Thursday, June 6, 2013

Trip ke Pulau Chekas, Ulu Dong Raub, Pahang

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera 

Actually benda ni dah lama pun aku nak taip tapi memandangkan banyak kerja yang harus diselesaikan maka aku ketepikan dulu.. hari ni baru aku berpeluang untuk berkongsi pengalaman aku bercuti dengan akak2 n anak2 buah aku.. walaupun hakikat nya pada ketika ini banyak kerja yang berderet menunggu untuk disiapkan tapi ku gagahkan diri juga untuk ikut serta dengan family akak aku.. kihkihkih.. rugi woo kalau tak join yang penting semua perbelanjaan adalah ditanggung 100% oleh akak aku yang sulung.. see ? sapa yang tak nak ikut kan.. memang rugi la kalau tak ikut.. 

Plan hari tu pergi ke Pulau Chekas kat Raub Pahang tu.. tu kampung abang ipar aku.. walaupun hakikatnya dah 2 kali aku p tapi aku still ikut sama.. air kat sana best wooo memang sejuk giler... perghhhh ! 1st aku p memang tak mandi just santai2 je pastu kali kedua aku p memang berendam je la keje aku.. memang xnak naik coz air kat sangat2 sejuk dan kawasan yang amat tenang dan damai.. yang kali ketiga ni aku p ngan akak aku bawak anak dia datang sini almaklum la kan tengah cuti sekolah.. memang kaw2 laa.. nak cite pun susah jugak benda best kan.. so, tengok je gambar kat bawah2 ni...













Gambar ni pilih mana yang ok je dimuatnaik... banyak jugak gambar lain tapi tak sesuai dipaparkan.. kah3.. banyak kejadian yang terjadi masa ni..air memang deras tahap gilee laa.. banyak kali di bawa arus tapi BEST ! Lepas final exam nanti pasti akan datang lagi coz akak dari Tawau nak bercuti2 Malaya... yihaaaaaaa


#pada hal banyak lagi kerja tak siap nih.. tesis pun x siap2 lagi ditaip.. ulangkaji pun tak lagi.. minggu depan dah start final... esok nak kena jumpe penyelia tesis.. Tapi sekarang masih mampu lagi menaip benda mengarut ni...kihkihkih




Tuesday, May 21, 2013

Luahan Hati

Assalammualaikum dan Salam sejahtera...

Hmm.. lama rasanya aku tak menyentuh blog aku ni apatah lagi untuk menaip entry.. memang langsung xde.. idea xde ? xde la jugak.. cuma skang aku tengah buzy.. buzy menyiapkan segala tugasan dan amanah yang telah diberikan kepada aku.. memang menjadi rutin hidup sebagai seorang mahasiswa yang tak akan lari dari tugas dan tanggungjawab yang diberikan oleh seseorang pensyarah.. tidak terkecuali jugak aku.. terasa beban itu sangat berat tambahan tugas yang terpaksa aku galas sebagai mahasiswa tahun akhir.. dengan Latihan Ilmiah aka Tesis yang perlu dilaksanakan dan disiapkan sebagai prasyarat untuk bergraduasi nanti..

Hmm.. aku mengeluh lagi.. memang ku akui aku lalai dengan tugasan dan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada aku.. bukan niat untuk membiarkan semuanya itu.. walaubagaimanapun, dengan segala usaha dan kudrat yang aku ada In Sha Allah, aku mampu untuk menghadapi semuanya.. hanya berbaki SEMINGGU sahaja lagi sebelum sesi perkuliahan ku tamat.. seterusnya akan berFINAL EXAM.. Dalam masa yang sama akan menyiapkan tesis dan tugasan yang telah diberikan kepada ku.. 

kadang-kadang terasa sebak juga bila mengenangkan sesi pembelajaran ku bakal berakhir.. masih teringat lagi memori di kala pertama kalinya menjejakkan kaki ke menara gading.. Impian dan harapan aku terlaksana dengan menjejakkan kaki ke alam universiti.. sedar x sedar aku bakal meninggalkan alam pembelajaran ini.. pelbagai rintangan, halangan yang banyak aku lalui.. kadang-kadang tersentuh rasa hati bila mengenangkan orang tua di kampung, yang tak serik-serik memberikan sokongan dan dorongan.. Ya , sekarang anak MAMA n BAPA bakal mengakhiri alam pembelajarannya tidak lama lagi.. semoga semuanya berjalan dengan lancar nanti sepanjang Final Exam berlangsung.. 


