Saturday, June 30, 2012

Penantian Sudah Berakhir

Alhamdulillah.. akhinya penantian sudah berakhir.. final exam dah abis, now siap2 nak balik Sabah.. aku bukan asal Sabah eh.. nak berpraktikal kat Sabah , so kena balik sana la... dekat je pun kampung aku ngan Sabah nie.. kira sempadan Sabah dan Sarawak la... huhu

Barang semua dah pack.. mana yang masuk stor semua pack masuk stor.. mana yang nak bawa balik pack dalam beg laa... limit barang aku nih 20kg je.. hahahaha..

Nothing to do ! So, Selamat Berpraktikal la untuk aku...

Wednesday, June 27, 2012

Sang Diari



Peneman dikala kesedihan dan kegembiraan..seribu memori tersemat kaku padanya...

SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST JULAI HAZWAN HAIRY


Salam mesra ya.. hehehe... saja je nak buat benda alah nih.. bosan-bosan lepas abis exam xde apa benda nak buat... lepas nih dah sibuk dah ngan praktikal.. kekerapan berblogging ? ? tak la sekerap mana pun.. bila ada free je akan berblogging... tak tau la nak wat apa lagi.. 1st nih join segmen nih.. kih kih kih..

Meh kawan-kawan pakat ramai-ramai join segmen Abang Blogger kite nih.. nak maklumat lebih lanjut sila la rajin kan tangan tu mengklik KAT SINI...

Warkah Buat Sahabat


Buat sahabat-sahabat , Lara nak memohon seribu kemaafan dan keampunan sekiranya terkasar bahasa, terkurang senyum, terkurang tegur dan apa-apa yang terkurang selama perkenalan kita..

Sahabat,
mungkin ini kali akhirnya kita bersua, beramah mesra, bertepuk tampar, bergembira, bergelak ketawa... entah esok lusa mungkin kita tidak akan bertemu lagi.. 
Entah esok lusa ajal kita tiba... 
Bila-bila saja DIA  berhak mencabut nyawa kita.. 
Saat kita bergembira mungkin, saat kita lagi beribadah pada-Nya... 
kita tidak tahu bila ajal kita akan tiba...

Sahabat,
Andai hari esok adalah hari terakhir ku, mohon maafkan segala kesilapan ku, 
halal kan makan minum ku..
Andai saat esok kita bangkit dari tidur kita masih lagi boleh melihat sekeliling kita, 
masih lagi boleh menatap wajah orang-orang kesayangan kita, 
maka haruslah kita bersyukur bahawa DIA masih menyayangi kita dan memberikan kesempatan untuk bernafas lagi di muka bumi ini..

Sahabat,
ku biarkan pena menulis, kalam berbicara,
menghuraikan maksudnya di jiwa, meluahkan hasrat di hati,
tunjukkan ku jalan untuk menempuh dugaan ini,
Aku tidak berdaya menahan hiba di saat meninggalkan mu,
Sahabat, Maafkanlah jika ku melukaimu, 
Moga ikatan ukhuwah fillah yang kita bina sampai ke akhir hayat...


Monday, June 25, 2012

Kemenangan Islam di Bumi Mesir

Alhamdulillah, Syukur kepada Allah s.w.t. akhirnya kejayaan telah berpihak kepada Ikhwanul Muslimin iaitu, Dr Muhammad Musri yang telah diisytiharkan sebagai pemerintah Kerajaan Mesir yang baru. Kemenangan beliau merupakan petanda awal kebangkitan Islam..


 Dr Muhammad Musri, Pemerintah Mesir baru..



"Saya telah diberi kuasa memerintah kamu, tetapi saya tidak terbaik dari kalangan kamu. Jika saya berbuat baik, maka bantu lah saya dan jika saya lakukan kesalahan, perbetulkanlah saya, serta taatlah kamu kepada aku selagi aku taat kepada Allah dan Rasul-Nya, tetapi jika aku menderhaka kepada Allah atau RasulNya, kamu berhutang kerana saya tidak taat. "  


Ucapan pertama Presiden Dr.Muhammad Mursi yang baru, adalah seperti ucapan yang sama pertama kali apabila Abu Bakr r.a menjadi khalifah. Ya Allah, berikan dia & kita ikhlas, menjadikan perkataan beliau & kita kepada tindakan, dan memberikan semua pemimpin negara kita yang benar!

