Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Thursday, July 26, 2012

Mengharap Kasih Sayang Tuhan

Allah kaya dengan sifat kasih sayang. Tiada siapa dapat menandingi kasih sayangnya kepada hamba dan makhluk ciptaannya. Dengan rahmatnya, kita memohon keampunan. Dengan kasihnya, kita mengharap keredhaan. Dengan sayangnya, kita meminta belas kasihan.

Sumber : Mr Google


" Ya Tuhanku, ampunilah aku dan saudaraku dan masukkanlah kami ke dalam rahmatmu, dan engkau yang maha penyayang daripada semua yang penyayang . "

Monday, June 25, 2012

Kemenangan Islam di Bumi Mesir

Alhamdulillah, Syukur kepada Allah s.w.t. akhirnya kejayaan telah berpihak kepada Ikhwanul Muslimin iaitu, Dr Muhammad Musri yang telah diisytiharkan sebagai pemerintah Kerajaan Mesir yang baru. Kemenangan beliau merupakan petanda awal kebangkitan Islam..


 Dr Muhammad Musri, Pemerintah Mesir baru..



"Saya telah diberi kuasa memerintah kamu, tetapi saya tidak terbaik dari kalangan kamu. Jika saya berbuat baik, maka bantu lah saya dan jika saya lakukan kesalahan, perbetulkanlah saya, serta taatlah kamu kepada aku selagi aku taat kepada Allah dan Rasul-Nya, tetapi jika aku menderhaka kepada Allah atau RasulNya, kamu berhutang kerana saya tidak taat. "  


Ucapan pertama Presiden Dr.Muhammad Mursi yang baru, adalah seperti ucapan yang sama pertama kali apabila Abu Bakr r.a menjadi khalifah. Ya Allah, berikan dia & kita ikhlas, menjadikan perkataan beliau & kita kepada tindakan, dan memberikan semua pemimpin negara kita yang benar!

Saturday, June 23, 2012

‎21 Tips Bagi Yang Sukar Solat Subuh

Assalamualaikum... Kekadang kita nie memang sukar nak bangun pagi untuk menunaikan solat subuh.. bukan nak mengata orang, bahkan saya sendiri pun sukar nak bangun subuh.. meh sini baca tips bagi yang sukar nak bangun solat subuh tu... untuk peringatan diri sendiri jugak ! ^______^


1. Tidur lebih awal.

2. Bersunguh-sungguh dalam bersuci dan berzikir sebelum tidur

3. Tekad untuk bangun solat subuh

4. Berzikir kepada ALLAH SWT ketika bangun

5. Minta bantuan keluarga atau orang -orang soleh untuk bangun solat

6. Berdoa kepada ALLAH SWT agar diberi taufik untuk bangun solat

7. Mengguna saranan saranan peringatan

8. Memercikkan air di wajah orang yang tidur

9. Tidak tidur sendirian

10. Tidak tidur di tempat yang jauh dari orang lain

11. Keinginan yang kuat untuk bangun dan jangan bangun secara bertahap

12. Jangan kunci jam loceng terlalu jauh dari dari waktu solat

13. Menyalakan lampu di saat bangun

14. Tidak berjaga malam terlalu lama

15. Tidak memberbanyakkan makan sebelum tidur

16. Jangan salah menerapkan sunah berbaring setelah solat sunat fajar

17. Mengerjakan qimaymul lail di waktu terakhir sebelum subuh

18. Mengikut pentunjuk Nabi Muhammad SAW dalam cara berbaring saat tidur

19. Tidur di siang hari ( Qailulah)

20. Jangan tidur sesudah asar dan sesudah maghrib

21. Ikhlas kerana ALLAH SWT.


INSYAALLAH. .UNTUK PERINGATAN KITA BERSAMA. .

