Showing posts with label praktikal. Show all posts
Showing posts with label praktikal. Show all posts

Sunday, July 15, 2012

Muzium Sabah

Skang nih aku ngah praktikal kat Muzium Tamadun Islam Sabah (MTIS)... Muzium nih under Muzium Sabah... kat bawah nih aku ada la snap pic sekitar Muzium Sabah.. Kat MTIS xda tempat yang menarik nak di snap.. nak snap kat dalam MTIS xleh plak.. 

Dilarang untuk menangkap gambar kat dalam tuh.. kat dalam tuh banyak tinggalan zaman dahulu.. contohnya Al-Quran lama. jenis-jenis pakaian orang masa dulu, mata wang dulu kala, dan banyak lagi laa.. kalau nak tau eh la datang MTIS.. RM2 je untuk orag dewasa, kanak-kanak bawah umur, warga tua yang berumur 55 tahun dan ke atas, pelajar sekolah adalah free bila masuk.. manakala warganegara asing plak RM15... 

Aku tak tau lagi nih nak cakap apa.. meh skroll kat bawah nih gambar-gambar yang sempat aku snap...
Muzium Sabah
Muzium Tamadun Islam Sabah (MTIS)


Taman Hutan Lipur

Pusat Orkid dan Paku Pakis

Kampung Warisan

Jambatan Gantung ke Kampung Warisan

Keretapi


Kereta Antik






Saturday, July 7, 2012

Praktikal : Hari Pertama

Assalammualaikum...

Alhamdulillah, aku dah berjaya menghabiskan 4 semester sepanjang pengajian aku dan masih berbaki 2 semester lagi... cuti sem aku kali ini aku habiskan dengan berpraktikal selama 2 bulan... aku berpraktikal di Muzium Tamadun Islam Sabah (MTIS).. hari pertama aku melaporkan diri bersama kawan aku Siti Zakiah.. nama kami lebih kurang sama ja bermula dengan Siti... kami start melapor diri pada 2 Julai 2012 dan akan berakhir 09 September 2012....hehehe

Datang ke Muzium Sabah lebih kurang jam 7 pagi.. awal kan kami sampai... almaklum la hari 1st mo berpratikal.. jam 8 kami melaporkan diri dengan pihak yang menguruskan pelajar-pelajar praktikal.. bila tengok senarai nama yang berpraktikal ramai jugak yang praktikal kat Muzium Sabah nih.. bila dah melapor diri kami diberikan satu kertas yang mengandugi semua nama ketua-ketua bahagian di dalam muzium nih.. macam orientasi plak.. hehehe..

tag nama
Lepas tu kitorang kena bagi gambar dan isi maklumat diri la untuk tag nama.. hahaha.. dah la gambar yang aku bagi tu gambar masa form 3 umur 15 tahun skang dah 22 tahun.. hahaha.. memang nampak sangat perbezaan.. kami terpaksa menunggu tag nama siap baru boleh mula untuk meminta tandatangan semua ketua bahagian tetapi tak la semua kami habiskan disebabkan banyak yang xda kat pejabat...

pengalaman yang sangat-sangat best ari 1st melapor diri.. semua kakitangan ramah-ramah belaka.. boleh masuk muzium secara free.. hehehehe


Sunday, June 24, 2012

5 Hari Lagi

Sedar tak sedar aku bakal menghabiskan sesi pengajian aku untuk sesi 2011/2012... yeah! semester 4 aku akan berakhir tidak lama lagi.. last paper aku adalah Selasa nie 26 Jun 2012 dan aku bakal terbang ke Kepulauan Borneo 30 Jun 2012... Selamat tinggal bumi UKM.. dan aku akan kembali semula 10 September 2012 sebagai seorang senior.. tahun 3 tuh! aku rasa baru semalam je menjejakkan kaki ke bumi UKM nie.. dalam sedar tak sedar dah bakal meninggalkannya... sob sob sob..



30 Jun 2012 balikkkkkkkkkkkkkkk......

Cuti sem aku nanti akan dihabiskan dengan berpraktikal di MUZIUM SABAH... selama 2 bulan aku akan mengharunginya... Hope semuanya nanti akan berjalan dengan lancar.. Memang terbaikkan... Flight aku 30 Jun 2012 jam 3.30 petang dari LCCT dan akan dijangka tiba di lapangan terbang Kota Kinabalu jam 6.00 petang... 1 Julai 2012 keesokkannya aku akan mendaftarkan diri ke MUZIUM SABAH... Yeah! bakal bermula lah kehidupan aku menempuh ke alam PRA-Pekerjaan...




Bye-bye UKM....Welcome to Kepulauan Borneo !

Friday, May 4, 2012

Semangat Nak Bercuti

Assalammualaium...

Yeah ! Mei dah datang... xlama lagi nak balik kampung.. semangat doe nak balik.. dah lama x balik kampung.. last balik pun raya tahun lepas... cuti sem lepas tak balik pun.. cuti sebulan jew.. malas nak balik.. Final exam start 11 Jun  till 26 Jun.. 30 Jun fly balik kampung... yeay2.. suka nya nak balik kampung... balik bukan bercuti okay ! cuti sem nie akan aku habis kan berpraktikal kat Muzium Tamadun Islam Sabah..InsyaALLAH akan start 1 Julai nanti.. mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar.. tiket pun dah beliiiiii..... Nasib baik dapat tiket promosi ulang alik dapat RM302 sorang.. aku beli ngan member praktikal sekali... 



Yang nie plak tiket aku cuti midsem Sem 5.. terlalu awal beli.. sebab tiket tengah promosi.. Only RM7.. masuk cukai semua RM59... fly dari Kuala Lumpur - Brunei... nie kali kedua kot aku ikut laluan antarabangsa.. Bruneii gtu.. dekat je pun dengan tempat aku...

Yeah ! x sabar nak balik bercuti...cuti kew??? sorry to say.. Praktikal eh... Tiket pakej PRAKTIKAL, PUASA DAN RAYA  sekali..x ke jimat tu... nasib baik la ambil praktikal kat Sabah...

GG Manchester United

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tabungan Lara

Jiwa Lara World - Bila Pena Mula Menari Menulis Kalimah Tanpa Hentinya...