Anda Stress ? ?

Stress ? ? Apa itu Stress ? ? Stress bermaksud tekanan dalam diri sendiri. . Menurut Han Seyle stress itu ada dua iaitu EUSTRESS (positif) dan DISTRESS (negatif). Eustress ialah stress yang positif iaitu seseorang akan sanggup menerima cabaran dalam melaksanakan sesuatu tugas. Ini membantu individu mencapai sesuatu matlamat. Individu akan sanggup mengharungi pelbagai dugaan dan halangan.  Manakala Distress pula ialah stress yang negatif iaitu menyebabkan perasaan marah, hilang kawalan diri, merasa diri tidak selamat. Ianya memberi kesan kepada kesihatan diri, kecederaan yang serius kepada fizikal dan psikologi.

Salah satu cara untuk mengawal stress ialah pengawalan kesihatan secara holistik. Iaitu perubahan cara hidup meliputi fizikal, psikologi dan sosial. Kesan negatif stress ialah ponteng, lewat, kurang tumpuan, daya ingatan lemahPenyelia / pegawai perlu menangani dengan baik pekerja bawahan yg terlibat dengan stress. Kenaikan pangkat juga menyebabkan stress. Ini adalah kerana pekerja terpaksa menerima bebanan yg lebihAda pekerja tidak mahu kenaikan pangkat kerana tidak sanggup menerima bebanan tambahan.Ada pekerja mahu kenaikan pangkat tetapi tidak sanggup dengan stress, sakit kepala dan tanggungjawab yang bakal ditanggungStress akan menyebabkan pelbagai penyakit seperti ulcer, strok, serangan jantung, menagih arak, dadah, anti-sosial, pengeluaran merosot, ponteng, dimasukan hospital, kematian dan banyak lagi.

*Perkara yang penting bagi kita lakukan ialah untuk menguruskan diri kita secara efisen.  Pada asasnya sebahagian besar dari anda terpaksa hidup berdikari dan kegagalan untuk menguruskan kehidupan harian adalah punca utama stress.
Menangguh kerja, kekurangan wang, konflik dengan sabahat/kekasih, masalah kekeluargaan dan berbagai lagi situasi adalah perkara-perkara yang biasa kita hadapi.
Kejayaan  kita menguruskan perkara-perkara ini dengan baik akan menentukan tahap stress kita.   Dengan perkataan lain bagaimana kita menguruskan tekanan adalah cara utama untuk mengurangkan tahap stress yang kita alami.








# Jom pakat ramai-ramai borong ais krim dan coklat kat kedai-kedai yang berhampiran....






Sunday, June 24, 2012

5 Hari Lagi

Sedar tak sedar aku bakal menghabiskan sesi pengajian aku untuk sesi 2011/2012... yeah! semester 4 aku akan berakhir tidak lama lagi.. last paper aku adalah Selasa nie 26 Jun 2012 dan aku bakal terbang ke Kepulauan Borneo 30 Jun 2012... Selamat tinggal bumi UKM.. dan aku akan kembali semula 10 September 2012 sebagai seorang senior.. tahun 3 tuh! aku rasa baru semalam je menjejakkan kaki ke bumi UKM nie.. dalam sedar tak sedar dah bakal meninggalkannya... sob sob sob..



30 Jun 2012 balikkkkkkkkkkkkkkk......

Cuti sem aku nanti akan dihabiskan dengan berpraktikal di MUZIUM SABAH... selama 2 bulan aku akan mengharunginya... Hope semuanya nanti akan berjalan dengan lancar.. Memang terbaikkan... Flight aku 30 Jun 2012 jam 3.30 petang dari LCCT dan akan dijangka tiba di lapangan terbang Kota Kinabalu jam 6.00 petang... 1 Julai 2012 keesokkannya aku akan mendaftarkan diri ke MUZIUM SABAH... Yeah! bakal bermula lah kehidupan aku menempuh ke alam PRA-Pekerjaan...




