Tuesday, December 13, 2011

Chelsea vs Manchester City



Perghhh!! lama dah tak hupdate menatang nie...wahahaha.. 

Chelsea telah berjaya mengalahkan Manchester City pada perlawanan tadi pagi dengan kutipan mata 2-1.. Chelsea mendahului Manchester City dalam perlawanan ini.. Walaupun aku tidak meminati kedua-dua pasukan ini, tapi demi si dia aku turut serta bergembira apabila pasukan kegemarannya iaitu Chelsea menang perlawanan tadi pagi...
 
Salam 1 Malaysia...

Monday, November 21, 2011

KEJAYAAN SKUAD HARIMAU MUDA

Assalammualaikum w.b.t

TAHNIAH!!!! 2 je kata-kata yang mampu aku luahkan.. tak sia-sia malam nie aku tak buat keje.. walaupun keadaan kesihatan tidak mengizin tapi ku gagahkan juga p tengok perlawanan bola.. tak jauh mana pun aras kolej aku gak...perghhh! memang terbaik la pemain MALAYSIA.. tak tau la nak cakap apa lagi..gembira sangat-sangat pasukan negara menang.. TAHNIAH SEKALI LAGI SKUAD HARIMAU MUDA MALAYSIA.....

Biskut Nestum

Assalammualaikum w.b.t..

Fuhh..dah lama tak update blog aku nie...busy?? tak la busy mana pun..cuma kesempatan nak meluangkan masa ngan blog aku nie kurang sikit la..sem nie jadual padat sangat.. dengan asimen yang tak pernah2 nak siapnya.. yang entah bila akan siap...sibuk dengan mid term lagi yang dah start minggu nie...belum lagi final exam...pening den di buatnya.. tapi aku tak la boleh nak mengeluh sangat.. dah memang adat belajar kan...

Topik??? apa topik aku ek ari nie..tak tau la nak tulis apa...hmmm, kalau aku cite pasal raya aji mesti dah basi kan... tapi tak pe la aku nak cite gak...huhu.. raya aji ri tu aku tak balik sarawak pun aku balik kedah kat umah akak aku..kira ok la gak kan dari asyik dok terperap je kat kolej.. meh nak bagi sikit resepi biskut yang aku buat waktu raya aji ri tu...memang terbaik la aku buat biskut..malam raya kot aku buat biskut 2...dah la sampai rumah kol 11 lebih malam..lepas semua siap2 aku pun terus buat biskut...sampai kol 3.30 pagi aku menyiapkan biskut tu...memang tabah dan sabar la aku...malas nak cite panjang la...kat sini aku bagi resepi nak bisku t tu..nama biskut tu adalah BISKUT NESTUM... aku belajar dari akak aku kat sarawak masa raya lepas... senang dan mudah...

BAHAN-BAHANNYA :

450 gram MENTEGA
2 biji telur KUNING
3 cawan NESTUM( ORIGINAL )
3 1/2 cawan TEPUNG
1 sudu ESEN VANILA
2 cawan GULA HALUS

CARA-CARANYA :

Masukkan mentega ,telur kuning dan gula halus... putar sehingga kembang. kemudian setelah kembang masukkan nestum.. gaul dengan tangan.. kemudian masukkan tepung dan gaul sehingga sebati semuanya.. pastikan adunan tadi tidak melekat di tangan bila di gaul..sekiranya adunan masih melekat tambah tepung sehingga tidak melekat. jangan lupa untuk memasukkan esen vanila.. tak masukkan pun tak apa..rasa still sedap... selepas itu, bentuk kan adunan tadi seperti kuih makmor (bulat) kemudian ambil garpu dan tekan dan ia akan menghasilkan bentuk..panaskan dalam oven lebih kurang 10-15 minit...

dah siap pun nak masuk oven je lagi..

yang nie setelah siap di adun..pastikan tak lekat kat tangan ye..

dalam oven sudah..hihi

dah masak...
kalau dah masak jangan lupa salut kan dengan NESTUM BABY warna OREN...

SELAMAT MENCUBA...

