Monday, December 31, 2012

Selamat Tinggal

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Selamat tinggal tahun 2012.. Selamat datang tahun 2013..

semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelum nya..

xdan nak taip enry panjang2.. sibuk dengan study..

final exam start 2 Januari 2013..

wish me luck..

Happy New Year !

Wednesday, December 26, 2012

Saturday, December 22, 2012

Lawas

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

mood nak menaip baru datang kembali.. ekceli lama dah nak buat entry pasal nie.. 
banyak orang tanya aku LAWAS tu kat mana ? 
hah ! meh sini aku nak bagi tau kat korang2 yang tak tau di mana keberadaan LAWAS tu..
bukan PELAWAS ek... nak bagitau asal usul LAWAS tu pun aku sendiri tak tau..
kena kaji balik la dulu asal usul LAWAS tu.. yang aku tau LAWAS berada dalam negeri SARAWAK..
tak tau lagi SARAWAK tu kat mana.. hah! g cek map cepat.. kalau tak tau jugak korang fikir la sendiri..
tak dapat den nak menolongnya.. 

okeh2..fokus kembali kepada tujuan asal.. Di mana kah LAWAS ? 
setelah bermain dengan abang google tadi boleh la aku bagi gambaran kat korang2 semua di manakah keberadaan LAWAS.. tempat tanah tumpah darahnya kelahiran ku.. ehhhh

cekidautttttt !



untuk pengetahuan kalian2 semua.. LAWAS nie berada di antara BRUNEI dan SABAH.. 
bagi aku kawasan yang strategik.. boleh pergi SABAH n BRUNEI.. tapi kalau nak pergi BRUNEI kena sedia kan PASSPORT.. nanti x pasal2 kena cop sebagai PENDATANG ASING plak... hihi

nak jugak aku kongsi kan sikit lah pasal kampung halaman yang tercinta...
ceh ! sempat plak kan..ada ke yang nak amek tau ? hahahaha

nie gambar map dari abg gugel..ekceli yang kat gugel nih dah lama..myb x di upgrade lagi kot.. banyak dah perubahan kat kampung aku tu.. 

tu la rumah aku ...anak kampung !

view kampung aku dari seberang

#tak sabar nak balik bercuti... 










Wednesday, December 19, 2012

Wordless Wednesday

Assalammualaikum dan salam sejahtera..







#Antara qoutes yang paling aku suka dan yang aku amalkan sampai sekarang...

Pesta Buku Malaysia

Assalammualaikum dan salam sejahtera


hari ini aku nak kongsi la sikit apa yang aku dapat semasa aku beli majalah Ujang tadi.. 
nak dikatakan aku nie peminat tegar pembaca Ujang boleh la jugak..
even pun banyak kali terlepas nak baca edisi2 yang sebelumnya..
kat rumah akak aku berlambak dah majalah Ujang yang aku beli start awal tahun 2012..

selesai je aku baca majalah Ujang tadi (pada hal baca part yang aku suka je) aku belek2 la kat cover belakang tu, then aku ternampak lah satu pemandangan yang menarik minat aku iaitu berkaitan dengan Pesta Buku Malaysia.. Apakan daya pada ketika tarikh itu aku sudah bercuti di kampung.. sobs sobs sobs


bagi korang yang berminat dengan pesta2 ilmu macam nie jangan la lepaskan peluang yang telah ada di depan mata.. frust x dapat nak pergi... even pun lambat lagi tak salah kan kalau aku nak kongsi bersama... hihihi

sapa2 yang nak pergi tu standby la ye mark kat kalender korang atau pun diari, hp korang sebagai peringatan...

#sedih tak dapat nak pergi.. kenapa la dorang2 tu buat tym sem break... huwawawa.. kalau x boleh la aku berjimba2 dengan KADS1M tu.. hahahahaha

Monday, December 17, 2012

Gigi Terkuat.. ko hado ?

Assalammualaikum dan salam sejahtera...



fifi : ini ada satu teka teki.

fafa : apa dia?

fifi : dalam banyak banyak gigi, gigi siapa paling kuat sekali di dunia ni??

fafa : gigi harimau.

fifi : salah

fafa : gigi serigala

fifi : pon salah

fafa : habis tu , gigi apa?

fifi : gigi orang melayu la...

fafa : kenapa pulak??

fifi : ye la , cuba ko fikir orang melayu boleh makan pucuk paku, jambu batu, belimbing besi , ikan parang , delima batu... kan kuat tu...?

fafa : !@#$%^&* kesitu pulak!!!!








#hahahaha...sabar je la aku...

Thursday, December 13, 2012

Artis Rock ?

Assalammualaikum dan salam sejahtera...
Actually, aku xtau sebenarnya nak hupdate apa dalam blog aku nih... tadi aku menggodek2 balik tablet aku setelah keluar dari wad... betapa rindu okay nak beramah mesra dengannya.. nie pun dok gigih install balik blogger kat tab nih..
Korang layan je la gambar kat bawah nih.. ni gambar yang aku jumpa balik kat image whatsapp aku.. ntah sapa yang send..kazen aku kot..