Hidup mesti diteruskan.. Hasrat dan Impian harus dilaksanakan dan dicapai.. 

Tuesday, April 23, 2013

SEGMEN SEMINGGU BLOG HAZWANHAIRY

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.. 




Maaf bang long, baru berkesempatan hendak menjoinkan diri dalam segmen bang long nie.. Actually, dah lama nampak segmen nie berlegar-legar dalam ruangan new feeds facebook.. baru hari nie tergerak hati nak menaip entry pasal segmen nih.. 

satu segmen yang simple tapi bila tengok kat comment tu banyak yang drop penyertaan.. Wow ! penyertaan yang amat memberangsangkan.. 

sapa2 yang berminat untuk KLIKSINI dan tarikh tutup adalah ESOK (25 April 2013).

Tuesday, April 2, 2013

Dimamah Usia

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Dah lama rasanya aku tak menaip dalam blog aku nih.. banyak kerja yang lebih utama yang perlu aku laksanakan dulu... untuk entry pertama bulan April ni setelah sebulan lebih meninggalkan dunia blog, aku nak cite pasal diriku yang semakin di mamah usia..

16 Mac ri tu genaplah usia ku yang ke 23 tahun.. tak sangka begitu cepat masa berlalu.. terima kasih buat mama n bapa kerna telah melahirkan aku tanpa mereka siapa lah aku.. hehehe.. birthday aku nih jatuh pada hari sabtu, so jumaat aku dah balik Puchong rumah akak aku.. plan sabtu g IOI Mall Puchong.. kejadian yang tak pernah2 berlaku dalam hidup ku Kad ATM ditelah.. huwawawawa.. betapa sedih dan kecewa nya aku pada masa tu.. adoiiii ! bukan sebab apa kecewa sebab tak dapat beli Blackberry... balik rumah memang langsung xde mood..

Ahad tu akak aku celebrate birthday aku.. pagi2 dah aku keluar g Tesco p beli kek kat bawah tu.. siap wassap kat akak aku lagi nak kek cmana.. dia yang sponser kek tu aku just beli.. berbaloi jugak harga tym tu.. kebetulan tengah promosi 40%.. dah memang rezeki aku kot.. hahahaha.. harga asal lebih kurang RM85 cmtu la dah diskaun aku dapat RM35 je.. x menyesal beli kek ni sedap sangat2 krim x banyak span x ringan.. yang tak leh tahan coklat dy tuh.. perghhhh! sedapppp

Happy Birthday Siti Zaleha 23th
Kek dari my sis tapi aku yang beli

Di harapkan dengan penambahan usia ni akan bertambah matang lagi dan boleh berfikir dengan waras sepenuhnya.. kihkihkihkih.. kekecewaan aku terubat setelah BlackBerry dalam genggaman.. tu pun lama jugak nak uruskan kad ATM aku yang hilang tu.. cip IC aku ada masalah.. kena tunggu respon dari KK coz buat kat KK.. lebih kurang sejam aku tunggu tak jugak settle2.. last2 akak tu minta lesen.. napa la tak minta dari awal.. kalau minta dari awal tak la aku tunggu lama.. hehehe.. dah settle semua senyum lebar.... dapat beli BB.. hadiah kan diri sendiri BB.. dah bosan dengan hp touch.. hp sony bagi akak FOC.. baik x aku.. hahahaha



# mencuri sedikit masa untuk menulis entry ni walaupun kerja bertimbun dalam list yang terpaksa untuk disiapkan.. xnak membazirkan masa lagi.. harapan tahun ni nak GRAD !!!!!!!!!

Thursday, February 28, 2013

Kelas Sastera Arab Moden

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Hm.. xtau nak start dari mana.. actually, sejak kebelakangan nie agak buzy cket.. maklum la masih lagi bergelar mahasiswa.. In Sha Allah Oktober nie akan bergraduasi.. Aminnn..

