik anggapan lah kelas tutorial tak mula lagi.. hahaha.. aku p kelas kol 4 je la tadi... kelas Sastera Arab Moden.. 1st tym aku belajar dengan Ustazah Pilihan Firuz Akhtar... Ustazah tu sangat baik dan x kedekut dengan senyuman.. seriously, memang aku langsung tak mengantok dalam kelas tu tadi.. hahaha.. nak kongsi la sikit madah2 yang UP Firuz bagi tadi sebelum kelas abis... 

antara ilmu yg dikongsi bersama, syair parsi ada mengatakan:


kalau lah tidak ada cinta hati...
kenapa tidak mencari????
dan kalau sudah ada cinta hati,
kenapa hati masih tidak bahagia???


pastu UP Firuz bagitau la apa yang dimaksudkan dengan syair tu.. syair asal adalah dalam bahasa Parsi..

Yang dimaksudkan dengan syair tersebut ialah :

kerana kita tidak meletakkan cinta hati kita di carta hati kita dengan betul.....
letakkanlah Allah sebagai cinta hati kita yg paling tinggi..
In Sha Allah hati akan gembira.. :)


#sekarang nak fokus kat tesis.. nak update tu myb lambat la... hehehe


Tuesday, July 31, 2012

Hari Pahlawan ( Seorang Pejuang Kemerdekaan )

Di sini bumi kelahiran
menyambut mesra
seorang pejuang kemerdekaan
dalam saat ranjau berduri
menangkis cercaan
menepis ancaman
tabah menghadapi dugaan.

Berdirinya gagah bak panglima
melaungkan kalimat perjuangan
membakar semangat anak bangsa
menentang penjajahan
menegakkan kebenaran
dalam kancah keterpaksaan.

Walaupun hujan batu menimpa
bahang membakar kulitnya
dia tidak pernah gentar
apatah lagi berpaling muka
biar darah merah mengalir
membasahi bumi tercinta ini
demi menjaga maruah bangsanya
senyummu sungguh bermakna.

Tanggal 31 Ogos 1957
sambil melaungkan kalimat merdeka !
membawa rahmat kepada seluruh bangsa
menerangi setiap insan yang berduka.

Kini engkau sedang bertemu dengan-Nya
mengakhiri kehidupanmu di alam penuh fana
namun jasamu tetap dikenang
setiap anak bangsa Malaysia.



Muhammad Hasmadi Hassan



Thursday, July 26, 2012

Mengharap Kasih Sayang Tuhan

Allah kaya dengan sifat kasih sayang. Tiada siapa dapat menandingi kasih sayangnya kepada hamba dan makhluk ciptaannya. Dengan rahmatnya, kita memohon keampunan. Dengan kasihnya, kita mengharap keredhaan. Dengan sayangnya, kita meminta belas kasihan.

Sumber : Mr Google


" Ya Tuhanku, ampunilah aku dan saudaraku dan masukkanlah kami ke dalam rahmatmu, dan engkau yang maha penyayang daripada semua yang penyayang . "

Siapa Mohammad Ali Pasha ?


