Sunday, July 15, 2012

Muzium Sabah

Skang nih aku ngah praktikal kat Muzium Tamadun Islam Sabah (MTIS)... Muzium nih under Muzium Sabah... kat bawah nih aku ada la snap pic sekitar Muzium Sabah.. Kat MTIS xda tempat yang menarik nak di snap.. nak snap kat dalam MTIS xleh plak.. 

Dilarang untuk menangkap gambar kat dalam tuh.. kat dalam tuh banyak tinggalan zaman dahulu.. contohnya Al-Quran lama. jenis-jenis pakaian orang masa dulu, mata wang dulu kala, dan banyak lagi laa.. kalau nak tau eh la datang MTIS.. RM2 je untuk orag dewasa, kanak-kanak bawah umur, warga tua yang berumur 55 tahun dan ke atas, pelajar sekolah adalah free bila masuk.. manakala warganegara asing plak RM15... 

Aku tak tau lagi nih nak cakap apa.. meh skroll kat bawah nih gambar-gambar yang sempat aku snap...
Muzium Sabah
Muzium Tamadun Islam Sabah (MTIS)


Taman Hutan Lipur

Pusat Orkid dan Paku Pakis

Kampung Warisan

Jambatan Gantung ke Kampung Warisan

Keretapi


Kereta Antik






Sunday, July 8, 2012

CONTEST KE 3 HAZWAN HAIRY

Di hujung minggu yang aku free nih aku merajinkan diri aku untuk menjoinkan diri dalam kontes nih atas jemputan Abang Retis kite nih... Hehehe.. Meh la kita pakat ramai-ramai join kontes abang Retis nih....



Abang HH nih ada wat pertanyaan.. so, aku nak jawab la apa yang Abang HH nih tanya...

" Nyatakan kenapa anda suka masuk blog hazwan hairy? "

Kenapa ek aku suka masuk blog abang HH nih? aku pun tak tau myb kata-kata dy tu kot yang wat aku tertarik untuk meneruskan pembacaan dalam blog dy nih.. lagipun bahasa yang dy gunakan memang senang difahami dan bagi aku memang menarik minat aku laa... blog yang sempoi dan cool.. tips-tips yang ada dalam blog dy nih boleh digunakan untuk semua lapisan masyarakat.. hehehe.. 

Meh pakat ramai-ramai join kontes nih x salah nak mencuba.. untuk maklumat lebih lanjut lagi meh TEKAN SINI..





Saturday, July 7, 2012

Praktikal : Hari Pertama

Assalammualaikum...

Alhamdulillah, aku dah berjaya menghabiskan 4 semester sepanjang pengajian aku dan masih berbaki 2 semester lagi... cuti sem aku kali ini aku habiskan dengan berpraktikal selama 2 bulan... aku berpraktikal di Muzium Tamadun Islam Sabah (MTIS).. hari pertama aku melaporkan diri bersama kawan aku Siti Zakiah.. nama kami lebih kurang sama ja bermula dengan Siti... kami start melapor diri pada 2 Julai 2012 dan akan berakhir 09 September 2012....hehehe

Datang ke Muzium Sabah lebih kurang jam 7 pagi.. awal kan kami sampai... almaklum la hari 1st mo berpratikal.. jam 8 kami melaporkan diri dengan pihak yang menguruskan pelajar-pelajar praktikal.. bila tengok senarai nama yang berpraktikal ramai jugak yang praktikal kat Muzium Sabah nih.. bila dah melapor diri kami diberikan satu kertas yang mengandugi semua nama ketua-ketua bahagian di dalam muzium nih.. macam orientasi plak.. hehehe..

tag nama
Lepas tu kitorang kena bagi gambar dan isi maklumat diri la untuk tag nama.. hahaha.. dah la gambar yang aku bagi tu gambar masa form 3 umur 15 tahun skang dah 22 tahun.. hahaha.. memang nampak sangat perbezaan.. kami terpaksa menunggu tag nama siap baru boleh mula untuk meminta tandatangan semua ketua bahagian tetapi tak la semua kami habiskan disebabkan banyak yang xda kat pejabat...

pengalaman yang sangat-sangat best ari 1st melapor diri.. semua kakitangan ramah-ramah belaka.. boleh masuk muzium secara free.. hehehehe


GG Manchester United

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tabungan Lara

Jiwa Lara World - Bila Pena Mula Menari Menulis Kalimah Tanpa Hentinya...