Saturday, October 8, 2011

Sukan Piala Dekan

assalammualaikum wbt..


maaf la dah lama tak update blog nie..biasa la dah masuk sem baru memang bz..sekarang pun tengah sempat la gak nak jenguk blog nie kejap..nak hilangkan debu-debu yang ada..ok! staright 2 da point la..perghh! bulan oktober nie memang bz.. weekend pun bz jugak.. minggu nie dah start piala dekan bagi fakulti aku.. first tym kot aku ikut benda nie.. sem lepas tak ikut pun sebab malas nak join..


FAKULTI AKU ADA 4 GROUP YANG IKUT PERTANDINGAN TU..LUPA PLAK NAK HABAQ, AKU IKUT PERTANDINGAN BOLA JARING BAGI MEREBUT PIALA DEKAN.. GROUP YANG ADA IALAH JANNAH, KUFFAH, JAKMA DAN NAHDHAH IAITU GROUP AKU.. PERTANDINGAN INI DIJALANKAN SECARA MAIN LIGA.. LIGA??KALAU SISTEM KALAH MATI OK LA GAK TAK LA NAK TUNGGU LAMA NAK MAIN... PERTANDINGAN INI DIJALANKAN MENGIKUT KUMPALAN... IANYA TERBAHAGI KEPADA KUMPALAN 1 DAN 2.. AKU TERGOLONG DALAM KUMPULAN 2..

NANTI SAMBUNG LAGI COZ SEKARANG NAK BERSIAP-SIAP UNTUK PERLAWANAN FINAL... HOPE BOLEH MENANG LA.. CHAIYOK2 NAHDHAH!!! LAYAN LA GAMBAR KAT BAWAH NIE...








OK!CHOW DULU NANTI G UPDATE..HOPE TEAM KITORANG BLEH MENANG....

Saturday, September 17, 2011

Selamat Kembali..

Salam..
Sebelum jari terus lincah menaip setiap bait kata, saya ingin memohon banyak2 keampunan dan kemaafan dari semua warga blogger.. memandangkan masih dalam mood Syawal nie saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya sebelum Syawal melabuhkan tirainya bagi tahun ini.. Diharap semoga Syawal kali ini lebih baik n mulia dari yang sebelum2nya.. Dikesempatan ini juga saya ingin memohon sejuta kemaafan sebab lama dah tak update blog nie..

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin...

Friday, June 10, 2011

Taman Rekreasi Kolam Air Panas Ulu Legong Part 2..

Sambungan.....

Perghh!! First tym mandi kat kolam air panas memang teruja gilerr... Dah la orang ramai kat sana... Tempat tu memang tak tutup sentiasa je buka 24 jam.. Nak dijadikan cerita anak buah aku ne punya la excited sangat nak mandi apa lagi g la bawa dia tempat port kanak-kanak.. Panas giler tempat tu. akak aku kata kena rendam kaki dulu lama-lama baru tak terasa panas nya.. betul gak.. tak puas aku kat port bebudak aku g la tempat yang dewasa plak.. kat sana lagi panas airnya.. walau apa pun  bestt.. panas dia menusuk-menusuk ke dalam badan.. aku apa lagi berendam je la.. walaupun panas badan terasa segra bila dah lama-lama berendam.. bila ada kesempatan aku nak p lagii....

Taman Rekreasi Kolam Air Panas Ulu Legong Part 1...

Perghhh!! Best giler semalam g k0lam air panas.. First tym aku g sana.. Memang tak dapat ku lupakan.. Perjalanan dari rumah akak aku g k0lam air panas tu lebih kurang sejam lebih.. Dalam perjalanan nak g sana aku bayangkan la camne keadaan sana.. Aku ingat 0rang tak ramai.. Perggh!! Bila sampai sana banyak kereta yang masuk yang keluar tak lah banyak sangat.. Sampai kat sana lebih kurang k0l 11 lebih la.. Bukan siang tau tapi malam.. Ingat kan malam tak de 0rang tapi malam la 0rang yang berlambak.. Sampai nak parking pun susah..
Dah la parking kereta pun kena bayar even depan rumah 0rang.. Punya la nak ambil untung.. Walau apa pun 0rang ramai gak yang datang.. Nak masuk kena la beli tiket.. Kanak-kanak pun kena bayar.. Memang nak kaut untung.. Dewasa RM4 dan kanak-kanak RM2.. Ada banyak kemudahan kat sana.. Sewa khemah,chalet,h0mestay dan banyak lagi la.. Bila dah masuk dalam punya la banyak 0rang.. Ingatkan 0rang tak ramai waktu malam.. Rupanya laen plak yg aku teng0k.. Ada 0rang siap pasang khemah, bawa keluarga.. Memang best gilerr.. Nanti sambung lagi saat menerjunkan diri...