Bye-bye UKM....Welcome to Kepulauan Borneo !

Saturday, June 23, 2012

Resepi Puding Roti

Meh sini akak-akak, ibu-ibu, adik-adik pakat ramai-ramai amek pen dan kertas.. Cik Lara nak kongsi sikit nih resepi kat korang-korang sekalian.. abang-abang, bapa-bapa, jejaka sekalian juga dialu-alukan untuk amek pen dan kertas.. kalau takde  pandai-pandai lah eh mana nak cari..

Hah! resepi senang je pun tak perlukan tenaga yang banyak dan bahan yang banyak.. yang penting akan menghasilkan yang kaw kaw punyerrrrrrrr... Sedap owww hingga menjilat bibir ... meh salin cepat nih resepi nya ..
 
Bahan-Bahan :

8g  Agar-Agar

1 biji telur

1/2 tin susu manis

3 cawan 1/2 air

5 keping roti (dibahagian tepi dibuang)

milo secukup rasa


Cara-caranya :

1. Masak agar-agar dengan 3 cawan air.

2. Blended roti, telur, telur dengan 1/2 air sehingga sebati.

3. Setelah agar-agar pekat campurkan bahan yang diblended tadi kemudian kacau sehingga rata dalam keadaan api yang perlahan.

4. Selepas itu, bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian yang asli dan satu bahagian lagi dicampurkan dengan milo. Bahagian yang dicampurkan dengan milo hendaklah dikacau sehingga sebati. Selepas itu, lapis la mengikut keinginan anda. Sekiranya anda tak nak bercampur dengan milo pun boleh jugak. 

5. Setelah siap masukkan ke dalam peti sejuk ..



Selamat mencuba ya resepi yang tak seberapa ini.. Al-maklum la budak baru belajar...

‎21 Tips Bagi Yang Sukar Solat Subuh

Assalamualaikum... Kekadang kita nie memang sukar nak bangun pagi untuk menunaikan solat subuh.. bukan nak mengata orang, bahkan saya sendiri pun sukar nak bangun subuh.. meh sini baca tips bagi yang sukar nak bangun solat subuh tu... untuk peringatan diri sendiri jugak ! ^______^


1. Tidur lebih awal.

2. Bersunguh-sungguh dalam bersuci dan berzikir sebelum tidur

3. Tekad untuk bangun solat subuh

4. Berzikir kepada ALLAH SWT ketika bangun

5. Minta bantuan keluarga atau orang -orang soleh untuk bangun solat

6. Berdoa kepada ALLAH SWT agar diberi taufik untuk bangun solat

7. Mengguna saranan saranan peringatan

8. Memercikkan air di wajah orang yang tidur

9. Tidak tidur sendirian

10. Tidak tidur di tempat yang jauh dari orang lain

11. Keinginan yang kuat untuk bangun dan jangan bangun secara bertahap

12. Jangan kunci jam loceng terlalu jauh dari dari waktu solat

13. Menyalakan lampu di saat bangun

14. Tidak berjaga malam terlalu lama

15. Tidak memberbanyakkan makan sebelum tidur

16. Jangan salah menerapkan sunah berbaring setelah solat sunat fajar

17. Mengerjakan qimaymul lail di waktu terakhir sebelum subuh

18. Mengikut pentunjuk Nabi Muhammad SAW dalam cara berbaring saat tidur

19. Tidur di siang hari ( Qailulah)

20. Jangan tidur sesudah asar dan sesudah maghrib

21. Ikhlas kerana ALLAH SWT.


INSYAALLAH. .UNTUK PERINGATAN KITA BERSAMA. .

