Assalammualaikum dan salam sejahtera..
penat tak habis lagi.. dari jumaat lepas sampai la nie asyik keluar je... Jumaat lepas aku p Masjid Besi.. kenapa aku p sana ? tujuan aku ke sana adalah untuk mensnap gambar sekitar Masjid Besi.. sebab apa ? sebab ianya berkaitan dengan tajuk tesis aku... ianya berkaitan SENI BINA MASJID BESI.. actually ada jugak yang buat tajuk nie tapi ianya lebih memfokuskan kepada bangunan dan binaan di Putrajaya.. bagi aku ianya sangat umum... huhuhu
pengkaji bersama rakan |
sebenarnya tajuk tesis aku nie rentetan dari subjek aku masa sem 3 kot..aku pun x berapa nak ingat dah... ianya berkaitan dengan kaedah penyelidikan.. dalam subjek nih diajarkan bagaimana untuk menghasilkan satu proposal yang berkualiti.. memandangkan aku skang berada dibawah seliaan pensyarah yang ajar aku kaedah penyelidikan, maka secara automatiknya dia suruh sambung balik apa yang pernah aku buat dulu untuk kaedah penyelidikan dulu.. actually, sebelum dapat tajuk yang skang nie aku ada buat 2 pilihan tajuk untuk tajuk tesis aku... RUJUK SINI
banyak juga pengalaman yang aku dapat sepanjang mencari bahan untuk tesis aku nie... lagipun masa subjek kaedah penyelidikan dulu aku n group aku pernah pergi berjumpa SENDIRI dengan ARKITEK yang membuat Masjid Besi tu.. Bangunannya terletak kat Wisma Raya, Jalan Raja Laut.. tingkat dia tu x sure.. x ingat.. masa berjumpa dengan arkitek tu memang macam2 perasaan ada.. takut, gerun, seram sejuk bagai la.. tapi, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.. tak sia2 pergi berjumpa dengan mereka.. yang lebih best lagi mereka bagi salinan asli dari pejabat dorang pelan sebenar Masjid Besi.. berguna juga untuk aku sebagai rujukan kajian tesis aku.. tak menyesal dulu aku bersusah payah nak berjumpa bagai dengan arkitek tersebut..
aku just bagi sikit je gambar untuk tatapan.. takut TERover limit plak.. x pasal2 x leh nak upload gambar lagi.. seriously tempatnya sangat cantik dan sedap mata memandang.. mata aku dah lalok dok ralit menaip-naip kat keyboard nih... bila nak di suruh tdo mata nie komfom x dapat nak tdo... apa2 pun nantikan entry seterusnya perjalanan/misi aku untuk mencari bahan tesis aku.. doakan semoga tesis aku dapat disiapkan sepenuhnya sebelum aku meninggalkan bumi UKM...
#baru nak masuk bab 3... berkaitan dengan sejarah Putrajaya.. sapa2 ada maklumat yang berkaitan amat lah di alu2 kan untuk membantu... kihkihkih
3 comments:
ouch.. tesis ker. musim mengkaji selidik bagai lah nie. aduhai.
cantik seni binanya
haha gudluck! time ni lah pikiran akan celaru sikit..klo g ptjya mesti lpk sini..tenang sgt2 klo dok kat ats msjid tu..
Post a Comment