Showing posts with label Ikut Suka. Show all posts
Showing posts with label Ikut Suka. Show all posts

Sunday, April 10, 2011

YaNa Yassin 1st Giveaway


Aku join kontes lagi...
semalam dah join juga ri ni nak join gak..bukan ape saje nak tambah pengalaman..
kalau korang nak join kontes ini sila Klik Disini untuk maklumat lebih lanjut.
nie senarai 3 orang blogger yang aku tag bagi memenuhi syarat-syarat yang telah diletakkan 
oleh Cik Yana Yassin.. Siapa kah mereka???
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



Dilarang Masuk




Tadi pi tengok wayang ngan kawan-kawan dari UPM, UM n UPSI. Setelah sekian lama tidak berjumpa. Tadi tengok wayang Dilarang Masuk. First tengok cam takut pi memang takut pun. Takut ke??? Xdela suspen je cite tu. Pi penghujung cite tu xla best sangat... Rasenye motif utama dia adalah untuk menyatakan bahawa penjualan organ itu adalah haram. Pemberian organ hanya lah dilakukan dengan suka rela bukannya paksaan. Bagi korang yang nak tengok tu pi la tengok.. Lucu ade, sedih ade, seram ade, suspen ade...hehehe.. Tak sempat nak simpan gambar lagi dalam Cik Toshi.. Jika ada kesempatan nanti nak upload.. Maklum la lama dah tak jumpa ngan member-member lama.. 

Selamat Membaca.

Friday, April 8, 2011

Laptop pun Ada Jantina Tau...

Jangan xtau.....laptop pun ada jantina...Laptop sye jantina pompuan...Cik Toshi..

so, nak tahu tak jantina laptop yg selalu dingadap tiap2 hari tu? jantan ke betina....hehehehehe
buat je step kt bawah ni...

1. Buka notepad dan paste ayat ini dalam notepad:CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"

2. Selepas itu tekan save. Ubah save as type kepada All Files (pastikan korang save di desktop supaya senang nak cari/buka nanti).

Save as = love u.vbs

3. Close notepad apabila habis save. Then double click file tadi (love u.vbs) dan akan dengar suara "i love u."

Cuba dengar btul2 suara "i love u" tu....suara lelaki ke perempuan?

Kalau dengar lelaki maknanya laptop korang tu jantan dan begitu le sebaliknya....

Enjoy! blh wt korg gelak tau.... try la!


Selamat Membaca.

Agak-Agak

Korang agak-agak sebenarnya susah nak agak. Korang memang suka agak-agak tapi ada juga antara korang sebenarnya susah bak agak, kenapa?? Itu bukannlah persoalannya sekarang. Soalannya korang agak-agak korang  baca tak apa yang aku tulis ni???

  • Korang Agak-agak
- tahun ni aku bleh dapat anugerah dekan lagi tak seperti tahun-tahun lepas??
- Idea aku hantar sejambak bunga ros kat makwe nak pujuk dia berjaya ke tak??
- bila korang nak berambus dari rumah sewa ni atau bayar sekali gus sewa tertunggak??
- Esok jam 6 pagi tepat korang boleh sampai tak kat tempat yang dijanjikan??

  • Sebenarnya susah nak agak
- Sebab malang tak berbau... mana tau tengah jawab periksa tiba-tiba kena sawan.
- Sebab aku pun tengah try nak pikat makwe kau tu, aku ingat korang dah clash.
- pasal encik je la tuan rumah yang setakat ni tak melenting walaupun kitorang tak bayar rumah dah lebih enam bulan.
- Sebab hari-hari pun jam 10 pagi baru kitorang bangun dari tidur. Tu belum masuk masa bersiap lagi.




Selamat Membaca.

Wednesday, April 6, 2011

Kegunaan Lain sebuah Bus Stop

Kalau diterjemahkan ke Bahasa MAlaysia ia dikenali sebagai Perhentian Bas. Selain menunggu bas ada banyak lagi kegunaannya untuk orang ramai. Jom kita terjah bersama....



  • Tempat Tampal Iklan
- Iklam sewa rumah, iklan urut, iklan pinjam isteri duit, iklan ubat kuat, dan macam-macam iklan lagi.

  • Tempat Tidur
- Kena halau dengan bini, lari dari rumah, mat dadah melepak... kat sini la tempat diorang check in.

  • Tempat Dating
- Kalau malas nak keluar jauh-jauh ataupun tiada bajet yang cukup, bus stop adalah lokasi paling ideal untuk dating. kalau kena tangkap khalwat tanggung sendiri la alamatnya.

  • Tempat Lepak
- Selalu juga dijadikan tempat lepak bebudak remaja dan dijadikan markas kerana selalunya kedudukan bus stop ini senang untuk dikunjungi oleh ibu bapa bila anak diorang tak pulang melewati waktu senja.