Wednesday, June 20, 2012

Tajuk Tesis dan Penyelia

Alhamdulillah... Syukur kepada Allah s.w.t.. Mungkin ada hikmah disebaliknya... Tesis dan penyelia ? memang tidak akan pernah lari selagi bergelar sebagai seorang mahasiswa... tak terasa sekarang aku bakal meninggalkan tahun 2 pengajian ku.. masih segar terasa di ingatan ku detik-detik pertama kali mendaftarkan diri sebagai mahasiswa UKM... sekarang hanya tinggal 2 semester sahaja lagi bagi aku untuk menghabiskan sisa-sisa sebagai seorang mahasiswa.. InsyaALLAH

Baru-baru nie sebelum final exam bermula, pihak jabatan telah meminta setiap pelajar tahun 2 untuk mengisi borang untuk pengisian tajuk Latihan Ilmiah... Tajuk yang aku pilih ialah  YDP Agong Sebagai Ketua Islam Persekutuan dan Sultan-Sultan Melayu Sebagai Ketua Agama Untuk Negara Masing-Masing: Satu Kajian Kes Perlembagaan Negara dan Kegemilangan Kerajaan Turki Uthmaniyyah : Kajian Khusus Zaman Kemunculan Mohd Ali Pasha Sebagai Gabenor...

Alhamdulillah sekali lagi.. Penyelia yang aku dapat pun bukan calang-calang orang... Sememangnya tak nak dengan ustaz tu tapi kena juga dibawah seliaannya.. tu la mungkin ada hikmah semuanya.. nasib la dah tau macam mana feel ustaz tu walaupun sikit.. ustaz sentiasa nakkan yang terbaik dalam setiap tugasan yang diberikannya.. so far so good dah 2 semester bertutorial dengan dia semuanya baik-baik belaka.. banyak peningkatan dari segi pembuatan asimen dan lebih tepat lagi ustaz tu nak ala-ala tesis tugasan yang diberikan..



Wordless Wednesday




Biar Nakal Asal Berakal

Tuesday, June 19, 2012

Aku dan Diri Ku





Nampak baik je kan budak kat atas tu.... Pas Maghrib snap pic by Mr.Acer... Xde keje nak buat daa... Ready to study  for exam Hubungan Insan tomorrow...


Personaliti ?

Apa itu Personaliti ? Setiap individu mempunyai personalitinya tersendiri. . .  Personaliti itu sentiasa di meniti di setiap bibir yang mengatakannya pada hal tidak tahu apa makna personaliti itu sendiri . . . 

Personaliti atau keperibadian adalah benda yang sama iatu merupakan satu cabang psikologi yang mengkaji keperibadian dan proses individu lain yang menjadikan seseorang itu insan. Personaliti juga merujuk kepada sesuatu kualiti atau keadaan yang terdapat atau sedia wujud di dalam seseorang individu untuk individu tersebut menggelar dirinya sebagai seorang insan.


Bila Rindu

Assalammualaikum w.b.t


Sejak kebalakangan nie aku amat sibuk ngan study.. skang pun dah final exam.. baru 3 paper yang dah aku jalani ada baki 5 paper lagi.. minggu nie semuanya subjek yang killer bagi aku... dah la exam sampai jumaat.. jumaat tu plak 2 paper.. semoga dipermudahkan olehNya untuk aku menjawabnya..


 Ok ! Bila Rindu ... tu title post aku nih.. memang setiap individu mempunyai perasaan RINDU.. perkataan rindu memang mudah untuk dilafazkan atau pun dikatakan.. Especially bagi pasangan yang bercinta ke yang dah kawen ke and so on.. Tapi mengapa sukar untuk kita melafazkan kata-kata RINDU kepada Mak dan Ayah kita.. 


Biasanya kita hanya akan melafazkannya atau meluahkannya dalam FB , Twitter, dan pelbagai medium lagi tuk meluahkan rasa rindu kita.. TAPI mengapa sukar untuk memberitahunya walaupun dalam telefon.. Rindu seorang anak terhadap orang tuanya memang tidak dinafikan... Tatkala mendengar suara Mak dan Ayah akan secara automatiknya air mata akan mengalir dengan derasnya dan akan mengawal percakapan.. Tidak terucap kata-kata rindu itu apabila mendengar suara mereka..


Aku masih bersyukur lagi kerana mempunyai Mak Ayah yang menyayangi aku.. Mak Ayah, anak mu sangat merindui kalian.. Air mata deras mengalir lagi...

GG Manchester United

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tabungan Lara

Jiwa Lara World - Bila Pena Mula Menari Menulis Kalimah Tanpa Hentinya...