Wednesday, October 31, 2012

Aturan Kehidupan

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

notis terbaru bagi penghuni blok kediaman KIY






Wordless Wednesday







Ku sangka kan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari.. eh ? kan dah petang...

Zaman Persekolahanku...

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Rabu yang membosan kan.. kelas pagi dibatalkan.. yeahhh! memang aku suka pun if xde kelas.. tapi jam 5 nanti ada kelas plak..xleh lagi nak ponteng.. dah 3 kali aku x masuk kelas tu..disebabkan penyakit M yang berleluasa..

okeh2..saja aku nak kongsi nih saat memori indah aku sekolah dulu sampai skang.. ceh! kemain lagi aku.. nampak sangat perbezaan aku dari dulu sampai skang..dulu nak lap hingus pun x reti lagi skang selsema cket pun dah kecoh... hahahaha

 Tahun 4 puteri - 2000

Tahun 6 - 2002
Tingkatan 4 Sains 1 - 2006

Tingkatan 6 - 2009

Tahun Akhir Pengajian di UKM sesi 2012/2013

Alam persekolahan adalah kenangan yang paling terindah!!!!


Thursday, October 25, 2012

Kek Sarang

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

 Hari nie aku nak kongsi sikit camna nak wat kek sarang.. akak2, ibu2, adik2, abang2 meh cepat amek kertas n pen..

Bahan- Bahan :

Tepung 2cawan
Gula 2 cawan
Air 1cawan
Bikarbonat 2sudu teh
Telur 8 biji
Marjerin 8sudu/1 cawan setengah
Susu Manis 1 tin


Cara-Cara :

Masak gula tanpa air sehingga kuning kemudian baru masukkan air dan sejukkan.
Pukul telur sehingga kembang kemudian masukkan marjerin dan pukul lagi dan masukkan susu.
Pastikan bikarbonat dan tepung dah sebati baru masukkan gula yang disejukkan tadi.
Kemudian campur bahan tadi menjadi 1 adunan.
Lepas tu bakar...


Selamat mencuba... :)

Selamat Hari Raya Aidil Adha...

Monday, October 22, 2012

New Baby Girl

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah, syukur ke atas kurniaan Allah swt... Dari Nya kita datang dan Dari Nya juga kita kembali...

Hari nie dapat seorang lagi anak sedara baru.. bulan lepas anak akak aku.. hari nie anak abang aku plak.. kakak ipar aku dah bersalin tadi lebih kurang jam 9 lebih camtu la.. baby girl gtu... bertambah lah jugak cucu perempuan mak  n bapa aku.. so, skang aku dah ada 5 orang anak sedara lelaki n 3 orang anak sedara perempuan..

Tadi pagi kemain lagi aku eksaited sangat bila abg aku gtau isteri dy dah masuk wad.. kol 6 lbh lpas subuh aku call mak aku..abg aku suh gtau isteri dy dah masuk wad.. pas subuh n call mak aku, terus je aku ngadap laptop.. laptop aku x off sejak semalam.. hebat kan ?? aku terus la cari nama mana yang sesuai.. aku cari la nama lelaki coz ri tu bapa aku gtau baby yang bakal kuar tu lelaki.. aku cari la nama yang sesedap rasa tapi x berkenan plak d hati..

around 9 lebih dapat mesej dari abang aku gtau isteri dy dah bersalin.. anak perempuan plak tu.. hihi.. kepala aku bukan main ligat lagi terus taip mesej n gtau abang aku suh bagi nama Arissa Dalila.. tup2, abang aku dah bagi nama..




InsyaALLAH, nama diberi Nur Eisya Arissa


Saturday, October 20, 2012

THE RED WARRIORS


Tahniah diucapkan kepada pasukan Kelantan kerana dah berjaya menjuarai Piala Malaysia.. persaingan yang sengit berlaku di antara dua2 belah pihak.. 

Yahooooooo!!!!! Gomo Klate Gomo......




KEK BATIK VS KEK VICO

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

wah! keterujaan yang terlampau-lampau tahap dewa dah nie.. akhir nya tercapai gak impian aku nak wat kek selama ini setelah masuk ke sem baru.. semangat yang berkobar-kobar + teruja nak menyaksikan final piala malaysia.. sapa yang menang ? kelate 0 atm ??

kek vico + kek batik



lebih kurang je kan kek tu.. sebenar nya ada 2 jenis.. 1 kek batik n 1 lagi kek vico.. senang je buat bnda alah nih.. gune rice cooker pun boleh... hahaha.. al-maklum la duduk hostel.. gune rice cooker macam2 boleh buat.. kihkihkih.. x sabar nih nak tengok ball + nak makan semua nih.. dah try td kek batik... perghhhh!! sedap gilerrr... bagi aku sedap la xtau la orang lain...



nie la member2 aku yang GILA MAKAN... walaupun simple tapi dorang suka makan apa yang aku masak... 


# Gomo Klate Gomo...





PIALA MALAYSIA : KELANTAN VS ATM

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana kita masih lagi mampu bernafas di muka bumi Allah ini.. 



Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana kita masih lagi mampu bernafas di muka bumi Allah ini..
Bahangnya kian terasa.. tinggal beberapa jam sahaja lagi perlawanan bakal berlangsung.. siapa kah yang bakal menjulang Piala Malaysia kali ini.. adakah KELANTAN ataupun ATM ??? 


Sama2 kita saksikan malam nanti secara langsung di RTM TV1 dan ASTRO AWANI 801...


# Gomo Klate Gomo

Kasih Orang Tua

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Kasih sayang tidak dapat dijual beli mahupun di gadai... 


oready miss my lovely parent.. :'(





Friday, October 19, 2012

Salam Aidil Adha 1433H

Assalammualaikum dan salam sejahtera..




Andai kita dijemput oleh majikan @ boss ke rumah atau majlis ulangtahun atau majlis meraikan kejayaannya, sudah pasti kita datang membawa hadiah untuknya. Kemungkinan besar hadiah yang diberikan itu, hadiah yang mahal, bagus, cantik lagi disukai boss kita, bukan? Kenapa kita sanggup berbuat begitu? Mungkin di hati kita terdetik harapan agar boss mengingati kita, ataupun ingin menunjukkan sejauh mana tahap keakraban kita kepadanya. Bukan untuk menafikan hak sesama manusia untuk menghargai, dihargai, dihormati atau sebagai tanda kasih sesama manusia tetapi sekadar memberi analogi (perumpamaan) ibadah Haji & Korban yang dipersembahkan semata-mata kerana PENCIPTA kita... Itulah sebagai tanda Syukur dan Taqarrub kita terhadap Allah S.W.T. Malunya andai kita 'berkira-kira' dengan Allah Ta'ala tetapi dengan manusia, betapa kita taksub dengan ketaatan demi meraih nama, pangkat, darjat dan harta dunia, apa saja sanggup kita lakukan. Bak bait lagu "Apa sa
ja untukmu, ke dasar lautan biru.." Tindakan kita yang suka mengampu dan mengadu domba, hentikanlah segera. Gantikan kerja mengampu itu dengan memohon AMPUnan dari Yang Esa dan gantikan kerja mengadu domba itu dengan hanya MENGADU pada yang berhak, iaitu Allah S.W.T. Bukankah DIA sebaik2 penolong dan seutama-utama saksi kita?


Sempena Hari Raya Aidil Adha yang bakal tiba, di sini hamba ingin menyeru pada diri sendiri, para ahli keluarga tersayang, rakan2 taulan, saudara-saudari, adik2 dan anak2 yang dimuliakan Allah sekalian.... Mari kita berjimat-cermat dan tanamkan azam untuk menabung semaksimum yang mampu dan secepat mungkin agar dapat menunaikan ibadah haji dalam usia yang masih muda ini (muda lagi ke kita ni? Hehehe...). Urusan dunia seperti nak tukar kereta baru yang mewah, 'renovate' rumah, nak tambah hutang-piutang dsb, kita TANGGUH-TANGGUHKANLAH dahulu. Urusan akhirat macam nak pergi haji ni, kita SEGERAKANLAH urusannya. InsyaALLAH, jika dah tanamkan NIAT bersungguh2, pasti Allah permudahkan segala urusan2 lain yang berkenaan. Bila dah set niat yang baik ni, mudah-mudahan segala yang kita zahirkan (perlakuan) dan hadirkan (hati) semuanya yang baik2 juga.
Terasa rindu dan 'cemburu' dengan pemergian sahabat baik ke Tanah Suci, semoga Allah permudahkan segala urusan haji beliau dan mendapat Haji yang Mabrur. Amien... Juga pagi ini, diberi peluang mendengar lagu 'Menuju Allah' oleh Raihan. Alhamdulillah, terasa sangat terharu dan semakin bersemangat bila mendengar bait2 lagu yang penuh makna lagi mendidik jiwa ini.. Antaranya... 


Labbaikallahumma Labbaik 
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaik 
Innalhamda Wan Ni'mata 
Laka Wal Mulk 
Laa Syarikalah

"Pergi haji 
Ertinya menuju Allah yang esa 
Membawa hati dan diri yang hina 
Memberi hadiah kepada Allah 
Berhati-hatilah menghadapNya
Setiap hamba 
Pergi haji dengan SEGALA yang BAIK
HATI yang BAIK, AKHLAK yang BAIK 
HARTA yang HALAL, HATI yang BERSIH 
NIAT yang SUCI AMAL MULIA"


Salam Eidul Adha 1433H! Maaf Zahir dan Batin...


Wednesday, October 17, 2012

Wordless Wednesday






Menabung amalan mulia


# Tambah koleksi tabung n barangan Manchester United

Monday, October 15, 2012

Siapakah Pemenangnya ?

