Tuesday, July 31, 2012

Kempen Menderma Darah

Assalammualaikum dan selamat malam..

Tadi petang dapat mesej dari 15888.. Mesej tuh dari Pusat Darah Negara.. Pesanan yang disampaikan ialah pihak Darah Negara mengalami kekurangan darah jenis B..

Bagi menampung bekalan darah, pihak Pusat Darah Negara telah membuat satu kempen menderma darah di Pusat Darah Negara sehingga 18 0gos 2012.. Juadah berbuaka puasa juga turut disediakan.. Memandangkan aku skang berada di kepulauan Borneo maka x berkesempatan la aku nak menderma darah..

Bagi kengkawan di alam maya nih meh la reramai menderma darah bagi menampung bekalan darah..

#Selamat menunaikan ibadah puasa...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Bosan !

Bosan bosan dan bosan.. Tu je la yang mampu ku kata kan.. Hari-hari buat benda yang sama.. Bosan aihh.. Nie serupa gak cam tak praktikal.. Lebih baik aku balik kampung bercuti.. At least ada gak benda yang aku buat bila dah balik kampung... Dok kat muzium nih mak aihhh Tuhan je yang tau.. Bosan siutttt... Datang ofis cam biasa pastu wat hal sendiri.. Cukup jam balik... Bosan !!!!!!

Ada keje pun dah siap hantar.. Tu pun tugasan yang kitorang buat untuk pameran bulan September nanti.. Keje dah siap tapi pameran lambat lagi.. Dah tu tak sempat plak nak ikut serta coz praktikal habis 7 September dan pameran pertengahan September..

Bila keje xde mula la buat aktiviti sendiri.. Bukan sehari dua buat benda yang sama malahan setiap hari.. SETIAP HARI !! OKAY ! ! Kerja plak xde.. Kadang-kadang jealous gak ngan member-member yang lain diorang ada keje masing-masing.. Tapi bila ada kerja malas plak nak buat.. Haihhh ! Manusia-manusia yang tak pernah nak berpuas hati dengan diri sendiri (mengata diri sendiri)....

Published with Blogger-droid v2.0.6

Hari Pahlawan ( Seorang Pejuang Kemerdekaan )

Di sini bumi kelahiran
menyambut mesra
seorang pejuang kemerdekaan
dalam saat ranjau berduri
menangkis cercaan
menepis ancaman
tabah menghadapi dugaan.

Berdirinya gagah bak panglima
melaungkan kalimat perjuangan
membakar semangat anak bangsa
menentang penjajahan
menegakkan kebenaran
dalam kancah keterpaksaan.

Walaupun hujan batu menimpa
bahang membakar kulitnya
dia tidak pernah gentar
apatah lagi berpaling muka
biar darah merah mengalir
membasahi bumi tercinta ini
demi menjaga maruah bangsanya
senyummu sungguh bermakna.

Tanggal 31 Ogos 1957
sambil melaungkan kalimat merdeka !
membawa rahmat kepada seluruh bangsa
menerangi setiap insan yang berduka.

Kini engkau sedang bertemu dengan-Nya
mengakhiri kehidupanmu di alam penuh fana
namun jasamu tetap dikenang
setiap anak bangsa Malaysia.



Muhammad Hasmadi Hassan



Monday, July 30, 2012

10 Ramadhan

Assalammualaikum..

Alhamdulillah, 10 hari sudah kita menunaikan ibadah puasa.. InsyaAllah masih berbaki 19 hari lagi sebelum kita melangkah ke Hari Raya Puasa..

Camne ngan puasa setakat nie ? Ok ke x ? Jangan plak ada yang ponteng tanpa keuzuran bagi kaum lelaki laa.. Lain la kalau kaum perempuan ada sebab untuk tidak berpuasa... :-)  Jangan pula lupa nak qada' puasa yang telah ditinggalkan.. Jangan di ambil ringan pulak hal-hal begini..