Mohammad Ali Pasha

Suasana pelabuhan kecil di daerah Kavala, Macedonia tidak ada bezanya dengan kawasan pelabuhan Empayar Uthmaniyyah yang lain. Jalam sempit dan berliku-liku, terdapatnya jalan raya dan rumah yang bercat putih yang berkilauan dalam kepanasan tengah hari.Setiap rumah tersebut dikelilingi dengan tumbuhan hijau, anggur serta pohon Ara untuk mengelakkan daripada panas matahari.Antara rumah-rumah kecil yang bercat putih di kawasan ini, lahirlah seorang tokoh yang terkenal dalam membawa pemodenan terhadap Mesir iaitu Mohammad Ali Pasha.
Mohammad Ali Pasha telah mengharumkan nama Negara Mesir di peringkat antarabangsa terutama dalam penonjolan pasukan pertahanan. Benteng pertahanan beliau ini sukar untuk ditembusi, dicerobohi oleh mana-mana pihak sama ada dari dalam mahupun luar Negara. Pada zaman pemerintahannya, Negara Mesir telah Berjaya menikmati pelbagai program pembangunan hingga Mesir dapat meluaskan pengaruhnya ke sebahagian besar Negara-negara Timur Tengah.
            Mohammad Ali ialah gabenor kerajaan Uthmaniyyah.Beliau telah memerintah dari tahun 1805 sehingga 1849 Masihi iaitu ketika dalam periode pemerintahan Sultan Salim III (1789-1807). Beliau juga dikenali sebagai “ Pengasas Mesir Moden”. Beliau dilahirkan di Qawala, Macedonia pada tahun 1769.Mohammad Ali Pasha adalah anak kepada Ibrahim Agha iaitu anak kepada Uthman Agha.Hal ini menunjukkkan Mohammad Ali berlatarbelakangkan keturunan tentera.Mohammad Ali tidak pernah menerima sebarang pendidikan formal.Chorbaji adalah orang pertama yang bertanggungjawab mencorakkan sejarah hidup beliau. Chobarji telah mengajar solat, mendedahkan kemahiran asas menunggang kuda, menggunakan alat senjata dan juga latihan ketenteraan yang lain.
            Apabila Mohammad Ali melangkah ke alam dewasa, beliau telah diberi peluang menyertai kumpulan yang dihantar untuk menangkap pemberontak yang enggan membayar cukai. Di samping itu, beliau juga sempat menimba pengalaman dengan mempelajari taktik peperangan serta gaya kepimpinan dalam tentera.Kejayaan Mohammad Ali dalam mengendalikan tentera Albania telah mendapat perhatian Sultan.Oleh sebab itu, beliau telah diberikan gelaran “Basha” atau “Pasha”. Pada tahun 1801, beliau telah dilantik sebagai leftenan muda untuk membantu tentera Albania di Rosetta bawah pimpinan Tahir Pasha bagi mengusir tentera Perancis keluar dari Mesir.Akhirnya, tentera Perancis Berjaya diusir keluar dari Mesir hasil pakatan bersama antara tentera Inggeris dan Uthmaniyyah.Susulan dari itu, Mohammad Ali mendapati kekosongan politik. Sejak itu, beliau  menyimpan cita-cita ingin menguasai Mesir dan membebaskannya dari penguasaan Daulah Uthmaniyyah.
            Beliau digambarkan sebagai seorang lelaki yang pendek, gempal, brmata kelabu hazel, berambut perang, mempunyai mulut kecil dan tangan yang cantik.Beliau juga seorang yang sempurna dan teliti dari segi aspek kebersihan diri. Hal ini kerana, beliau akan mencukur kepalanya stiap hari dan akan mengambil masa yang lama sekiranya beliau mandi pada waktu pagi. Beliau juga diumpamakan mempunyai sifat yang sama seperti singa. Hal ini demikian kerana, beliau mempunyai sifat keberanian dalam diri, seorang yang berbudi, dan sntiasa dijulang oleh penyokongnya dan digeruni oleh golongan yang menentang beliau.
            Selain itu, Mohammad Ali Pasha juga diibaratkan seperti serigala yang licik, pandai serta merbahaya. Dalam pada itu, beliau juga seorang yang menawan kerana mempunyai  perwatakan dan adab yang menarik. Beliau seorang yang pragmatis iaitu boleh membuat atau melakukan sesuatu yang terbaik walaupun dalam keadaan yang menyukarkan. Seorang penasihat British telah menulis mengenai beliau : “the Pasha’s greatest resources rest on his own superior talents – fertile in means and singularly skilled in the art of leading men, he has always hitherto been seen to rise greater for obstacles he has to encounter.”

Monday, June 25, 2012

Anda Stress ? ?

Stress ? ? Apa itu Stress ? ? Stress bermaksud tekanan dalam diri sendiri. . Menurut Han Seyle stress itu ada dua iaitu EUSTRESS (positif) dan DISTRESS (negatif). Eustress ialah stress yang positif iaitu seseorang akan sanggup menerima cabaran dalam melaksanakan sesuatu tugas. Ini membantu individu mencapai sesuatu matlamat. Individu akan sanggup mengharungi pelbagai dugaan dan halangan.  Manakala Distress pula ialah stress yang negatif iaitu menyebabkan perasaan marah, hilang kawalan diri, merasa diri tidak selamat. Ianya memberi kesan kepada kesihatan diri, kecederaan yang serius kepada fizikal dan psikologi.