Tadi kelas sepatutnya jam 3 petang.. tapi aku malas nak p sebab semalam kuliah pun takde.. so, aku ambik anggapan lah kelas tutorial tak mula lagi.. hahaha.. aku p kelas kol 4 je la tadi... kelas Sastera Arab Moden.. 1st tym aku belajar dengan Ustazah Pilihan Firuz Akhtar... Ustazah tu sangat baik dan x kedekut dengan senyuman.. seriously, memang aku langsung tak mengantok dalam kelas tu tadi.. hahaha.. nak kongsi la sikit madah2 yang UP Firuz bagi tadi sebelum kelas abis... 

antara ilmu yg dikongsi bersama, syair parsi ada mengatakan:


kalau lah tidak ada cinta hati...
kenapa tidak mencari????
dan kalau sudah ada cinta hati,
kenapa hati masih tidak bahagia???


pastu UP Firuz bagitau la apa yang dimaksudkan dengan syair tu.. syair asal adalah dalam bahasa Parsi..

Yang dimaksudkan dengan syair tersebut ialah :

kerana kita tidak meletakkan cinta hati kita di carta hati kita dengan betul.....
letakkanlah Allah sebagai cinta hati kita yg paling tinggi..
In Sha Allah hati akan gembira.. :)


#sekarang nak fokus kat tesis.. nak update tu myb lambat la... hehehe


Friday, February 22, 2013

Semester Akhir Pengajian

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah, masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini...

Hmm... terasa kekok sebenarnya setelah sekian lama tidak menaip dan membiarkan blog aku terkontang-kanting tanpa hala tuju... hari nie baru berpeluang nak sapu sikit-sikit habuk yang ada melekat kat blog aku nih...

actually, aku tak nak citer dulu apa aktiviti aku sepanjang cuti sem even pun skang dah masuk sem baru.. LAST SEM ! huhu... nak kata happy x juga happy.. sebab asyik terfikir nak buat apa ye lepas abis belajar.. Antara 2 nak sambung Master o cari keje.. dah la langsung xde pengalaman keje.. adoyaiiii..

Enough about dat... just nak share je la jadual aku sem nie.. huhu... sem nie aku repeat 2 subjek lagi.. hahaha... bukan pandai sangat pun aku nie.. xmalu aih nak repeat2 nie.. semua nie untuk kebaikan aku juga... 


See ? hari Jumaat tu yang xbleh tahan.. ibarat non stop kelas tu... hahahaha... xpe2 yang penting Isnin n Selasa xde kelas... boleh siapkan Tesis (Konon La)... hahaha




Wednesday, January 23, 2013

Kembali Pulang Part 2

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Entry nie rentetan dari ENTRY NIE..

Even pun sepanjang perjalanan tu kapal terbang bergoyang tapi dengan kemahiran yang ada pada pilot tu, ktorang berjaya landing dengan selamat kat Kota Kinabalu Airports Terminal 2.. Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerna dengan izinNya ktorang 1 flight tu sampai dengan selamat..

Dah sampai terus p kat kaunter lapor diri.. perghh! punya la jauh berjalan.. sabo je laa.. dah siap semua tu terus amek troli n then tunggu beg sampai.. sebelum tu sempat g menjenguk family aku.. aku nampak mak, bapa, kakak n anak buah aku yang cute lagi miut Wawa... abg ipar aku x nampak.. dah lepas amek beg semua baru aku nampak... hehehehe

Destinasi seterusnya adalah ke Lawas, Sarawak.. tanah tumpahnya darah ku.. ngeeee ... sampai je memang terus balik... xde singgah mana2.. takut pos imigresen Sabah n Sarawak tutup... bersabar je la.. sepanjang perjalanan dari airport tuh jalan memang tahap jammed gilerrrr ! mana tak nya memang waktu kemuncak orang balik kerja.. around 7 malam baru lepas kot dalam kesesakan jalan tu.. semua perjalanan berjalan dengan lancar.. lepas tu singgah kat Sipitang.. memang x sah la kalau tak singgah kat sana.. apa yang ada kat sana ? Perghh! satay kat sana memang terbaik laaaaaaaa....

Dah singgah teruskan perjalanan.. around 10.45 sampai rumah... xdan nak kemas barang campak cmtu je.. see ! betapa malasnya aku nak kemas barang.. mana tak nya penat yang teramat penat... kui3..

#entry x bgambar lagi... huwawa..

Saturday, January 19, 2013

Kembali Pulang Part 1

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Finally, aku skang dah ada kat kampung halaman aku sendiri.. chewahhh ! baru aku berkesempatan nak update blog setelah sekian lama membuzykan diri dengan exam.. actually, semalam dah aku sampai rumah around 10.45 pm setelah mengharungi pelbagai rintangan sepanjang perjalanan nak sampai rumah..