Thursday, June 2, 2011

selamat hari gawai..

salam semua..
Maaf la,dh lame tak update..sibuk buat keje..nak on9 sekarang pun susah..kat sini line tak kuat sangat..nak 3g pun susah..huhu
Sekarang dah masuk bulan jun..dah ari yang ke-2..tak terlambat nak ucapkan selamat ari gawai bagi warga sarawak yang menyambutnya...

Thursday, May 26, 2011

Salam..

Maaf la dah lame tak hupdate blog aku nie.. malas tu tak la malas, cuma keadaan je yang tak mengizinkan.. dengan line broadband yang buat hal, kerja yang menimbun.. pening den di buatnya... aku nak mintak maaf la kepada sapa-sapa yang komen, tag, follow n ape-ape je la.. tak sempat nak lawat korang...bukannya sombong.. nantii kalau ada kesempatan aku akan jenguk korang.. rasa nya lepas nie jarang la aku nak hupdate blog nie.. keje berlambak sangat.. ade masa aku akan hupdate.. k, jumpa korang lain kali g..

Tuesday, May 17, 2011

Kembali lagi..

Lamenye dah tak update blog.. baru je ade kesempatan nak update.. maaf la ye.. kat kampung line tak berapa mengizinkan.. tu la susah nak update.. gi pun tengah sibuk jugak buat kerja yang tak terbuat.. asyik dok relax je kat rumah.. kerja semua tak menjadi.. entah bile la nak siapnya.. tak lame lagi nak balik kedah.. kerja menimbun bakal menanti di sana.. harap-harap la aku mampu untuk menggalasnya..

Wednesday, May 11, 2011

Kerja..Kerja..Kerja...

Salam..
 Hari nie sambung keje yang ntah bila akan siapnya.. hari-hari asyik buat kerja yang same je.. pi apa bleh buat.. dalam membuat sesuatu pekerjaan tak boleh nak mengeluh.. teruskan berusaha sampai siap...

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu..


SELAMAT HARI IBU
Ini la anak2 buah aku yang telah dilahirkan oleh akak-akak aku..
Selamat Hari Ibu buat akak-akak ku.. Semoga menjadi seorang Ibu yang Mithali...
Tak lupa juga buat Ibu ku yang tercinta... Selamat Hari Ibu Mama.. Love u So much!!





Friday, May 6, 2011

Entry Bosan + Kosong

Alhamdulillah.. sekarang dah boleh online.. boleh la nak update entry.. pi tak selalu nak update.. kat rumah ngan kat u berbeza.. kat rumah nie banyak kerja nak dibuat.. hehe.. ri nie tak tau la nak buat apa.. nak mencarut takde idea.. sekarang nie pun tengah buat kerja.. sempat gak aku online.. huhu.. aku buat 2 kerja dalam satu masa.. sambil jaga kedai mak aku, aku menaip bil-bil barang bengkel abang ipar aku.. aku balik cuti 2 minggu je.. lepas tu aku balik kedah lagi.. huhu.. idea aku memang tak de ari nie.. k la, malam nanti jumpa lagi...

Thursday, May 5, 2011

Tak tid0..

JAM DAH MENUNJUKKAN PUKUL 3 PG.. MATA AKU MASIH TAK BOLEH NAK TIDO.. KEJAP LAGI  AKU NAK CHECK BARANG.. TAK SABAR AKU NAK BALIK.. SANGGUP AKU TAK TIDO.. NANTI KAT KAPAL B0LEH LA AKU TID0..KALAU TAK PUN KAT UMAH JE LA.. TAK SABARNYA AKU NAK BALIK..SEM0GA PERJALANANAN AKU BERJALAN DENGAN LANCAR.. BILA DAH SAMPAI UMAH JARANG LA AKU NAK 0N9.. HUHU.. SEDIHNYA BILA TAK DAPAT NAK MBLOGWALKING DAN TERJAH TERJAH BL0G..