  •  Tempat Mencari Jodoh
- Kebanyakan cinta pandang pertama tercetus di bus stop. Bagi diorang  yang sedang mencari jodoh di bus stop adalah kawasan yang paling strategik.

  • Tempat Berteduh
- Bagi penunggang motosikal dan pejalan kaki, bus stop ini boleh dianggap sebagai satu rahmat sewaktu hujan lebat atau panas terik.

Tapi, sekarang mana ada orang nak tunggu bas lagi. Kebanyakannya naik kereta sendiri atau naik pengangkutan awam. Bus stop dijadikan tempat untuk para remaja sekarang melepak atau ponteng sekolah. Paling tak bermoral boleh plak buat maksiat kat bus stop. Apa kejadah semuanya!!Fikir-fikirkan dan renung-renungkan...

p/s: Gunakanlah kemudahan awam sebaik yang mungkin. 

Selamat Membaca..

Tuesday, April 5, 2011

Perkara yang korang rimas nak tunggu

Kalau nak disenaraikan banyak perkara yang boleh kita naik rimas ketika menunggunya...macam-macam kerenah yang dapt kita buat masa menunggu tu...kite layan je la kat bawah nie ape perkara yang boleh buat korang rimas nak tunggu:
  • tunggu giliran kat bank...beratur panjang semata-mata nak keluarkan duit RM50...
  • tunggu bini bersiap nak pergi kenduri kawin..takut nasi kenduri dah abis..alamatnya melepas la nak makan free.
  • tunggu pakwe datang jemput..naik rimas takut make up dah cair kene peluh.
  • tunggu tawaran masuk IPT...klu dapat masuk Alhamdulillah, klu xdpat alamatnya kene la keje kampung je..
  • tunggu pihak pengantin lelaki tak sampai-sampai lagi..pengantin pompuan dah lame menunggu..make up tebal dah jadi nipis...x pasal-pasal jadi hantu kak limah...
  • tunggu nak ambil kad laporan anak yang nama bermula huruf Z..mase nak bagi nama anak berie sangat nak bagi nama dari huruf Z..kan sekarang dah susah.
  • tunggu kawan call balik..dah la call cuma masuk rakaman suara, SMS tak berbalas...dah la kredit cukup-cukup je nak balas SMS.
  • tunggu gaji yang tak masuk-masuk...nie yang buat isteri x sabar-sabar nak dapat habuan dari suami..


Sunday, April 3, 2011

KENAPA SAYA SUKA CUTI SEKOLAH??

Bila diajukan soalan kat budak sekolah tentang cuti sekolah majoriti suka dan teruja... Asal namanya cuti sapa yang tak suka, ye tak??? Gerenti banyak sebab orang suka bercuti, antaranya ialah.......


  1. Boleh bangkit atau bangun tido lambat.
  2. Boleh main kawin-kawin atau masak-masak.
  3. Boleh mandi sungai....buat terjun tiruk. Tak lagi menghadap muka cikgu yang selalu garang.
  4. Tak payah buat kerja sekolah.
  5. Boleh ikut mak bapak pegi makan kenduri.
  6. Kalau bersunat, boleh la dapat duit dan hadiah banyak-banyak.
  7. Boleh tengok TV selama mungkin, memacam rancangan khas sempena cuti sekolah ada..
  8. Boleh main game dalam internet sambil layan Facebook...


p/s: isilah masa cuti anda dengan perkara yang berfaedah...

Monday, March 28, 2011

Perkara Yang Korang Tak Boleh Buat Pada B0S!!

Ne perkara-perkara yang korang tak boleh nak buat kat bos..Ingat tu pada sape-sape yang nak keje atau dah keje.. Dah namanya pun Bos jangan la nak buat bukan-bukan, kang tak pasal-pasal kene pecat..


* telefon bos korang untuk menyatakan korang menyampah dengannya.


* melepak di tempat duduknya dan menyuruh bos duduk di tempat korang.


*0n the way bos nak masuk opis, korang telefon pesan teh tarik dan roti canai.


* suruh die sain cek gaji dan bagi kat despatch untuk bank inkan.


* menunjukkan penumbuk kepada bos lepas kene marah.


* marah bos sebab datang lambat, lepas tu siap bagi warning letter lagi.


* suruh bos jemput ke opis dan hantar balik rumah. lepas tu suruh singgah situ sini...macam drebar pulak korang buat kat bos 2.


kepada yang sudah bekerja dan bakal bekerja tu jangan la buat bende-bende cam nie...kesian kat bos 2..dah la susah-susah terime kite keje pastu tak pasal-pasal buat kat bos camtu plak..


p/s: terime kasih kerna sudi membace...

GG Manchester United

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tabungan Lara

Jiwa Lara World - Bila Pena Mula Menari Menulis Kalimah Tanpa Hentinya...