Tuesday, January 10, 2012

K0NSEP ILMU DAN EPISTEMOLOGI

Konsep Ilmu dan Epistemologi

ILMU bermaksud mengetahui atau perbuatan yang bertujuan mengetaui tentang sesuatu perkara dengan sebenarnya atau pengetahuan dan kepandaian dalam perkara-perkara yang berhubung dengan dunia akhirat atau kebijaksanaan dalam menekuni hal-hal yang zahir dan yang maknawi.

EPISTEMOLOGI adalah teori tentang pengetahuan khususnya yang berkaitan dengan kajian kritis tentang sesuatu kaedah, konsep dan kesahihan suatu kajian.

KEDUA-DUANYA saling berhubung rapat dan lengkap melengkapi antara satu sama lain.

Pendapat Barat

ILMU bagi individu adalah suatu yang dibentuk melalui impression dan idea yang kemudiannya akan melahirkan pengalaman pancaindera kepada manusia.

Impression adalah salinan dari memori dan imiginasi yang membentuk pengetahuan kepada manusia. Memori dan imaginasi pula adalah hasil campuran, pertukaran, penambahan atau penyusutan bahan-bahan yang ada dalam diri, deria dan pengalaman manusia.

Manakala idea adalah rangsanagan dan tindak balas terhadap imej terhadap persepsi yang masuk ke dalam pemikiran manusia. 

Impression dan idea memiliki satu kaedah dan ketetapan yang pasti saling berkait rapat udalam melengkapkan pengetahuan manusia. 

Kedua-duanya membentuk kandungan akal kepada manusia. Tanpa kedua-duanya (pengalaman luaran dan pengalaman dalaman), manusia tidak akan memiliki pengetahuan kerana tidak dapat dibuktikan.

Perspektif Islam

Ilmu atau Epistemologi adalah satu alat yang unik, yang boleh mendorong dan membimbing pemiliknya untuk mengenal dan memperhambakan diri kepada ALLAH. Ia suatu yang suci dan bernilai dalam kehidupan seseorang muslim.

Sebagai alat dan penggerak utama bagi mencapai kejayaan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Ia diletakkan pada tahap kedudukan paling tinggi antara semua urusan hidup manusia dan telah dijadikan ukur tara yang jelas bagi membezakan antara seseorang dengan seseorang yang lain.



Sunday, January 8, 2012

Serabut dan serabut lagiiiiiii!!!!!!!

Assalammualaikum w.b.t

Aku dah abis 3 paper ada 6 paper lagi yang terpaksa aku harungi... minggu nie memang teruk la... bagi aku semua subjek killer... da la bederet tiga hari non stop... mampu kah aku???? InsyaALLAH, aku mampu untuk melakukan nya....

Isnin aka esok paper arab lagii.... Arab lagi dan arab lagii....hope aku boleh buat yang terbaik lagi.. dah la markah midsem tak seberapa nak memuaskan hati ku... so, tuk esok kna la jawab molek2... bila dah study kepala pun berserabut... fikir itu fikir ini... bila la nak abis semua ini... pening den memikirkannya....



Pening + Serabut... banyak sangat nak di hafal....
Ya ALLAH permudahkanlah segala urusan hamba-Mu ini..




Wednesday, January 4, 2012

Paper Arab Lagi...

Assalammualaikum w.b.t...

Hari nie merupakan hari kedua aku exam tuk sem 3 nie...hope boleh jawab la nanti...exam aku petang nanti... bagi aku nie subjek killer la gak... subjek arab tuh.. walaupun dari sekolah rendah sampai sekarang aku ambik arab tapi masih tak leh nak faham... hahahaha.. aku pun tak tau kenapa... biase la tu kan mane la ade orang yang nak boleh faham semuanya.... exam petang nie MAHARAT ALKITABAH WA MUHADATHAH... subjek nie pasal kemahiran nak wat esei la dalam arab... memang terbaik la kalau aku boleh buat semua nya nanti... 3 esei tu nak dibuat... mana nak perah otak wat esei nanti.... dah la semalam pun exam arab... exam semalam tu kira ok la gak boleh jawab semuanya... entah betol ke tidak tu belakang kira...



Jom sambung study lagi... study ke stdooooo....

Tuesday, January 3, 2012

Minggu Peperiksaan Datang Lagi!!!

Assalammualaikum...
      Wow!!! tak sangka aku dah masuk sem 3 dah nak abis pun... masih teringat lagi kenangan 1st masuk UKM.. tak terasa langsung dah nak abis sem 3...ada baki 3 sem je lagi... tak sabar rasanya nak abis... Fuhhhh!!! bila dah jadi student memang rutin arr bukan rutin pun dah jadi kewajipan setiap student tuk menghadapi peperiksaan...
       Exam aku dah start ri nie... ada 8 paper lagi... Alhamdulillah, 1st paper 1st exam tuk sem nie boleh jawab dengan tenang n gembira... ingat la susah sangat tadi 1st paper.. kira ok la gak boleh jawab...Paper last 20 Januari 2012... So, selamat menjawab peperiksaan bagi member2 yang sedang menghadapi Final Exam... Good Luck ye semua.....

Good Luck !!!!




Welcome 2012







Selamat Menyambut Tahun Baru 2012... Tahun baru , azam baru, dan semangat baru...



GG Manchester United

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tabungan Lara

Jiwa Lara World - Bila Pena Mula Menari Menulis Kalimah Tanpa Hentinya...