Sama-sama la kita saling ingat-mengingati sementara masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Allah ini.. Janganlah kita hanya mementingkan diri sendiri...

#Salam Ramadhan.. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari yang sebelumnya...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sikap Pemandu

Assalammualaikum...

Jam x mencecah lagi jam 5 jalan punya la jammed... Perghhh!!! Kalau ada roti kan sedap disaluti dengan jam... Setiap hari kena lalui jalan yang sibuk.. Hope pemandu memandu dengan berhati-hati dan tidak mementingkan sikap pentingkan diri..

Musim perayaan bakal menjelma so, berhati-hati lah ketika memandu di jalan raya.. Nanti tak pasal-pasal beraya kat hospital.. Yang kat hospital untung la lagi still boleh bernafas.. Bayangkan jika sikap pemandu yang tidak berhemah menyebabkan berlakunya kemalangan sekaligus kehilangan nyawa bahkan membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain..

Patuhi lah peraturan lalu lintas di jalan raya.. Jangan lah memandu ikut sesedap rasa sahaja.. Ingat jalan raya tuh mak bapak korang yang punya ! Hah ! So, beringat lah sebelum terkena..

Pandu cermat jiwa selamat . . .

Published with Blogger-droid v2.0.6

Harga Sebuah Kemerdekaan

Betapa mahal harga sebuah kemerdekaan
bagi bangsa yang pernah dijajah, dihina
diinjak dan dihamba tak tertebus
dengan emas, permata dan mutiara
kerana kemerdekaan lahir dari harapan dan impian
pejuang sejati, dari keringat, darah dan air mata
tumbuh menguntum sebuah Malaysia merdeka.

Betapa mahalnya harga sebuah kemerdekaan
bagi jiwa yang pernah dijajah, bagi hati
yang pernah disakiti, namun mereka
tak pernah mengalah, jiwa raga mereka
korbankan untuk maruah bangsa
terpahat menjadi monumen sejarah.

Betapa mahalnya harga sebuah kemerdekaan
bagi bangsa yang pernah menderita
yang melarat.
tak terucap dengan kata
tak terlukis dengan warnna
melainkan doa syukur kepada-Nya.

Keheningan fajar 31 Ogos ini
kita meniup kembali puing-puing sejarah
bertebaran di aspal panjang dan berliku
menyemai semangat dan jati diri generasi
agar mereka bisa mengasuh dan memelihara
tanah tumpah darah tercinta ini.


AHMAD ZUBAIDILLAH OTHMAN

Sumber : Berita Minggu, 26 Ogos 2001

Friday, July 27, 2012

Aku Terjah! Aku Follow! Apakah itu?

Assalamualaikum...


Ehem... Salam Jumaat kalian-kalian semua.. pagi nih buka blog ja ada orang tag untuk join segmen  Bro Azizi . . . Thanx  Hana tag Lara untuk join segmen nih.. Semalam dah terniat nak join selepas tengok entry up dari Hazwan Hairy tapi niat tu dibatalkan just follow je Bro Azizi.. tapi x sangka plak di tag oleh Hana so, join je la... hihi


Kenapa Saya Terjah ?

Terjah ? Saya terjah coz nak tengok la sapa empunya blog nih.. nak tau apa isi kandungan yang ada dalam blog yang beliau hasilkan..

Kenapa Saya Follow ?

Follow ? Ofcoz la nak tambahkan kekawan di alam maya nih.. Selain itu boleh la bertukar-tukar idea dan pandangan sesama blogger..


Jiwa Tag



Thursday, July 26, 2012

Mengharap Kasih Sayang Tuhan

Allah kaya dengan sifat kasih sayang. Tiada siapa dapat menandingi kasih sayangnya kepada hamba dan makhluk ciptaannya. Dengan rahmatnya, kita memohon keampunan. Dengan kasihnya, kita mengharap keredhaan. Dengan sayangnya, kita meminta belas kasihan.

