Wednesday, June 20, 2012

Tajuk Tesis dan Penyelia

Alhamdulillah... Syukur kepada Allah s.w.t.. Mungkin ada hikmah disebaliknya... Tesis dan penyelia ? memang tidak akan pernah lari selagi bergelar sebagai seorang mahasiswa... tak terasa sekarang aku bakal meninggalkan tahun 2 pengajian ku.. masih segar terasa di ingatan ku detik-detik pertama kali mendaftarkan diri sebagai mahasiswa UKM... sekarang hanya tinggal 2 semester sahaja lagi bagi aku untuk menghabiskan sisa-sisa sebagai seorang mahasiswa.. InsyaALLAH

Baru-baru nie sebelum final exam bermula, pihak jabatan telah meminta setiap pelajar tahun 2 untuk mengisi borang untuk pengisian tajuk Latihan Ilmiah... Tajuk yang aku pilih ialah  YDP Agong Sebagai Ketua Islam Persekutuan dan Sultan-Sultan Melayu Sebagai Ketua Agama Untuk Negara Masing-Masing: Satu Kajian Kes Perlembagaan Negara dan Kegemilangan Kerajaan Turki Uthmaniyyah : Kajian Khusus Zaman Kemunculan Mohd Ali Pasha Sebagai Gabenor...

Alhamdulillah sekali lagi.. Penyelia yang aku dapat pun bukan calang-calang orang... Sememangnya tak nak dengan ustaz tu tapi kena juga dibawah seliaannya.. tu la mungkin ada hikmah semuanya.. nasib la dah tau macam mana feel ustaz tu walaupun sikit.. ustaz sentiasa nakkan yang terbaik dalam setiap tugasan yang diberikannya.. so far so good dah 2 semester bertutorial dengan dia semuanya baik-baik belaka.. banyak peningkatan dari segi pembuatan asimen dan lebih tepat lagi ustaz tu nak ala-ala tesis tugasan yang diberikan..



1 comment:

Unknown said...

Salam..ley x kgsi tjuk tesis hk mudah n snang dpt maklumat n rujukan.mhn ptlgn

GG Manchester United

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tabungan Lara

Jiwa Lara World - Bila Pena Mula Menari Menulis Kalimah Tanpa Hentinya...