Semalam (Jumaat) , aku masih lagi berada di bumi UKM.. around 10 am aku dah gerak dari UKM-LCCT..  flight aku jam 2.30 pm.. memang aku sengaja gerak awal coz tym beli on9 hari tu flight 12.00 pm lepas tu dapat mesej dari AirAsia gtau 2.30pm.. so, bagi mengelakkan kekeliruan aku gerak awal la.. aku nak gerak awal pun sebab nak timbang barang aku.. aku risau takut teroverweight... lebih kurang jam 11 pagi aku dan sampai LCCT.. dah sampai aku terus timbang barang n Alhamdulillah, barang aku x sampai pun 20kg.. lepas timbang barang aku terus p check in kat kiosk tu... perghhhh!! kemain ramai giler orang kat LCCT semalam... lepas siap2 semua tu n drop luggage p makan sat sebelum masuk balai perlepasan..

Around 1 pm aku dah masuk balai perlepasan.. part yang memang aku x bleh nak lupa masa scan barang.. dah scan semua barang pastu bleh plak abang polis tu gtau Laptop kena keluarkan dari beg n scan balik.. tym nak keluarkan laptop tu yang tak bleh blah mana tak nye bantal busuk aku ada sekali dalam tu... Adoii ! termalu aku sudah di situ.. abang polis tu senyum2 je..sabo je la aku.. sempat plak dy interview aku.. ish3

Dah cukup masanya masuk flight.. cuaca kemain lagi panas terik yang teramat... tapi yang aku peliknya npa sepanjang dalam kapal , kapal tu bergoyang je.. memang pengalaman aku yang pertama-tama kalinya naik flight dalam keadaan macam tu.. isyarat tali keledar memang tidak padam.. padam pun kejap je.. Pilot tu asyik gtau "sila berada di tempat duduk anda dan pasangkan tali keledar.. sekarang kita mengalami cuaca yang buruk".. memang berulang kali pilot tu cakap.. seriuosly, sepanjang perjalanan memang bergoyang.. perghhh!! bagi mengelakkan ketakutan aku pasang lagu kuat2.. huwawawa

Apakah yang terjadi selepas itu ? Nantikan sambungannya ye ! :)

#terasa entry aku panjang sangat tanpa adanya gambar.. malas lagi nak transfer kat laptop..

Selamat membaca n terima kasih :)

Thursday, January 17, 2013

Peperiksaan Akhir Semester 5

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan izinNya masih lagi bernafas di muka bumi Nya ini.. Phewwww ! hari nie last paper exam untuk semester 5... paper yang sangat mencabar otak, minda, akal fikiran dan semua yang seangkatannya.. memang serius blur n x faham apa yang dimaksudkannya.. so, nanti tawakal je la.. 

Adoiii! bersabar je laa... banyak dah kengkawan yang dah abis exam.. aku masih ada lagi 1 paper petang nie.. roomate aku balik ari nie.. dok menengok je aku dia kemas barang... even mata aku tengok kat nota tapi fikiran entah ke mana.. Ya Allah, berikanlah kekuatan hamba-Mu ini... 

Perang Salib exam untuk petang nanti.. bagi aku lebih senang lagi aku nak belajar untuk subjek Sejarah lain yang aku amek sem nie tapi subjek nie Allah je yang tau.. baca status2 member yang amek subjek nie pun lebih kurang je semua.. tak faham la, blurr la, konfius la, semua ada.. even nota dah dibagi tapi baca tu macam x lekat je... hmm, so nantikan je la exam petang nanti.. 

#Sambung study sat sementara masih ada masa...

Saturday, January 12, 2013

Coretan di Pagi Sabtu

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Salam sabtu dan selamat berhujung minggu..
Alhamdulillah, masih lagi diberikan kesempatan dan waktu untuk meneruskan hidup di muka bumi Allah ini.. hari nie baru kesempatan nak mengupdate blog setelah 2 minggu berexam.. Alhamdulillah, 5 paper dah habis tinggal 1 paper je lagi minggu depan. 17 Januari 2013.. lambat sangat nak tunggu minggu depan.. tak sabar nak balik kampung.. memandangkan nak exam lambat lagi so, malam nie aku balik kedah.. yeayyy2 !