Sumber : Mr Google


" Ya Tuhanku, ampunilah aku dan saudaraku dan masukkanlah kami ke dalam rahmatmu, dan engkau yang maha penyayang daripada semua yang penyayang . "

Siapa Mohammad Ali Pasha ?


Mohammad Ali Pasha

Suasana pelabuhan kecil di daerah Kavala, Macedonia tidak ada bezanya dengan kawasan pelabuhan Empayar Uthmaniyyah yang lain. Jalam sempit dan berliku-liku, terdapatnya jalan raya dan rumah yang bercat putih yang berkilauan dalam kepanasan tengah hari.Setiap rumah tersebut dikelilingi dengan tumbuhan hijau, anggur serta pohon Ara untuk mengelakkan daripada panas matahari.Antara rumah-rumah kecil yang bercat putih di kawasan ini, lahirlah seorang tokoh yang terkenal dalam membawa pemodenan terhadap Mesir iaitu Mohammad Ali Pasha.
Mohammad Ali Pasha telah mengharumkan nama Negara Mesir di peringkat antarabangsa terutama dalam penonjolan pasukan pertahanan. Benteng pertahanan beliau ini sukar untuk ditembusi, dicerobohi oleh mana-mana pihak sama ada dari dalam mahupun luar Negara. Pada zaman pemerintahannya, Negara Mesir telah Berjaya menikmati pelbagai program pembangunan hingga Mesir dapat meluaskan pengaruhnya ke sebahagian besar Negara-negara Timur Tengah.
            Mohammad Ali ialah gabenor kerajaan Uthmaniyyah.Beliau telah memerintah dari tahun 1805 sehingga 1849 Masihi iaitu ketika dalam periode pemerintahan Sultan Salim III (1789-1807). Beliau juga dikenali sebagai “ Pengasas Mesir Moden”. Beliau dilahirkan di Qawala, Macedonia pada tahun 1769.Mohammad Ali Pasha adalah anak kepada Ibrahim Agha iaitu anak kepada Uthman Agha.Hal ini menunjukkkan Mohammad Ali berlatarbelakangkan keturunan tentera.Mohammad Ali tidak pernah menerima sebarang pendidikan formal.Chorbaji adalah orang pertama yang bertanggungjawab mencorakkan sejarah hidup beliau. Chobarji telah mengajar solat, mendedahkan kemahiran asas menunggang kuda, menggunakan alat senjata dan juga latihan ketenteraan yang lain.
            Apabila Mohammad Ali melangkah ke alam dewasa, beliau telah diberi peluang menyertai kumpulan yang dihantar untuk menangkap pemberontak yang enggan membayar cukai. Di samping itu, beliau juga sempat menimba pengalaman dengan mempelajari taktik peperangan serta gaya kepimpinan dalam tentera.Kejayaan Mohammad Ali dalam mengendalikan tentera Albania telah mendapat perhatian Sultan.Oleh sebab itu, beliau telah diberikan gelaran “Basha” atau “Pasha”. Pada tahun 1801, beliau telah dilantik sebagai leftenan muda untuk membantu tentera Albania di Rosetta bawah pimpinan Tahir Pasha bagi mengusir tentera Perancis keluar dari Mesir.Akhirnya, tentera Perancis Berjaya diusir keluar dari Mesir hasil pakatan bersama antara tentera Inggeris dan Uthmaniyyah.Susulan dari itu, Mohammad Ali mendapati kekosongan politik. Sejak itu, beliau  menyimpan cita-cita ingin menguasai Mesir dan membebaskannya dari penguasaan Daulah Uthmaniyyah.
            Beliau digambarkan sebagai seorang lelaki yang pendek, gempal, brmata kelabu hazel, berambut perang, mempunyai mulut kecil dan tangan yang cantik.Beliau juga seorang yang sempurna dan teliti dari segi aspek kebersihan diri. Hal ini kerana, beliau akan mencukur kepalanya stiap hari dan akan mengambil masa yang lama sekiranya beliau mandi pada waktu pagi. Beliau juga diumpamakan mempunyai sifat yang sama seperti singa. Hal ini demikian kerana, beliau mempunyai sifat keberanian dalam diri, seorang yang berbudi, dan sntiasa dijulang oleh penyokongnya dan digeruni oleh golongan yang menentang beliau.
            Selain itu, Mohammad Ali Pasha juga diibaratkan seperti serigala yang licik, pandai serta merbahaya. Dalam pada itu, beliau juga seorang yang menawan kerana mempunyai  perwatakan dan adab yang menarik. Beliau seorang yang pragmatis iaitu boleh membuat atau melakukan sesuatu yang terbaik walaupun dalam keadaan yang menyukarkan. Seorang penasihat British telah menulis mengenai beliau : “the Pasha’s greatest resources rest on his own superior talents – fertile in means and singularly skilled in the art of leading men, he has always hitherto been seen to rise greater for obstacles he has to encounter.”