Wednesday, May 4, 2011

LCCT

Alhamdulillah, sekarang dah ada kat airport setelah lebih kurang 7 jam dalam perjalanan dari Baling ke Kuala Lumpur.. Syukur tak terhingga bila dah sampai ke destinasi yang dituju.. tak sabar rasanya nak balik rumah.. esok flight kol 6.45 pagi... semangat giler nak balik.. komfom malam nie tak dapat nak tido lena...hehe
Sekarang nak rehat dan bersih-bersihkan diri.. jumpa lagi malam nie.. tu pun kalau sempat nak update..

mood: gembira+tak sabar+dah kenyang= nak rehat..

Tuesday, May 3, 2011

Entry Pertama Bulan Mei

Salam..

 Maaf kepada korang semua..lame dah tak update blog nie.. bukannya ape line kat umah akak aku nie tak berapa sangat nak laju nya... kene tunggu lama baru boleh 0n9.. nie pun kene sabar je tunggu nak bukak blog..huhu.. sabar je la.. Sekarang dah bulan mei.. tak terasa sangat.. sekarang pun dah start cuti.. 5 Mei nie saye balik Sarawak.. Doakan semoga perjalanan saya berjalan dengan lancar.. Esok nak gerak dari Baling kol 9 pagi.. Tak tau la kol berape sampai Hentian Pudu.. Pas tu pegi KL Central dari sane naik bas ke LCCT.. kene gerak awal gi LCCT nanti tak pasal-pasal tertinggal flight.. dah la flight awal pagi.. lepas subuh.. awal tak?? hehe.. semangat nak balik dan tak sabar nak jumpa family..

k la, da masa lagi kita akan jumpe..line sekarang susah sangat.. nasib la kat rumah di Sarawak line tak susah.. em, terlupa plak.. terima kasih erk yang follow blog saye yang tak seberapa nie.. maaf erk tak sempat nak terjah blog korang.. dah balik Sarawak nanti saye terjah.. Ok, TerimaKasih...

Wednesday, April 27, 2011

Hari Terakhir

esok aku bakal meninggalkan bumi KIY n UKM.. sedihnya bila nak meninggalkan kawan-kawan.. sebelum balik kampung rumah akak aku kat kedah aku ada satu exam lagi.. iaitu paper fiqh ibadat dan munakahat.. kira okey la gak subjek die.. senang nak faham sikit.. sok aku exam kol 8.30 pagi.. mase jawab ada 2 jam.. aku rasa tak sampai 2 jam pun aku jawab.. hahaha.. dalam kegembiraan ada kesedihan.. sedih nak berpisah dengan kawan-kawan.. mesti nanti bila dah balik kampung rindu ngan mereka.. walaupun baru je kenal tapi macam dah kenal lama..

sedar tak sedar aku bakal melabuhkan tirai semester 2 tuk tahun nie.. ini bermakna aku sudah menjadi pelajar IPTA selama setahun.. hanya tinggal 2 tahun je la bakal menghabiskan pembelajaranku.. InsyaALLAH kalau tiada aral yang melintang.. harap-harap keputusan sem nie lebih baik dari sem lepas.. Amin...

Semua barang dah paking juz nak tunggu balik je esok.. perjalanan esok pasti memenatkan.. duduk dalam bas lebih kurang 8 jam sebelum sampai ke destinasi yang dituju.. bercuti dulu balik kedah lepas tu baru balik sarawak. sekarang memang tak sabar nak balik.. nak jumpa keluarga dan anak-anak buah..

p/s: doakan semoga esok dapat jawab soalan dengan tenang.. :)

Monday, April 25, 2011

Aku Seorang Perantau

mama n bapa
Kerinduan ku kepada keluarga tercinta dan kampung halaman semakin memuncak.. walaupun final exam bakal melabuhkan tirainya, tapi aku bakal menghadapi lagi satu program sebelum menerbangkan diriku ke kampung tercinta.. BiroTataNegara(BTN)?? korang tau tak pasal BTN nie.. yang aku tau la seluruh warga Malaysia diwajibkan untuk mengikuti kursus ini.. aku pun tak terkecuali jugak.. apabila tirai final exam dilabuhkan, pelajar Tahun 1 fakulti aku diwajibkan menyertai program BTN ini.. program ini berlangsung pada 30 April- 04 Mei dan bertempat di Kem BTN Selangor.. bagi sesiapa yang tidak menyertai program ini hendaklah menyatakan alasan yang kukuh.. Abaikan semua itu..

