Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Thursday, October 25, 2012

Kek Sarang

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

 Hari nie aku nak kongsi sikit camna nak wat kek sarang.. akak2, ibu2, adik2, abang2 meh cepat amek kertas n pen..

Bahan- Bahan :

Tepung 2cawan
Gula 2 cawan
Air 1cawan
Bikarbonat 2sudu teh
Telur 8 biji
Marjerin 8sudu/1 cawan setengah
Susu Manis 1 tin


Cara-Cara :

Masak gula tanpa air sehingga kuning kemudian baru masukkan air dan sejukkan.
Pukul telur sehingga kembang kemudian masukkan marjerin dan pukul lagi dan masukkan susu.
Pastikan bikarbonat dan tepung dah sebati baru masukkan gula yang disejukkan tadi.
Kemudian campur bahan tadi menjadi 1 adunan.
Lepas tu bakar...


Selamat mencuba... :)

Selamat Hari Raya Aidil Adha...

Saturday, October 20, 2012

KEK BATIK VS KEK VICO

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

wah! keterujaan yang terlampau-lampau tahap dewa dah nie.. akhir nya tercapai gak impian aku nak wat kek selama ini setelah masuk ke sem baru.. semangat yang berkobar-kobar + teruja nak menyaksikan final piala malaysia.. sapa yang menang ? kelate 0 atm ??

kek vico + kek batik



lebih kurang je kan kek tu.. sebenar nya ada 2 jenis.. 1 kek batik n 1 lagi kek vico.. senang je buat bnda alah nih.. gune rice cooker pun boleh... hahaha.. al-maklum la duduk hostel.. gune rice cooker macam2 boleh buat.. kihkihkih.. x sabar nih nak tengok ball + nak makan semua nih.. dah try td kek batik... perghhhh!! sedap gilerrr... bagi aku sedap la xtau la orang lain...



nie la member2 aku yang GILA MAKAN... walaupun simple tapi dorang suka makan apa yang aku masak... 


# Gomo Klate Gomo...





Saturday, June 23, 2012

Resepi Puding Roti

Meh sini akak-akak, ibu-ibu, adik-adik pakat ramai-ramai amek pen dan kertas.. Cik Lara nak kongsi sikit nih resepi kat korang-korang sekalian.. abang-abang, bapa-bapa, jejaka sekalian juga dialu-alukan untuk amek pen dan kertas.. kalau takde  pandai-pandai lah eh mana nak cari..

Hah! resepi senang je pun tak perlukan tenaga yang banyak dan bahan yang banyak.. yang penting akan menghasilkan yang kaw kaw punyerrrrrrrr... Sedap owww hingga menjilat bibir ... meh salin cepat nih resepi nya ..
 
Bahan-Bahan :

8g  Agar-Agar

1 biji telur

1/2 tin susu manis

3 cawan 1/2 air

5 keping roti (dibahagian tepi dibuang)

milo secukup rasa


Cara-caranya :

1. Masak agar-agar dengan 3 cawan air.

2. Blended roti, telur, telur dengan 1/2 air sehingga sebati.

3. Setelah agar-agar pekat campurkan bahan yang diblended tadi kemudian kacau sehingga rata dalam keadaan api yang perlahan.

4. Selepas itu, bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian yang asli dan satu bahagian lagi dicampurkan dengan milo. Bahagian yang dicampurkan dengan milo hendaklah dikacau sehingga sebati. Selepas itu, lapis la mengikut keinginan anda. Sekiranya anda tak nak bercampur dengan milo pun boleh jugak. 

5. Setelah siap masukkan ke dalam peti sejuk ..



Selamat mencuba ya resepi yang tak seberapa ini.. Al-maklum la budak baru belajar...

Monday, November 21, 2011

Biskut Nestum

Assalammualaikum w.b.t..

Fuhh..dah lama tak update blog aku nie...busy?? tak la busy mana pun..cuma kesempatan nak meluangkan masa ngan blog aku nie kurang sikit la..sem nie jadual padat sangat.. dengan asimen yang tak pernah2 nak siapnya.. yang entah bila akan siap...sibuk dengan mid term lagi yang dah start minggu nie...belum lagi final exam...pening den di buatnya.. tapi aku tak la boleh nak mengeluh sangat.. dah memang adat belajar kan...

Topik??? apa topik aku ek ari nie..tak tau la nak tulis apa...hmmm, kalau aku cite pasal raya aji mesti dah basi kan... tapi tak pe la aku nak cite gak...huhu.. raya aji ri tu aku tak balik sarawak pun aku balik kedah kat umah akak aku..kira ok la gak kan dari asyik dok terperap je kat kolej.. meh nak bagi sikit resepi biskut yang aku buat waktu raya aji ri tu...memang terbaik la aku buat biskut..malam raya kot aku buat biskut 2...dah la sampai rumah kol 11 lebih malam..lepas semua siap2 aku pun terus buat biskut...sampai kol 3.30 pagi aku menyiapkan biskut tu...memang tabah dan sabar la aku...malas nak cite panjang la...kat sini aku bagi resepi nak bisku t tu..nama biskut tu adalah BISKUT NESTUM... aku belajar dari akak aku kat sarawak masa raya lepas... senang dan mudah...

BAHAN-BAHANNYA :

450 gram MENTEGA
2 biji telur KUNING
3 cawan NESTUM( ORIGINAL )
3 1/2 cawan TEPUNG
1 sudu ESEN VANILA
2 cawan GULA HALUS

CARA-CARANYA :

Masukkan mentega ,telur kuning dan gula halus... putar sehingga kembang. kemudian setelah kembang masukkan nestum.. gaul dengan tangan.. kemudian masukkan tepung dan gaul sehingga sebati semuanya.. pastikan adunan tadi tidak melekat di tangan bila di gaul..sekiranya adunan masih melekat tambah tepung sehingga tidak melekat. jangan lupa untuk memasukkan esen vanila.. tak masukkan pun tak apa..rasa still sedap... selepas itu, bentuk kan adunan tadi seperti kuih makmor (bulat) kemudian ambil garpu dan tekan dan ia akan menghasilkan bentuk..panaskan dalam oven lebih kurang 10-15 minit...

dah siap pun nak masuk oven je lagi..

yang nie setelah siap di adun..pastikan tak lekat kat tangan ye..

dalam oven sudah..hihi

dah masak...
kalau dah masak jangan lupa salut kan dengan NESTUM BABY warna OREN...

SELAMAT MENCUBA...

GG Manchester United

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tabungan Lara

Jiwa Lara World - Bila Pena Mula Menari Menulis Kalimah Tanpa Hentinya...