Saturday, June 23, 2012

Resepi Puding Roti

Meh sini akak-akak, ibu-ibu, adik-adik pakat ramai-ramai amek pen dan kertas.. Cik Lara nak kongsi sikit nih resepi kat korang-korang sekalian.. abang-abang, bapa-bapa, jejaka sekalian juga dialu-alukan untuk amek pen dan kertas.. kalau takde  pandai-pandai lah eh mana nak cari..

Hah! resepi senang je pun tak perlukan tenaga yang banyak dan bahan yang banyak.. yang penting akan menghasilkan yang kaw kaw punyerrrrrrrr... Sedap owww hingga menjilat bibir ... meh salin cepat nih resepi nya ..
 
Bahan-Bahan :

8g  Agar-Agar

1 biji telur

1/2 tin susu manis

3 cawan 1/2 air

5 keping roti (dibahagian tepi dibuang)

milo secukup rasa


Cara-caranya :

1. Masak agar-agar dengan 3 cawan air.

2. Blended roti, telur, telur dengan 1/2 air sehingga sebati.

3. Setelah agar-agar pekat campurkan bahan yang diblended tadi kemudian kacau sehingga rata dalam keadaan api yang perlahan.

4. Selepas itu, bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian yang asli dan satu bahagian lagi dicampurkan dengan milo. Bahagian yang dicampurkan dengan milo hendaklah dikacau sehingga sebati. Selepas itu, lapis la mengikut keinginan anda. Sekiranya anda tak nak bercampur dengan milo pun boleh jugak. 

5. Setelah siap masukkan ke dalam peti sejuk ..



Selamat mencuba ya resepi yang tak seberapa ini.. Al-maklum la budak baru belajar...

No comments:

GG Manchester United

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tabungan Lara

Jiwa Lara World - Bila Pena Mula Menari Menulis Kalimah Tanpa Hentinya...