Kampung halaman yang tercinta
 semangat tidak terkira, aku sudah tidak sabar lagi untuk meninggalkan bumi UKM nie.. kampung halaman sudah melambai-lambai aku untuk pulang ke kampung tercinta.. nantikan kedatangan ku pada 05 Mei ini.. aku terpaksa bergegas pergi ke lapangan terbang pada malam 04Mei ini disebabkan jadual penerbangan aku pada pukul 6.20 pagi esoknya.. harap-harap semuanya berjalan dengan lancar dan pada program akhir BTN akan berakhir dengan cepat.. tidak sabar sudah untuk berjumpa dengan keluarga tercinta yang jauh di mata tapi dekat di hati.. love u all my family!!

Sunday, April 24, 2011

Jom Join Give Away Aimi !


jom pakat ramai-ramai join GA Aimi nie..
tapi die suruh tag 2 orang je.. tak tau nak tag kat sape, so sape-sape
yang baca nie anda secara automatik di tag...:)
nak tau hadiah-hadiah yang menanti sila KlikSini..

Saturday, April 23, 2011

Percubaan

 cubaan pertama

cubaan kedua
 nak mintak pendapat korang yang mana okie.. maklum la budaj baru belajar masih tak reti nak buat benda-benda cam nie.. segala pandangan, cadangan dan komen dari korang semua amatlah digalakkan.. :)

dalam hati berkata: masih mengharap ada yang sudi nak tolong buat header... (ketawa sopan)

p/s: selamat membaca

Friday, April 22, 2011

Keindahan Alam

Jom sama-sama kita menikmati keindahan alam yang diciptakan oleh ALLAH.. Bersyukur lah kita dengan setiap nikmat yang diberikan oleh-Nya..















Berwajah Baru

Fuh!! Penat-penat.. baru je siap buat design baru tuk blog.. tetibe je rase nak tukar...nak nampak gurly la cket... cket je tak banyak pun.. walau pa pun aku suka sangat ngan blog aku sekarang.. puas hati ngan usaha sendiri.. walaupun simple tak macam blog yang lain ade bintang-bintang la, macam-macam widget la.. yang penting suka blog aku sekarang.. nak buat header tapi tak reti.. ade tak sesiapa yang sudi nak buatkan header?? ade ke yang nak buatkan tuk aku.. blog yang ntah pa pe isi kandungannya.. teringin sangat nak ade header.. dah pernah try buat tapi tak juga jadi.. tak cantik.. tangan takde seni nak buat semua benda- benda tu.. sekarang dah penat dan nak rest kejap.. pastu sambung balik nak godek-godek blog blogger yang lain.. nie la keje bila takde exam.. aish!!mentang-mentang la esok takde exam.. Chowww,

berharap sangat ade yg sudi nak buatkan header...(mengada plak) hehehe
p/s: selamat membaca


Wednesday, April 20, 2011

Penangan Trilogi Cinta

Trilogi Cinta.. Mesti korang tau kan cite tu.. aku baru je tau ade cite tu.. al-maklum la lame dah tak tengok tv.. kesibukan menghadiri kuliah menyebabkan aku tidak berkesempatan nak tengok tv.. lagi saru kat tempat aku tinngal nie satu je tv yang ade tu pun kat aras atas.. akibat kemasalan yang tinggi menyebabkan aku tak berkesempatan nak tengok tv.. berbalik pada cite Trilogi Cinta nie aku baru je tengok dalam minggu nie.. cite tu ade 40 episod.. akak aku yang baik hati bagi aku cite tu.. xtau la dari mana die dapat..die donlod kot dari Utube.. siyes aku cakap cite tu memang best!! aku plak terlebih touching baru je episod 1 dah keluar air mata aku... rapuh sangat mata nie.. sampai bengkak mata aku menangis tengok cite 2.. tak rugi tengok cite tu.. sape yang tak tengok lagi pi la tengok.. Best!!

nie la mata aku pas tengok cite 2..

