Tuesday, January 10, 2012

K0NSEP ILMU DAN EPISTEMOLOGI

Konsep Ilmu dan Epistemologi

ILMU bermaksud mengetahui atau perbuatan yang bertujuan mengetaui tentang sesuatu perkara dengan sebenarnya atau pengetahuan dan kepandaian dalam perkara-perkara yang berhubung dengan dunia akhirat atau kebijaksanaan dalam menekuni hal-hal yang zahir dan yang maknawi.

EPISTEMOLOGI adalah teori tentang pengetahuan khususnya yang berkaitan dengan kajian kritis tentang sesuatu kaedah, konsep dan kesahihan suatu kajian.

KEDUA-DUANYA saling berhubung rapat dan lengkap melengkapi antara satu sama lain.

Pendapat Barat

ILMU bagi individu adalah suatu yang dibentuk melalui impression dan idea yang kemudiannya akan melahirkan pengalaman pancaindera kepada manusia.

Impression adalah salinan dari memori dan imiginasi yang membentuk pengetahuan kepada manusia. Memori dan imaginasi pula adalah hasil campuran, pertukaran, penambahan atau penyusutan bahan-bahan yang ada dalam diri, deria dan pengalaman manusia.

Manakala idea adalah rangsanagan dan tindak balas terhadap imej terhadap persepsi yang masuk ke dalam pemikiran manusia. 

Impression dan idea memiliki satu kaedah dan ketetapan yang pasti saling berkait rapat udalam melengkapkan pengetahuan manusia. 

Kedua-duanya membentuk kandungan akal kepada manusia. Tanpa kedua-duanya (pengalaman luaran dan pengalaman dalaman), manusia tidak akan memiliki pengetahuan kerana tidak dapat dibuktikan.

Perspektif Islam

Ilmu atau Epistemologi adalah satu alat yang unik, yang boleh mendorong dan membimbing pemiliknya untuk mengenal dan memperhambakan diri kepada ALLAH. Ia suatu yang suci dan bernilai dalam kehidupan seseorang muslim.

Sebagai alat dan penggerak utama bagi mencapai kejayaan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Ia diletakkan pada tahap kedudukan paling tinggi antara semua urusan hidup manusia dan telah dijadikan ukur tara yang jelas bagi membezakan antara seseorang dengan seseorang yang lain.



Sunday, January 8, 2012

Serabut dan serabut lagiiiiiii!!!!!!!

Assalammualaikum w.b.t

Aku dah abis 3 paper ada 6 paper lagi yang terpaksa aku harungi... minggu nie memang teruk la... bagi aku semua subjek killer... da la bederet tiga hari non stop... mampu kah aku???? InsyaALLAH, aku mampu untuk melakukan nya....

Isnin aka esok paper arab lagii.... Arab lagi dan arab lagii....hope aku boleh buat yang terbaik lagi.. dah la markah midsem tak seberapa nak memuaskan hati ku... so, tuk esok kna la jawab molek2... bila dah study kepala pun berserabut... fikir itu fikir ini... bila la nak abis semua ini... pening den memikirkannya....



Pening + Serabut... banyak sangat nak di hafal....
Ya ALLAH permudahkanlah segala urusan hamba-Mu ini..




GG Manchester United

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tabungan Lara

Jiwa Lara World - Bila Pena Mula Menari Menulis Kalimah Tanpa Hentinya...