Wednesday, July 25, 2012

Happy Family

 Assalammualaikum...

Bosan duk ofis nih xde buat keje... dari isnin sampai skang xde keje lagi.. nasib la praktikal je..klu betul2 keje komfom bosan tahap siput babi nak beranak.. bosan2 nih aku godek2 gambar tadi, then aku terfikir untuk letak gambar family aku.. hehehe.. semua adik-beradik aku dah berumah tangga dan aku ? Aku masih lagi single but not available.. kihkihkih... xnak fikir dulu pasal kawen2 nih even banyak member yang dah kawen dan siap ada baby lagi.. Aku ? Aku tunggu abis belajar dulu, pastu kerja , pastu bagi mak bapak aku senang laa..

mom n dad bersama cucu-cucunya..

mummy n daddy

Sis Ronny n Bro Wahid + Nur'ain 

Sis Lynn n Bro Hasbollah + Fikri + Fahmi + Fauzan

Sis Laila n Bro Sazali 

Sis Maya n Bro Manap + Hafiz
Bro Dillah n Sis Nor
Sis Cmah n Bro Pyan + Wawa

        
Jiwa Lara 



 # Sis Laila n Bro Dillah baru je menikah tahun nih.. InsyaALLAH, 09 Sept nih ada wat kenduri.. meh lah datang.. jangan malu jangan segan...




Wordless Wednesday






# Bersabar itu adalah separuh daripada iman...

Tuesday, July 24, 2012

Nasi Kerabu : Juadah Berbuka

Assalammualaikum..
Sumber : Mr Google

Skang dah masuk puasa yang ke 4.. Alhamdulillah, atas nikmat dan rezeki yang telah Allah berikan.. Keterujaan telah merasuk jiwa ku yang sememangnya telah lara dek pekena dengan Nasi Kerabu semalam waktu berbuka... Tak sangka plak di Sabah nie ada juga nasi kerabu.. apa lagi, aku bantai beli la semalam... perghhh!! lepas gian nak makan nasi kerabu.. tak la kempunan nak makan lagi.. nak tunggu balik KL memang lambat lagi laa nak merasa nasi kerabu nih..

# Kalau camnie gamaknya kena cari orang Pantai Timur nih..


Monday, July 23, 2012

Salam Ramadhan





Alhamdulillah, khamis lepas dah balik kampung.. Sekarang dah ada di KK untuk memulakan kerja seperti biasa... dapat gak melepaskan rindu ngan family yang tercinta... hehehe.. yang paling best dapat bersahur dan berbuka puasa bersama-sama..



Sunday, July 15, 2012

Muzium Sabah

Skang nih aku ngah praktikal kat Muzium Tamadun Islam Sabah (MTIS)... Muzium nih under Muzium Sabah... kat bawah nih aku ada la snap pic sekitar Muzium Sabah.. Kat MTIS xda tempat yang menarik nak di snap.. nak snap kat dalam MTIS xleh plak.. 