Tuesday, April 19, 2011

PinKy MoMMa nak bagi banner FREE!


Sape rase-rasenye nak banner free KlikSini..
Tak salah kan kalau nak mencuba nasib..
Tarikh tutup malam nie pukul 8.00..

SAYA NAK JADI BLOGLIST SIMANIS-CADBURYLADY

Minggu nie memang tak tau nak tulis ape.. otak dah tepu asyik study je.. final exam la kata kan.. nak tulis entry malas plak memang takde idea.. dalam otak cuma fikir nak study je memang tak bleh nak fikir benda lain.. memandangkan waktu-waktu tengah takde idea nie saya dengan rajinnya men'join'kan diri je dalam segmen ke, kontes ke.. ape-ape la yang membuatkan aku tak payah nak banyak fikir.. so, ri nie aku nak sertai salah satu blog list yang di anjurkan oleh seorang blogger.. kalau nak tau lebih lanjut KlikSini.. segala syarat dan terma ade kat dalam tu.. tekan je cepat-cepat.. 



aku nak tag semua yang bace blog aku nie..
kalau tak nak join pun tak pe..
takde paksaan.. okeyh!

Monday, April 18, 2011

"1st Contest Dari xcyber : Pose Depan Cermin"

Thanx Farhana coz tag kontes nie.. Mentang2 la aku suka snap gambar sana sini..
Dengan secara rasminya aku meng'join'kan diri ku untuk ikut serta dalam kontes nie..
nampak simple n mudah..


syarat-syarat penyertaan korang boleh KlikSini
aku nak tag kontes nie kat ShaherahapaijasCikEiza n Ren..

Jom sesama kita men'join'kan diri dalam kontes nie..


Saturday, April 16, 2011

Gara-Gara Nak Makan Burger

Penat... Capek... Tired... Semua ada... Gara-gara kepingin sangat nak burger aku ngan kawan aku pi la turun bukit.. Maklum la kolej aku kat atas bukit.. Denga harapan kat kolej Ungku Omar(KUO) ada jual burger kol 7 kitorang gerak g turun bawah.. Dalam keadaan hujan yang turun renyai-renyai.. Dengan penuh semangatnya aku ngan wani(kawan aku) turun merentasi perbukitan KIY(kolej Ibrahim Yaakub) tempat aku tinggal sekarang nie.. Dengan penuh keyakinan dan kekonfiden yang ade aku ngan wani pi menerjah kafe KUO.. terus p tanya kat kaunter... Perbualan aku ngan akak jaga kaunter tu.

Aku: akak, ade jual burger x??
Akak: takde la dek.. Orang buat burger cuti ri nie..
Aku: La, ya ke?? takpe la kak..

Dengan muka penuh kekesalan aku ngan wani pi la bergerak keluar meninggalkan kafe KUO.. Aku dah putus harapan.. Dah lama kepingin makan burger tak sampai-sampai.. Demi tidak menghampakan perut ku untuk memakan burger aku ajak wani pi Kolej Pendeta Za'ba(KPZ).. Kawan aku ade kate kat KPZ ade jual burger.. So, aku dan wani melangkah kaki menuju ke bus stop nak tunggu bas kebetulan bas ade aku dan wani terus la naik bas menuju ke destinasi yang dituju..

Memang kepingin sangat nak makan burger aku siap rancang lagi malam nie nak makan 2 biji burger... Wani pun sama gak nak beli 2 biji burger cam aku.. bekalan kat dalam bilik.. hahahaha... Setelah bas sampai, dengan penuh semangat dan keyakinannya aku dan wani mencepatkan langkah menuju ke kafe KPZ coz dah kepingin sangat nak makan.. Setelah sampai kat kafe, ronda-ronda kat kawasan kafe tengok stall burger.. tak juga jumpa.. last-last aku ngan wani dok kat meja yang disediakan.. pastu wani nampak kedai burger tu tapi TUTUP.. aduh!!punye la aku keciwa sangat-sangat..

