Monday, April 4, 2011

Cara-cara Mengenal Pasti Orang Bermasalah

  • Masalah Rumahtangga - Pagi-pagi belum time kerja dah masuk opis, time balik pulak orang lain dah balik dia tak balik-balik lagi. Esoknya dia jugak orang first datang opis nak dibandingkan dengan hari-hari lain.
  • Masalah Bercinta - Tiba-tiba di hujung minggu ajak kawan pegi mancing atau nonton wayang berdua, pada hal sebelum tu asyik berkepit dengan kapel je.
  • Masalah Duit - Tiba-tiba buat kerja part time sebelah malam. Lepas tu kalau ada orang bank telefon sama ada angkat atau kata takde. Ada yang meminjam dari kawan-kawan dan paling sesak kontek along.
  • Masalah Pelajaran - Bila keputusan ujian yang diperolehi makin teruk. Kemudian cikgu panggil mak bapak untuk berbincang, balik rumah kena bebel dan kemudian dimasukkan kelas pemulihan.
  • Masalah Adab - Bila orang tua cakap sibuk pasang telinga nak dengar dan menyampuk. Bila bercakap tak tahu nak berbahasa, main sedap mulut je keluar kata-kata kesat tak berlapik. Orang mendengar pun meluat sampai nak terkeluar taik telinga.
  • Kesimpulannya -  Sejauh mana pun korang lari, masalah pasti akan datang atau menanti di depan. Korang  harus pandai mengatasinya.
p/s: Jangan salahkan masalah tapi salahkan diri sendiri kerana korang yang cari masalah...

No comments:

GG Manchester United

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tabungan Lara

Jiwa Lara World - Bila Pena Mula Menari Menulis Kalimah Tanpa Hentinya...