ILMU bermaksud mengetahui atau perbuatan yang bertujuan mengetaui tentang sesuatu perkara dengan sebenarnya atau pengetahuan dan kepandaian dalam perkara-perkara yang berhubung dengan dunia akhirat atau kebijaksanaan dalam menekuni hal-hal yang zahir dan yang maknawi.
EPISTEMOLOGI adalah teori tentang pengetahuan khususnya yang berkaitan dengan kajian kritis tentang sesuatu kaedah, konsep dan kesahihan suatu kajian.
KEDUA-DUANYA saling berhubung rapat dan lengkap melengkapi antara satu sama lain.
Pendapat Barat
ILMU bagi individu adalah suatu yang dibentuk melalui impression dan idea yang kemudiannya akan melahirkan pengalaman pancaindera kepada manusia.
Impression adalah salinan dari memori dan imiginasi yang membentuk pengetahuan kepada manusia. Memori dan imaginasi pula adalah hasil campuran, pertukaran, penambahan atau penyusutan bahan-bahan yang ada dalam diri, deria dan pengalaman manusia.
Manakala idea adalah rangsanagan dan tindak balas terhadap imej terhadap persepsi yang masuk ke dalam pemikiran manusia.
Impression dan idea memiliki satu kaedah dan ketetapan yang pasti saling berkait rapat udalam melengkapkan pengetahuan manusia.
Kedua-duanya membentuk kandungan akal kepada manusia. Tanpa kedua-duanya (pengalaman luaran dan pengalaman dalaman), manusia tidak akan memiliki pengetahuan kerana tidak dapat dibuktikan.
Perspektif Islam
Ilmu atau Epistemologi adalah satu alat yang unik, yang boleh mendorong dan membimbing pemiliknya untuk mengenal dan memperhambakan diri kepada ALLAH. Ia suatu yang suci dan bernilai dalam kehidupan seseorang muslim.
Sebagai alat dan penggerak utama bagi mencapai kejayaan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Ia diletakkan pada tahap kedudukan paling tinggi antara semua urusan hidup manusia dan telah dijadikan ukur tara yang jelas bagi membezakan antara seseorang dengan seseorang yang lain.
No comments:
Post a Comment