Last-last aku ngan wani ambik inisiatif balik kolej je la.. dah la tunggu bas dekat 1 jam.. perut pun dah nyanyi lagu Lady Gaga... nak mintak di isi.. Dah sampai KIY terus je melangkah kaki naik perbukitan dan beli Char Kuey Tiaw.. Dengan penuh kehampaan.. Aku dah frust + kuciwa +semua la... aku nak sangat makan burger.... Chow dulu....
Aku nak burger.....



Selamat Membaca..

SEGMEN BLOGLIST BERSAMA CIK OSHIN


Kalau berminat nak join segmen KlikSini
Jom ramai-ramai kita meriahkan segmen nie..

Berhenti Berharap


Janganlah berharap pada sesuatu yang belum pasti kita mampu perolehinya.. Berusahalah untuk memperolehinya janganlah hanya mengharapkan ianya jatuh bergolek kepada kita.. Sama-sama lah kita saling ingat-mengingati.. Usaha itu perlu untuk menjadikan kita lebih matang dan memperoleh pengalaman dan pengajaran..


Selamat Membaca..

Friday, April 15, 2011

JOM JOIN BLOGLIST BLOG CT MAZLINA ARMAN


Memandangkan tak tau nak tulis apa aku join je la segmen yang di anjurkan oleh Cik C-Tea nie..
kalau korang nak join sekali KlikSini tuk maklumat lebih lanjut..
Cik C-Tea saya seorang Bloggerwati..


Satu Kejadian

fuh! ari nie aku sebal banget.. mane tak nye tadi tengah ari pi makan kat bilik kawan bukannye ape segan kot rumet tengah tido tak nak ganggu die takut die jage plak kalau aku dan kawan aku makan kat bilik.. memang ari-ari makan kat bilik aku pi ari nie je tak.. kitorang pi la makan kat bilik kawan aku kat hujung.. Tengah-tengah makan aku teringat plak aku ade bace kat status rumet aku nie die nak makan kol 1.. sekali aku tengok jam dh lebih kol 1.. terus la aku pi kluar nak tengok bilik kunci ke tak coz tadi aku kluar aku tak tutup pun pintu.. sekali aku tengok pintu berkunci.. punye la aku gelabah mane tak nye aku tak bawa kunci pun aku tinggalkan kat dalam lagi satu henpon plak tak bawa.. biase aku bawak je.. pi ri nie tak bawak plak coz takde sape nak mesej pun.. Punya la aku risau sangat dah la nak exam kol 3.30.. aku punya la risau makan pun keruan pada hal dah abis makan.. hahaha.. 

pi aku masih tak duduk senang dok asyik memikirkan cam ne nak cari rumet aku nie.. lagi satu aku plak tak la hafal ngan nombor henpon die.. yang aku tau die pkai maxis 017.. 2 je yang aku tau..last-last pas makan aku suruh la kawan aku pi cari die kat kafe mane la tau die ade kat sane.. pastu kawan aku cakap takde.. aku cari la kat bilik kawan die.. dah la tak tau nombor bilik die so aku main terjah je la.. tengok selipar die ade ke tak.. cari punye cari tak jugak jumpe.. last-last aku pegi la kafe mane tau die baru je nak g kafe pas melepak bilik kawan die.. so, aku pinjam la jaket n tudung kawan aku nak pi kafe.. last-last aku ke temu jugak rumet aku.. aku pi serbu die kat kaunter nak bayar makanan.. aku cakap nak kunci coz tak bawa kunci... pastu aku pun pi la balik bilik siap-siap nak g exam..


so, pengajarannya di sini sentiasa la bawa barang-barang keperluan walaupun dekat atau pergi sekejap.. peringatan nie ditujukan kepada diriku sendiri... :)


Selamat Membaca..

Thursday, April 14, 2011

BEN ASHAARI GEGAR LAGI




Jom join ramai-ramai. 
kalau nak join KlikSini.
tarikh tutup: AHAD.

Saya Nak Keychain Dari Pee Dee


Kalau sapa-sapa nak join sila kliksini untuk maklimat lebih lanjut.