Tuesday, December 11, 2012

๑۩۞۩๑ Langkah Sudah Bermula ๑۩۞۩๑


Assalammualaikum dan salam sejahtera..

penat tak habis lagi.. dari jumaat lepas sampai la nie asyik keluar je... Jumaat lepas aku p Masjid Besi.. kenapa aku p sana ? tujuan aku ke sana adalah untuk mensnap gambar sekitar Masjid Besi.. sebab apa ? sebab ianya berkaitan dengan tajuk tesis aku... ianya berkaitan SENI BINA MASJID BESI.. actually ada jugak yang buat tajuk nie tapi ianya lebih memfokuskan kepada bangunan dan binaan di Putrajaya.. bagi aku ianya sangat umum... huhuhu


pengkaji bersama rakan


sebenarnya tajuk tesis aku nie rentetan dari subjek aku masa sem 3 kot..aku pun x berapa nak ingat dah... ianya berkaitan dengan kaedah penyelidikan.. dalam subjek nih diajarkan bagaimana untuk menghasilkan satu proposal yang berkualiti.. memandangkan aku skang berada dibawah seliaan pensyarah yang ajar aku kaedah penyelidikan, maka secara automatiknya dia suruh sambung balik apa yang pernah aku buat dulu untuk kaedah penyelidikan dulu.. actually, sebelum dapat tajuk yang skang nie aku ada buat 2 pilihan tajuk untuk tajuk tesis aku... RUJUK SINI

banyak juga pengalaman yang aku dapat sepanjang mencari bahan untuk tesis aku nie... lagipun masa subjek kaedah penyelidikan dulu aku n group aku pernah pergi berjumpa SENDIRI dengan ARKITEK yang membuat Masjid Besi tu.. Bangunannya terletak kat Wisma Raya, Jalan Raja Laut.. tingkat dia tu x sure.. x ingat.. masa berjumpa dengan arkitek tu memang macam2 perasaan ada.. takut, gerun, seram sejuk bagai la.. tapi, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.. tak sia2 pergi berjumpa dengan mereka.. yang lebih best lagi mereka bagi salinan asli dari pejabat dorang pelan sebenar Masjid Besi.. berguna juga untuk aku sebagai rujukan kajian tesis aku.. tak menyesal dulu aku bersusah payah nak berjumpa bagai dengan arkitek tersebut.. 



aku just bagi sikit je gambar untuk tatapan.. takut TERover limit plak.. x pasal2 x leh nak upload gambar lagi.. seriously tempatnya sangat cantik dan sedap mata memandang.. mata aku dah lalok dok ralit menaip-naip kat keyboard nih... bila nak di suruh tdo mata nie komfom x dapat nak tdo... apa2 pun nantikan entry seterusnya perjalanan/misi aku untuk mencari bahan tesis aku.. doakan semoga tesis aku dapat disiapkan sepenuhnya sebelum aku meninggalkan bumi UKM...

#baru nak masuk bab 3... berkaitan dengan sejarah Putrajaya.. sapa2 ada maklumat yang berkaitan amat lah di alu2 kan untuk membantu... kihkihkih


Sunday, December 9, 2012

Esok Isnin ?


Assalammualaikum dan salam sejahtera...






pinjam abg gugel




Saturday, December 8, 2012

Entry 18SX : Cara untuk mengetahui waktu subur wanita


Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Mood nak menaip buat masa skang masih lagi ke laut.. 








Perkara yang sering aku tanya kat member akhirnya terjawab sendiri...

#untuk pengetahuan diri sendiri yang bakal seorang isteri, bakal seorang ibu kepada bakal anak2 ku nanti..





Wednesday, December 5, 2012

Worldless Wednesday

Assalammualaikum dan salam sejahtera...


Klik gambar untuk tumbesaran..:)





Tuesday, December 4, 2012

CONTEST KALENDER 2013 EKSKLUSIF HAZWANHAIRY | BOX CREATIVE

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Hari nie baru berkesempatan nak menjoinkan diri contest abg retis nih.. 
sapa2 yang berminat nak join tu meh TEKANSINI untuk maklumat lebih lanjut..


SYARAT-SYARAT
1. Anda mestilah FOLLOWERS blog HazwanHairy.
2. LIKE la page ni :  Personal Blog HH
3. LIKE page penaja : BOX Creative
3. Tajuk CONTEST KALENDER 2013 EKSKLUSIF HAZWANHAIRY | BOX CREATIVE
4. Tempek header diatas.
5. Link kan entry anda pada post entry HH.

Simple kan?xperlu buat karangan..Kalau rajin buatlah karangan apa-apa mengenai blog HH.
Tarikh tutup : 12/12/2012
Sebanyak 30 kalender untuk 30 blogger ( akan diup jika mendapat sambutan )
Pemenang akan di pilih melalui Random.org
Senarai peserta akan di list untuk korang BLOGWALKING. 

#Sorry Bang Long, main copypaste je... hihihi


Saturday, December 1, 2012

Bila Kerinduan makin menebal....

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Ya Allah,
Betapa aku rindu ,
rindu untuk memeluknya,
rindu untuk menciumnya,
rindu untuk bergurau senda dengannya..

Ya Allah,
Engkau berikan lah kesihatan yang sempurna kepadanya,
Engkau pelihara lah mereka dengan sebaiknya,
Engkau lindungi lah mereka di bawah lembayung rahmatMu.

Hanya padaMu ya Allah,
Aku bermunajat menadah tangan,
memohon rahmat dariMu,
agar diberikan kekuatan untuk meneruskan hidup
di muka bumi Mu ini ya Allah...

I miss u mom n dad


Betapa anakmu ini merindui kalian berdua..
mama , bapa maafkan andainya anakmu ini telah mengguris perasaan kalian berdua..
 mama , bapa kelopak mata anakmu ini tak mampu menampung air mata dari terjatuh tatkala mendengar suara kalian berdua..
mama, bapa anakmu ini sangat merindui kalian...


03:23 pm
01 Disember 2012

GG Manchester United

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tabungan Lara

Jiwa Lara World - Bila Pena Mula Menari Menulis Kalimah Tanpa Hentinya...