Dilarang untuk menangkap gambar kat dalam tuh.. kat dalam tuh banyak tinggalan zaman dahulu.. contohnya Al-Quran lama. jenis-jenis pakaian orang masa dulu, mata wang dulu kala, dan banyak lagi laa.. kalau nak tau eh la datang MTIS.. RM2 je untuk orag dewasa, kanak-kanak bawah umur, warga tua yang berumur 55 tahun dan ke atas, pelajar sekolah adalah free bila masuk.. manakala warganegara asing plak RM15... 

Aku tak tau lagi nih nak cakap apa.. meh skroll kat bawah nih gambar-gambar yang sempat aku snap...
Muzium Sabah
Muzium Tamadun Islam Sabah (MTIS)


Taman Hutan Lipur

Pusat Orkid dan Paku Pakis

Kampung Warisan

Jambatan Gantung ke Kampung Warisan

Keretapi


Kereta Antik






Sunday, July 8, 2012

CONTEST KE 3 HAZWAN HAIRY

Di hujung minggu yang aku free nih aku merajinkan diri aku untuk menjoinkan diri dalam kontes nih atas jemputan Abang Retis kite nih... Hehehe.. Meh la kita pakat ramai-ramai join kontes abang Retis nih....



Abang HH nih ada wat pertanyaan.. so, aku nak jawab la apa yang Abang HH nih tanya...

" Nyatakan kenapa anda suka masuk blog hazwan hairy? "

Kenapa ek aku suka masuk blog abang HH nih? aku pun tak tau myb kata-kata dy tu kot yang wat aku tertarik untuk meneruskan pembacaan dalam blog dy nih.. lagipun bahasa yang dy gunakan memang senang difahami dan bagi aku memang menarik minat aku laa... blog yang sempoi dan cool.. tips-tips yang ada dalam blog dy nih boleh digunakan untuk semua lapisan masyarakat.. hehehe.. 

Meh pakat ramai-ramai join kontes nih x salah nak mencuba.. untuk maklumat lebih lanjut lagi meh TEKAN SINI..





Saturday, July 7, 2012

Praktikal : Hari Pertama

Assalammualaikum...

Alhamdulillah, aku dah berjaya menghabiskan 4 semester sepanjang pengajian aku dan masih berbaki 2 semester lagi... cuti sem aku kali ini aku habiskan dengan berpraktikal selama 2 bulan... aku berpraktikal di Muzium Tamadun Islam Sabah (MTIS).. hari pertama aku melaporkan diri bersama kawan aku Siti Zakiah.. nama kami lebih kurang sama ja bermula dengan Siti... kami start melapor diri pada 2 Julai 2012 dan akan berakhir 09 September 2012....hehehe

Datang ke Muzium Sabah lebih kurang jam 7 pagi.. awal kan kami sampai... almaklum la hari 1st mo berpratikal.. jam 8 kami melaporkan diri dengan pihak yang menguruskan pelajar-pelajar praktikal.. bila tengok senarai nama yang berpraktikal ramai jugak yang praktikal kat Muzium Sabah nih.. bila dah melapor diri kami diberikan satu kertas yang mengandugi semua nama ketua-ketua bahagian di dalam muzium nih.. macam orientasi plak.. hehehe..

tag nama
Lepas tu kitorang kena bagi gambar dan isi maklumat diri la untuk tag nama.. hahaha.. dah la gambar yang aku bagi tu gambar masa form 3 umur 15 tahun skang dah 22 tahun.. hahaha.. memang nampak sangat perbezaan.. kami terpaksa menunggu tag nama siap baru boleh mula untuk meminta tandatangan semua ketua bahagian tetapi tak la semua kami habiskan disebabkan banyak yang xda kat pejabat...

pengalaman yang sangat-sangat best ari 1st melapor diri.. semua kakitangan ramah-ramah belaka.. boleh masuk muzium secara free.. hehehehe


GG Manchester United

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tabungan Lara

Jiwa Lara World - Bila Pena Mula Menari Menulis Kalimah Tanpa Hentinya...