Bagi aku semester nie adalah paling mencabar otak dan fikiran aku.. mana taknya semua soalan dalam bentuk esei.. yang objektif pun cuma 1.. yang tu pun subjek wajib U..1st nak cite pasal paper Akidah Islam.. 1st paper yang duduki.. Perghhh! soalan memang power gilerr laa.. soalan yang memang x dijangka laa.. tapi kira ok la dari 1st aku amek soalan dalam bahasa Arab.. oh ya aku terlupa.. subjek Akidah Islam nie aku repeat balik.. masa 1st year keputusan tidak memuaskan.. mana tak nya belajar dalam Arab n jawab exam pun Arab.. yang aku repeat nie still belajar dalam Arab tapi exam dalam Melayu.. nasiblah ada rujukan buku dalam bahasa Melayu.. exam nie aku jawab je ikut sesedap rasa..

Paper2 yang seterusnya bagi aku okay la.. semua subjek Sejarah.. Sejarah Islam di India (STIDI) dan Dunia Islam Abad ke 20 (DIA 20).. kalau belajar memang la senang kan.. Alhamdulillah, semua yang aku baca ada keluar.. so, aku boleh jawab la semuanya.. betul tak betul tu semua belakang kira laa.. tapi memang ku akui exam STIDI n DIA 20 memang best laa... yang paling syok aku jawab tym exam DIA 20.. perghhh! memang dengan senyuman la aku jawab.. keluar exam pun senyum2.. mana taknya mana yang aku fokus stdy yang tu keluar.. mana yang lect hint masuk exam tu je la yang aku baca n aku fokus kat 2 tajuk je mana yang aku boleh bawa.. then dah exam tengok soalan memang terbaik laaaa... senyum2 je aku... hahaha.. 


Exam semalam memang xmo citer laa... memang mencabar akal dan fikiran ku... so, tawakal je laa.. kena tunggu result keluar.. hahaha.. paper last minggu depan.. yang nie pun bagi aku mencabar jugak sebab aku tak berapa nak faham.. so, balik rumah nanti kena study betul2.. yang penting lepas exam last esoknya (Jumaat) balik kampung... ngeeeeee... tak sabar rasanya nak jumpa dengan family kat Sarawak.... 

Perghhh! panjang gilerrr aku menulis hari nie.. sure, memang takde yang nak baca.. hahaha... 

#barang2 dah siap kemas... now, nak siap2kan barang nak bawak balik Kedah malam nie...

Saturday, January 5, 2013

Coretan di pagi buta

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah.. masih lagi berkesempatan untuk menjenguk blog aku nih.. even pun selalu buka tapi nak menaip entry tu x berkesempatan lagi.. sibuk dengan final exam.. skang pun laptop x bukak lagi since selasa lepas... see ! Betapa gigihnya aku berstudy.. kalau on pun just nak tengok note o print note pastu tutup balik.. betapa nekadnya aku x nak bukak laptop.. hahaha

Kalau nak on9 just thru by tablet.. aku tulis entry nie pun by tablet.. nasib la dah install apps blogger.. kalau bukak by laptop komfom la aku x berstudy.. myb ada tapi 80 peratus mata aku tumpu kat laptop..sebab tu la aku dah amek inisiatif dengan tekad x bukak laptop till exam abis.. mampu kah aku ? In sha Allah aku mampu laksanakan.. chewahhhhh!!!

Exam ? Untuk setakat nie not bad laa..still bleh jawab lagi.. baru 2 paper dah abis.. masih ada 4 paper lagi yang terpaksa di harungi.. hope dapat skor lebih sem nie.. <(@ ̄︶ ̄@)>

#Mata dah mengantok... ntah pape yang aku merapu.. aku x reti nak buat esei.. pendahuluan lain, isi lain n penutup pun lain... mata aku dah x mampu nak menahan nak tdo.. pagi ouls !

Tuesday, January 1, 2013

Selamat Datang 2013


Assalammualaikum dan salam sejahtera..

entry nie pun tak nak tulis banyak.. 

curi2 masa untuk menaip nie.. study untuk paper rabu nie tak abis lagi..

banyak benda nak kenal hafal n faham.. aku sendiri pun dah tak terurus..

korang layan je la gambar kat bawah nie...











Happy New Year 2013

#study study study study

myb akan ber0ff dari berblog untuk seketika.. fokus kat final exam dulu



GG Manchester United

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tabungan Lara

Jiwa Lara World - Bila Pena Mula Menari Menulis Kalimah Tanpa Hentinya...