Salah satu cara untuk mengawal stress ialah pengawalan kesihatan secara holistik. Iaitu perubahan cara hidup meliputi fizikal, psikologi dan sosial. Kesan negatif stress ialah ponteng, lewat, kurang tumpuan, daya ingatan lemahPenyelia / pegawai perlu menangani dengan baik pekerja bawahan yg terlibat dengan stress. Kenaikan pangkat juga menyebabkan stress. Ini adalah kerana pekerja terpaksa menerima bebanan yg lebihAda pekerja tidak mahu kenaikan pangkat kerana tidak sanggup menerima bebanan tambahan.Ada pekerja mahu kenaikan pangkat tetapi tidak sanggup dengan stress, sakit kepala dan tanggungjawab yang bakal ditanggungStress akan menyebabkan pelbagai penyakit seperti ulcer, strok, serangan jantung, menagih arak, dadah, anti-sosial, pengeluaran merosot, ponteng, dimasukan hospital, kematian dan banyak lagi.

*Perkara yang penting bagi kita lakukan ialah untuk menguruskan diri kita secara efisen.  Pada asasnya sebahagian besar dari anda terpaksa hidup berdikari dan kegagalan untuk menguruskan kehidupan harian adalah punca utama stress.
Menangguh kerja, kekurangan wang, konflik dengan sabahat/kekasih, masalah kekeluargaan dan berbagai lagi situasi adalah perkara-perkara yang biasa kita hadapi.
Kejayaan  kita menguruskan perkara-perkara ini dengan baik akan menentukan tahap stress kita.   Dengan perkataan lain bagaimana kita menguruskan tekanan adalah cara utama untuk mengurangkan tahap stress yang kita alami.








# Jom pakat ramai-ramai borong ais krim dan coklat kat kedai-kedai yang berhampiran....






Tuesday, January 10, 2012

K0NSEP ILMU DAN EPISTEMOLOGI

Konsep Ilmu dan Epistemologi

ILMU bermaksud mengetahui atau perbuatan yang bertujuan mengetaui tentang sesuatu perkara dengan sebenarnya atau pengetahuan dan kepandaian dalam perkara-perkara yang berhubung dengan dunia akhirat atau kebijaksanaan dalam menekuni hal-hal yang zahir dan yang maknawi.

EPISTEMOLOGI adalah teori tentang pengetahuan khususnya yang berkaitan dengan kajian kritis tentang sesuatu kaedah, konsep dan kesahihan suatu kajian.

KEDUA-DUANYA saling berhubung rapat dan lengkap melengkapi antara satu sama lain.

Pendapat Barat

ILMU bagi individu adalah suatu yang dibentuk melalui impression dan idea yang kemudiannya akan melahirkan pengalaman pancaindera kepada manusia.

Impression adalah salinan dari memori dan imiginasi yang membentuk pengetahuan kepada manusia. Memori dan imaginasi pula adalah hasil campuran, pertukaran, penambahan atau penyusutan bahan-bahan yang ada dalam diri, deria dan pengalaman manusia.

Manakala idea adalah rangsanagan dan tindak balas terhadap imej terhadap persepsi yang masuk ke dalam pemikiran manusia. 

Impression dan idea memiliki satu kaedah dan ketetapan yang pasti saling berkait rapat udalam melengkapkan pengetahuan manusia. 

Kedua-duanya membentuk kandungan akal kepada manusia. Tanpa kedua-duanya (pengalaman luaran dan pengalaman dalaman), manusia tidak akan memiliki pengetahuan kerana tidak dapat dibuktikan.

Perspektif Islam

Ilmu atau Epistemologi adalah satu alat yang unik, yang boleh mendorong dan membimbing pemiliknya untuk mengenal dan memperhambakan diri kepada ALLAH. Ia suatu yang suci dan bernilai dalam kehidupan seseorang muslim.

Sebagai alat dan penggerak utama bagi mencapai kejayaan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Ia diletakkan pada tahap kedudukan paling tinggi antara semua urusan hidup manusia dan telah dijadikan ukur tara yang jelas bagi membezakan antara seseorang dengan seseorang yang lain.



GG Manchester United

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tabungan Lara

Jiwa Lara World - Bila Pena Mula Menari Menulis Kalimah Tanpa Hentinya...