Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Finally, aku skang dah ada kat kampung halaman aku sendiri.. chewahhh ! baru aku berkesempatan nak update blog setelah sekian lama membuzykan diri dengan exam.. actually, semalam dah aku sampai rumah around 10.45 pm setelah mengharungi pelbagai rintangan sepanjang perjalanan nak sampai rumah..
Semalam (Jumaat) , aku masih lagi berada di bumi UKM.. around 10 am aku dah gerak dari UKM-LCCT.. flight aku jam 2.30 pm.. memang aku sengaja gerak awal coz tym beli on9 hari tu flight 12.00 pm lepas tu dapat mesej dari AirAsia gtau 2.30pm.. so, bagi mengelakkan kekeliruan aku gerak awal la.. aku nak gerak awal pun sebab nak timbang barang aku.. aku risau takut teroverweight... lebih kurang jam 11 pagi aku dan sampai LCCT.. dah sampai aku terus timbang barang n Alhamdulillah, barang aku x sampai pun 20kg.. lepas timbang barang aku terus p check in kat kiosk tu... perghhhh!! kemain ramai giler orang kat LCCT semalam... lepas siap2 semua tu n drop luggage p makan sat sebelum masuk balai perlepasan..
Around 1 pm aku dah masuk balai perlepasan.. part yang memang aku x bleh nak lupa masa scan barang.. dah scan semua barang pastu bleh plak abang polis tu gtau Laptop kena keluarkan dari beg n scan balik.. tym nak keluarkan laptop tu yang tak bleh blah mana tak nye bantal busuk aku ada sekali dalam tu... Adoii ! termalu aku sudah di situ.. abang polis tu senyum2 je..sabo je la aku.. sempat plak dy interview aku.. ish3
Dah cukup masanya masuk flight.. cuaca kemain lagi panas terik yang teramat... tapi yang aku peliknya npa sepanjang dalam kapal , kapal tu bergoyang je.. memang pengalaman aku yang pertama-tama kalinya naik flight dalam keadaan macam tu.. isyarat tali keledar memang tidak padam.. padam pun kejap je.. Pilot tu asyik gtau "sila berada di tempat duduk anda dan pasangkan tali keledar.. sekarang kita mengalami cuaca yang buruk".. memang berulang kali pilot tu cakap.. seriuosly, sepanjang perjalanan memang bergoyang.. perghhh!! bagi mengelakkan ketakutan aku pasang lagu kuat2.. huwawawa
Apakah yang terjadi selepas itu ? Nantikan sambungannya ye ! :)
#terasa entry aku panjang sangat tanpa adanya gambar.. malas lagi nak transfer kat laptop..
Selamat membaca n terima kasih :)
2 comments:
selamat bercuti di kg ok..jgn sia2kan cuti ni..bersamalah org yg tersyg..hehe
Balik mana nie ? hehe
Post a Comment