Tag:

kontes nie tutup pada 24 April 2011.

Wednesday, April 13, 2011

Jelajah Blog

Mentang-mentang la esok takde exam aku pulun habis la malam nie nak jelajah blog yang tak pernah nak tersampainya.. Kat bawah nie ade senarai blog-blog yang aku jajah. Dalam blog-blog nie macam-macam benda yang aku tak tau aku boleh tau.. Aku malas la da nak mencarut lagi. Kalau nak tau sangat tu korang klik la kat bawah tu.. Kepala masih serabut lepas jawab exam Arab tadi..
Layan je la jelajah aku yang lara kat blog-blog di bawah nie.



Aku rasa cukup je la kot setakat nie dulu aku jenjalan terjah blog-blog kat atas tu.. kalau tangan nie gatal sangat nak jenjalan lagi aku hupdate entry nie.. huh, mentang-mentang esok takde exam dengan penuh keyakinan dan kekomfoman langsung tak sentuh buku. Selamat Membaca.

Satu Ayat

Jenjalan dalam dunia maya nak tambah pengetahuan dan pengalaman dalam dunia blog..

Tahukah Kamu??

 Buah Delima

Buah delima merupakan buah yang berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalay dan Utar India. Ia digelar sebagai buah diraja. Di Perancis buah delima dikenali sebagai epal yang berbiji. Pokok delima ini mempunyai jangka hayat yang panjang dan boleh hidup hingga 200 tahun. Bagi kaum Cina buah delima dianggap sebagai lambang kesuburan dan panjang usia. Ianya akan berbuah selepas setahun hingga tiga tahun ditanam. Dalam kaedah rawatan tradisional, buah delima ini diproses dan dijadikan sebagai jamu untuk mengubati masalah sakit perut. Buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya mempunyai rasa yang pahit. Lapisan yang membahagi ruang antara biji buah delima bertujuan memelihara buahnya manakala seluruh biji buah dilitupi dengan kulit yang keras untuk melindunginya daripada hama.

Khasiat Buah Delima


Buah delima kaya  dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niasin, Vitamin C dan fosforus. Ia juaga mengandungi antioksidan yang tinggi untuk mengubati penyakit jantung dan barah. Selain itu, dalam rawatan Homeopati, buah delima digunakan untuk mengubati cirit-birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan masalah penghadaman kurang lawas. Kulit buah delima digunakan untuk mengubati masalah cirit-birit yang kronik, buasir berdarah, muntah darah, batuk darah, pendarahan rahim dan radang telinga. Buah delima ini juga bertindak sebagai penawar bagi merawat tekanan darah tinggi dan arteritis. Di samping itu juga, ia berfungsi sebagai menguatkan jantung dan membantu fungsi sistem saraf dan otot.


Buah Delima
Sumber : Majalah InTrend
Selamat Membaca.

Kau Sahabat Kau Teman

Terima Kasih Kepada Semua.. Sayang korang semua.. Sahabat selamanya..


Kau Sahabat Kau Teman
Artist: Hijjaz

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

Mari Mengenal Warna dalam Bahasa Arab

Mari mengenal nama-nama warna dalam Bahasa Arab.. Warna-warna yang disenaraikan adalah warna-warna yang mempunyai dua kombinasi.. Selamat belajar..

WARNA

Biru laut
أزرق بحري
Biru tua
أزرق غامض
Biru muda
أزرق سماوي
Kebiru-biruan
مائل الى الأزرق
Merah tua
القرمزي
Merah jambu
وردي
Merah manggis
لون أحمر داكن
Kuning langsat
قشدي اللون
Kuning telur
صفار البيض
Kuning emas
لون ذهبي
Hijau tua
أحضر غامق
Hijau muda
أحضر فاتح
Merah hati
قلوب حمراء
Merah muda
الوردي
Kuning cair
السائل الأصفر
Hijau epal
التفاح الأحضر
Putih telur
بياض البيض
Putih susu
الأبيض الحليب
Hijau pucuk pisang
الأحضر يطلق النار من الموز


Selamat Membaca.




GG Manchester United

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tabungan Lara

Jiwa Lara World - Bila Pena Mula Menari Menulis Kalimah Tanpa Hentinya...