Tuesday, April 12, 2011

Helikopter Terhempas Di Sibu

SIBU: Sebuah helikopter terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sibu, di tengah-tengah bandar raya berkenaan pada 1.40 petang tadi selepas menurunkan tiga penumpangnya termasuk pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di dataran itu.
Juruterbang helikopter itu, satu-satunya yang berada di dalam pesawat itu ketika kejadian, dihantar segera ke Hospital Sibu untuk rawatan.

Keadaannya masih belum diketahui.


Setiausaha Akhbar Muhiyddin, Hafiz Abdul Halim yang ketika itu sedang berjalan menuju ke RH Hotel, kira-kira 100m dari dataran itu terkejut dengan kejadian itu.

"Helikopter itu tidak mengalami apa-apa masalah semasa kami berlepas dari Bintangor atau semasa dalam penerbangan. Saya sedang berjalan menuju hotel apabila saya dengar ia terhempas," kata Hafiz yang sebelum itu menaiki helikopter itu bersama-sama dua pegawai keselamatan.



Sumber: Metro Online


Berita Terkini: Kapten Sahimi Ghazali, 38, disahkan meninggal dunia di hospital Sibu pada jam 8.36 malam ini. Berita tentang kematiannya diterima melalui sumber. – Oleh Watt Zacchaeus, Utusan Borneo.


Takziah untuk keluarga Allahyarham. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempat dalam golongan orang-orang yang beriman.. Amin..




Selamat Membaca.

Monday, April 11, 2011

Sahabat Selamatnya

BFF

 Semalam aku ada cakap kan yang aku pi keluar ngan kawan-kawan aku. kalau tak tahu KlikSini. Kalau kitorang berjumpa dan keluar memang tak sah kalu kitorang tak snap gambar. Dah jadi hobi kot. Kat mana-mana pun nak snap gambar. Yang penting best la. Bila dah jumpa kawan-kawan lama. Cerita-cerita hal masing-masing. Thanks korang jadi sahabat a.k.a kawan aku. Sayang korang semua. Aku pun dah xde idea nak tulis apa lagi. Otak dah serabut coz esok nak exam. Korang layan je la gambar kat bawah ni. Ni la kawan-kawan aku yang kitorang jumpa semalam.





 Selamat Membaca.






Doa Ketika Menghadapi Peperiksaan

Assalammualaikum...w.b.t


Menjelang peperiksaan yang bakal berlangsung pada 12 April 2011 ini, saya ingin memohon kemaafan daripada anda semua..Mohon maaf andai tersalah dan terkasar bahasa. Berharap sem ni lebih baik dari sem lepas. kat bawah ni ada beberapa doa ketika menghadapi peperiksaan. Doa ni kawan 1 kolej yang bagi. Thanks Nur Syakila.



1. masa masuk dewan peperiksaan tu baca:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

2. masa dapat kertas soalan:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي

.Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

3. masa payah nak jawab menjawab:

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

credit to: Ustaz Azhar Idrus



Selamat Membaca.

GG Manchester United

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tabungan Lara

Jiwa Lara World - Bila Pena Mula Menari Menulis Kalimah Tanpa Hentinya...