Tuesday, April 5, 2011

Kemusykilan Agama

  • Adakah memancing ikan di kolam berbayar dibolehkan di dalam Islam dan tidak dianggap seperti berjudi?
Jawapan: Memancing ikan di kolam berbayar adalah diharuskan di dalam Islam. Hal ini adalah kerana pemancing berkenaaan telah diberi keizinan oleh tuan empunya kolam berdasarkan kepada bayaran tertentu. Bayaran yang dikenakan hanyalah gantian kos modal dan penyelenggaraan kolam ikan berkenaan dan ia tidak boleh dianggap sebagai berjudi.

  • Bolehkah akikah disekalikan dengan ibadat korban?
Jawapan: Akikah ialah menyembelih binatang ternakan yang dilakukan selepas daripada kelahiran seseorang anak sebagai manifestasi kesyukuran kepada Allah SWT. Hukumnya adalah sunat muakkad. Manakala ibadat korban pula ialah menyembelih binatang ternakan yang dilakukan pada hari raya korban (10 Zulhijjah) sehingga 11, 12, 13 hari bulan Zulhijjah. Untuk seekor kambing memadai dengan satu niat ibadat sahaja. Ini bermakna seekor kambing tidak boleh diniatkan akikah dan korban sekali gus. Tetapi seekor lembu boleh dibahagikan kepada 7 bahagian dan setiap bahagian boleh diniatkan dengan pelbagai niat sama ada niat untuk akikah, korban, sedekah, hadiah atau nazar atau untuk dijual.

  • Apakah hukumnya ibu bapa dan adik-beradik yang mengambil keputusan menerima anak yang mengandung anak luar nikah?
Jawapan: Seseorang perempuan yang mengandung anak luar nikah masih menjadi anak kepada ibu bapa dan menjadi anggota kekeluargaannya. Hubungan kekeluargaan tidak akan putus selama-lamanya. Oleh itu, ibi bapa dan keluarga perlulah menerima hakikat bahawa perbuatan zina adalah dosa besar yang sekiranya ia bertaubat dengan taubat nasuha maka Allah akan mengampunkannya. Ibu bapa dan keluarganya hendaklah menerima anak tersebut dengan seadanya, terus mendidik dan menjaga anak dan keturunan mereka dengan baik. Sokongan kasih sayang dan pendidikan kerohanian yang mantap memberi kekuatan kepada si anak agar menjadikan sejarah hitam tersebut sebagai iktibar dan lebih berhati-hati dalam meneruskan kehidupan

  • Apakah hukumnya memasak dan memakan ikan yang tidak dibuang isi perutnya terlebih dahulu tetapi isi perutnya tidaklah dimakan. Contohnya, ada kedai makan di mana ikan yang ditangkap terus dibakar tanpa membuang isi perutnya dan dihidangkan kepada pelanggan?
Jawapan: Haram memakan ikan yang tidak dibuang najis(darah dan kekotoran yang tidak diberdihkan) di dalam perut ikan tersebut kerana ia akan mengakibatkan najis tersebut meresap kepada isi ikan.

  • Ketika berwuduk dengan air mengalir(daripada paip), air basuhan muka saya menitis ke tangan yang sedang dibasuh. Begitu juga ketika membasuh kaki, air sapuan kepala atau basuhan muka dan tangan menitis ke kaki saya bersama air yang sedang mengalir untuk berwuduk. Adakah wuduk saya sah atau adakah saya perlu menghalang air basuhan muka atau anggota lain daripada menitis ke anggota lain daripada menitis ke anggota yang sedang dibasuh untuk memastikan wuduk saya sah?
Jawapan: Sah wuduk yang dilakukan dan air yang menitik dan tidak dianggap sebagai musta'mal. Dalam situasi ini, anda dinasihatkan tidak berasa was-was terhadap wuduk yang telah dilakukan.



Sumber: Bahagian Dakwah Jakim( Pembimbing Remaja Cemerlang Cahaya)


Selamat Membaca.

GG Manchester United

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tabungan Lara

Jiwa Lara World - Bila Pena Mula Menari Menulis Kalimah Tanpa Hentinya...