Assalammualaikum dan salam sejahtera..
Andai kita dijemput oleh majikan @ boss ke rumah atau majlis ulangtahun atau majlis meraikan kejayaannya, sudah pasti kita datang membawa hadiah untuknya. Kemungkinan besar hadiah yang diberikan itu, hadiah yang mahal, bagus, cantik lagi disukai boss kita, bukan? Kenapa kita sanggup berbuat begitu? Mungkin di hati kita terdetik harapan agar boss mengingati kita, ataupun ingin menunjukkan sejauh mana tahap keakraban kita kepadanya. Bukan untuk menafikan hak sesama manusia untuk menghargai, dihargai, dihormati atau sebagai tanda kasih sesama manusia tetapi sekadar memberi analogi (perumpamaan) ibadah Haji & Korban yang dipersembahkan semata-mata kerana PENCIPTA kita... Itulah sebagai tanda Syukur dan Taqarrub kita terhadap Allah S.W.T. Malunya andai kita 'berkira-kira' dengan Allah Ta'ala tetapi dengan manusia, betapa kita taksub dengan ketaatan demi meraih nama, pangkat, darjat dan harta dunia, apa saja sanggup kita lakukan. Bak bait lagu "Apa sa
ja untukmu, ke dasar lautan biru.." Tindakan kita yang suka mengampu dan mengadu domba, hentikanlah segera. Gantikan kerja mengampu itu dengan memohon AMPUnan dari Yang Esa dan gantikan kerja mengadu domba itu dengan hanya MENGADU pada yang berhak, iaitu Allah S.W.T. Bukankah DIA sebaik2 penolong dan seutama-utama saksi kita?
Sempena Hari Raya Aidil Adha yang bakal tiba, di sini hamba ingin menyeru pada diri sendiri, para ahli keluarga tersayang, rakan2 taulan, saudara-saudari, adik2 dan anak2 yang dimuliakan Allah sekalian.... Mari kita berjimat-cermat dan tanamkan azam untuk menabung semaksimum yang mampu dan secepat mungkin agar dapat menunaikan ibadah haji dalam usia yang masih muda ini (muda lagi ke kita ni? Hehehe...). Urusan dunia seperti nak tukar kereta baru yang mewah, 'renovate' rumah, nak tambah hutang-piutang dsb, kita TANGGUH-TANGGUHKANLAH dahulu. Urusan akhirat macam nak pergi haji ni, kita SEGERAKANLAH urusannya. InsyaALLAH, jika dah tanamkan NIAT bersungguh2, pasti Allah permudahkan segala urusan2 lain yang berkenaan. Bila dah set niat yang baik ni, mudah-mudahan segala yang kita zahirkan (perlakuan) dan hadirkan (hati) semuanya yang baik2 juga.
Terasa rindu dan 'cemburu' dengan pemergian sahabat baik ke Tanah Suci, semoga Allah permudahkan segala urusan haji beliau dan mendapat Haji yang Mabrur. Amien... Juga pagi ini, diberi peluang mendengar lagu 'Menuju Allah' oleh Raihan. Alhamdulillah, terasa sangat terharu dan semakin bersemangat bila mendengar bait2 lagu yang penuh makna lagi mendidik jiwa ini.. Antaranya...
Labbaikallahumma Labbaik
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaik
Innalhamda Wan Ni'mata
Laka Wal Mulk
Laa Syarikalah
"Pergi haji
Ertinya menuju Allah yang esa
Membawa hati dan diri yang hina
Memberi hadiah kepada Allah
Berhati-hatilah menghadapNya
Setiap hamba
Pergi haji dengan SEGALA yang BAIK
HATI yang BAIK, AKHLAK yang BAIK
HARTA yang HALAL, HATI yang BERSIH
NIAT yang SUCI AMAL MULIA"
Salam Eidul Adha 1433H! Maaf Zahir dan Batin...
3 comments:
selamat menunaikan ibadah korban :)
-salahsilapharapmaaf-
salam aidiladha ...semoga hari yg mulia ni semua umat islam diberkati..salah dah silap abg long mntk ampun...
Labbaikallahumma Labbaik..
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaik..
Innalhamda Wan Ni'mata...
Laka Wal Mulk...
Laa Syarikalah... =)
Post a Comment