Assalammualaikum w.b.t
Sejak kebalakangan nie aku amat sibuk ngan study.. skang pun dah final exam.. baru 3 paper yang dah aku jalani ada baki 5 paper lagi.. minggu nie semuanya subjek yang killer bagi aku... dah la exam sampai jumaat.. jumaat tu plak 2 paper.. semoga dipermudahkan olehNya untuk aku menjawabnya..
Ok ! Bila Rindu ... tu title post aku nih.. memang setiap individu mempunyai perasaan RINDU.. perkataan rindu memang mudah untuk dilafazkan atau pun dikatakan.. Especially bagi pasangan yang bercinta ke yang dah kawen ke and so on.. Tapi mengapa sukar untuk kita melafazkan kata-kata RINDU kepada Mak dan Ayah kita..
Biasanya kita hanya akan melafazkannya atau meluahkannya dalam FB , Twitter, dan pelbagai medium lagi tuk meluahkan rasa rindu kita.. TAPI mengapa sukar untuk memberitahunya walaupun dalam telefon.. Rindu seorang anak terhadap orang tuanya memang tidak dinafikan... Tatkala mendengar suara Mak dan Ayah akan secara automatiknya air mata akan mengalir dengan derasnya dan akan mengawal percakapan.. Tidak terucap kata-kata rindu itu apabila mendengar suara mereka..
Aku masih bersyukur lagi kerana mempunyai Mak Ayah yang menyayangi aku.. Mak Ayah, anak mu sangat merindui kalian.. Air mata deras mengalir lagi...
No comments:
Post a Comment