Thursday, July 26, 2012

Siapa Mohammad Ali Pasha ?


Mohammad Ali Pasha

Suasana pelabuhan kecil di daerah Kavala, Macedonia tidak ada bezanya dengan kawasan pelabuhan Empayar Uthmaniyyah yang lain. Jalam sempit dan berliku-liku, terdapatnya jalan raya dan rumah yang bercat putih yang berkilauan dalam kepanasan tengah hari.Setiap rumah tersebut dikelilingi dengan tumbuhan hijau, anggur serta pohon Ara untuk mengelakkan daripada panas matahari.Antara rumah-rumah kecil yang bercat putih di kawasan ini, lahirlah seorang tokoh yang terkenal dalam membawa pemodenan terhadap Mesir iaitu Mohammad Ali Pasha.
Mohammad Ali Pasha telah mengharumkan nama Negara Mesir di peringkat antarabangsa terutama dalam penonjolan pasukan pertahanan. Benteng pertahanan beliau ini sukar untuk ditembusi, dicerobohi oleh mana-mana pihak sama ada dari dalam mahupun luar Negara. Pada zaman pemerintahannya, Negara Mesir telah Berjaya menikmati pelbagai program pembangunan hingga Mesir dapat meluaskan pengaruhnya ke sebahagian besar Negara-negara Timur Tengah.
            Mohammad Ali ialah gabenor kerajaan Uthmaniyyah.Beliau telah memerintah dari tahun 1805 sehingga 1849 Masihi iaitu ketika dalam periode pemerintahan Sultan Salim III (1789-1807). Beliau juga dikenali sebagai “ Pengasas Mesir Moden”. Beliau dilahirkan di Qawala, Macedonia pada tahun 1769.Mohammad Ali Pasha adalah anak kepada Ibrahim Agha iaitu anak kepada Uthman Agha.Hal ini menunjukkkan Mohammad Ali berlatarbelakangkan keturunan tentera.Mohammad Ali tidak pernah menerima sebarang pendidikan formal.Chorbaji adalah orang pertama yang bertanggungjawab mencorakkan sejarah hidup beliau. Chobarji telah mengajar solat, mendedahkan kemahiran asas menunggang kuda, menggunakan alat senjata dan juga latihan ketenteraan yang lain.
            Apabila Mohammad Ali melangkah ke alam dewasa, beliau telah diberi peluang menyertai kumpulan yang dihantar untuk menangkap pemberontak yang enggan membayar cukai. Di samping itu, beliau juga sempat menimba pengalaman dengan mempelajari taktik peperangan serta gaya kepimpinan dalam tentera.Kejayaan Mohammad Ali dalam mengendalikan tentera Albania telah mendapat perhatian Sultan.Oleh sebab itu, beliau telah diberikan gelaran “Basha” atau “Pasha”. Pada tahun 1801, beliau telah dilantik sebagai leftenan muda untuk membantu tentera Albania di Rosetta bawah pimpinan Tahir Pasha bagi mengusir tentera Perancis keluar dari Mesir.Akhirnya, tentera Perancis Berjaya diusir keluar dari Mesir hasil pakatan bersama antara tentera Inggeris dan Uthmaniyyah.Susulan dari itu, Mohammad Ali mendapati kekosongan politik. Sejak itu, beliau  menyimpan cita-cita ingin menguasai Mesir dan membebaskannya dari penguasaan Daulah Uthmaniyyah.
            Beliau digambarkan sebagai seorang lelaki yang pendek, gempal, brmata kelabu hazel, berambut perang, mempunyai mulut kecil dan tangan yang cantik.Beliau juga seorang yang sempurna dan teliti dari segi aspek kebersihan diri. Hal ini kerana, beliau akan mencukur kepalanya stiap hari dan akan mengambil masa yang lama sekiranya beliau mandi pada waktu pagi. Beliau juga diumpamakan mempunyai sifat yang sama seperti singa. Hal ini demikian kerana, beliau mempunyai sifat keberanian dalam diri, seorang yang berbudi, dan sntiasa dijulang oleh penyokongnya dan digeruni oleh golongan yang menentang beliau.
            Selain itu, Mohammad Ali Pasha juga diibaratkan seperti serigala yang licik, pandai serta merbahaya. Dalam pada itu, beliau juga seorang yang menawan kerana mempunyai  perwatakan dan adab yang menarik. Beliau seorang yang pragmatis iaitu boleh membuat atau melakukan sesuatu yang terbaik walaupun dalam keadaan yang menyukarkan. Seorang penasihat British telah menulis mengenai beliau : “the Pasha’s greatest resources rest on his own superior talents – fertile in means and singularly skilled in the art of leading men, he has always hitherto been seen to rise greater for obstacles he has to encounter.”

2 comments:

hazwan hairy said...

xpenah kaji pasal dia ni..bru ja tau..hahaha...owhhh pertahanan

Jiwa Lara said...

hahaha..apa la abg long nih..asimen lepas tu la kongsi sesama..

GG Manchester United

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tabungan Lara

Jiwa Lara World - Bila Pena Mula Menari Menulis Kalimah Tanpa Hentinya...