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Straight to da point.. okeh ! masih ingat x lagi contest yang aku wat.. if x ingat TekanSini...

nih beberapa orang blogger yang join contest aku tu..

http://msvelentine.blogspot.com/2012/10/contest-berapakah-jumlah-nya.html

http://www.hazwanhairy.com/2012/10/contest-berapakah-jumlah-nya.html

http://aanuar-jamil.blogspot.com/2012/10/contest-berapakah-jumlah-nya.html

http://akuayut.blogspot.com/2012/10/contest-berapakah-jumlah-nya.html

http://anisa-mylife.blogspot.com/2012/10/contest-berapakah-jumlahnya.html

http://sayacikamal.blogspot.com/2012/10/contest-berapakah-jumlah-nya.html

http://yayahnasake.blogspot.com/2012/10/contest-berapakah-jumlah-nya.html


Berapakah Jumlah nya ? penat jugak nak kira benda alah nih... kira dah lama baru nak terupdate hari nie.. maaf la ye.. hihihi.. okeh2 ! total untuk duit syiling tersebut adalah kurang RM1.10 je lagi nak capai RM250.. so, totalnya adalah RM248.90..  

Memandangkan xde sapa2 yang berjawab dengan betul, maka aku dengan bermurah hati nya memberikan RM5 topup kepada blogger yang join contest nie... btw, thnx coz support contest saya ! 

sila inbox no phone anda di Jiwa Lara atau pun emel ke n0_mEn9061@yahoo.com...








Friday, October 12, 2012

Bila Hujan Turun....

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

perghhhh!!! sejuk siottttttt..... nasib baik ada tempat untuk berteduh... skang KL, Selangor selalu je hujan waktu petang2... kalau setakat hujan x kisah laa.. nie siap bawa sedara mara dia yang jauh dekat bagi... petir, kilat, guruh.... usah cite laaa... memang terbaikkkkk laaaaaa....

Tapi xpe semua nya adalah rezeki dariNya... x hujan kita mengeluh, bila hujan kita mengeluh juga... nampak xde kepuasan... walau apa2 pun, skang musim hujan, so berhati-hati la di jalan raya.. jangan la pentingkan diri sendiri... beringatlah sebelum terkena.. drive kereta ke motor ke basikal ke.. apa2 je laaa.. yang penting keselamatan tu kena jaga.. jangan nak main redah je..

#pekena teh panas tym2 sejuk nie memang best.. tapi, x minum teh laaa... pekena vico panas pun ok !

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, October 11, 2012

JOM JADI GENG BUI


Assalammualaikum dan selamat sejahtera... 
tetibe je ari nie rajin nak menjoinkan diri dalam segmen seorang blogger nih.. dapat tau pun dari blogger KA.... jom sesama meriahkan lagi segmen nih..




Syarat-syaratnya :

1) Letak header bui dalam entry
2) Letak tajuk JOM JADI GENG BUI
3) Tinggalkan link entry di ruang komen penganjur Bui

Tarikh tutup segmen nie pada 30 Oktober 2012 jam 11.59 pm

Jom pakat ramai2 join segmen nie.. xsalah untuk menambah kan rerakan di alam maya nih... untuk keterangan lebih lanjut lagi sila rujuk SINI..


Wednesday, October 10, 2012

Wordless Wednesday

Biar buruk muka tapi indah budi bahasa..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, October 6, 2012

Ragam Ahmad Farhan

Published with Blogger-droid v2.0.9

Lepak Jambatan Seri Wawasan Putrajaya

gambar nie jak la yang mampu di snap dengan hp cabuk aku... nak snap lelebih takut plak tersnap benda lain.. nak tenangkan fikiran kat sini pun boleh even dekat ngan jalan..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, October 4, 2012

Baby Paan Sebulan...

geram betul ngan budak nih... cumil sangat2.. x sabar nak dukung budak nih... masih kat Raub lagi.. kena tunggu turun KL baru leh dukung...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, October 3, 2012

Wordless Wednesday

Beringat sebelum kena... tq Mr Doc bagi ubat..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Contest : Berapakah Jumlah nya ?

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

perghh! seminggu dah x update menatang nih.. almaklum laa skang dok sibuk cari bahan untuk tesis.. even blog aku nih x sglamer mana pun aku x kisah laa ada orang ke x yang nak baca.. berblog bagi aku just untuk suka2 je..

Staright to da point laa.. sebenar nya aku nak wat 1 contest nih.. hah ! x penah2 aku wat contest lagi sepanjang aku berblog nih.. hope ada la penyertaan dari korang2.. kihkihkih... Apa yang korang perlu buat adalah buat 1 entry n nyatakan berapa jumlah duit syiling yang dipaparkan dalam gambar di bawah.. senang kan ?

Berapakah Jumlahnya ?
keje nye senang je.

1. Buat tajuk entri : Contest : Berapakah Jumlah nya ?

2. pastu korang tinggalkan la link kat komen tu..

3. contest berlangsung selama 1 minggu (03 Oktober - 10 Oktober 2012 )


Hadiah yang di tawarkan tidak la seberapa mana pun...

Tempat Pertama Topup RM20

Tempat Kedua Topup RM10

Tempat Ketiga Topup RM5

Hanya tu je yang mampu aku bagi untuk setakat nie.. InsyaALLAH jika banyak penyertaan hadiah akan ditambah.. :)






GG Manchester United

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tabungan Lara

Jiwa Lara World - Bila Pena Mula Menari Menulis Kalimah Tanpa Hentinya...