Assalammualaikum..
Selamat berhujung minggu rerakan sekalian.. Sedar tak sedar kita dah berada di pertengahan Ramadhan.. Alhamdulillah, masih lagi diberikan peluang dan kesempatan untuk menunaikan ibadah puasa... Syukur..
Semalam pergi jenjalan bandar KK.. Pergi Kompleks Karamunsing, Centre Point KK n City Mall KK.. Best jenjalan semalam even puasa.. Banyak orang disetiap kompleks membeli-belah tersebut.. Banyak anak-anak muda dan remaja yang berkeliaran dan berpelesaran...
Perghh!! Keterujaan yang teramat teruja.. Bukan apa ada satu kedai tu yang menjual barang yang berkaitan dengan bola.. Memang terbaik laa.. Menyesal semalam x beli.. Ingat nak patah balik untuk beli tapi bukan rezeki aku la nak beli.. Memang aku teruja nak beli aksesori Manchester United.. Memang pantang gilerrr tengok barang-barang Manchester United..
Walaupun aku x beli aksesori Man Utd tapi aku sempat g beli buku resepi... Keterujaan nak wat biskut untuk raya nie even 2 hari nak raya baru balik rumah.. Setakat nie x banyak biskut yang aku tau buat.. So, aku harap dengan buku yang aku beli nie boleh la aku tambah sikit pengetahuan aku.. Tambahan pula, kakak aku dah turunkan wasiat untuk aku wat kek n biskut untuk raya kali nie.. Al-maklum la aku sorang ja anak bujang di rumah.. Akak-akak aku yang lain semua dah kawen..
Masih lagi menghitung hari nak balik kampung... Tak sabar nak jumpa family di kampung...
2 comments:
sy pminat MU ^_^
biskut raya dh siap wat pos kat e'in sikit ea.. hee
Post a Comment