Wednesday, April 13, 2011

Tahukah Kamu??

 Buah Delima

Buah delima merupakan buah yang berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalay dan Utar India. Ia digelar sebagai buah diraja. Di Perancis buah delima dikenali sebagai epal yang berbiji. Pokok delima ini mempunyai jangka hayat yang panjang dan boleh hidup hingga 200 tahun. Bagi kaum Cina buah delima dianggap sebagai lambang kesuburan dan panjang usia. Ianya akan berbuah selepas setahun hingga tiga tahun ditanam. Dalam kaedah rawatan tradisional, buah delima ini diproses dan dijadikan sebagai jamu untuk mengubati masalah sakit perut. Buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya mempunyai rasa yang pahit. Lapisan yang membahagi ruang antara biji buah delima bertujuan memelihara buahnya manakala seluruh biji buah dilitupi dengan kulit yang keras untuk melindunginya daripada hama.

Khasiat Buah Delima


Buah delima kaya  dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niasin, Vitamin C dan fosforus. Ia juaga mengandungi antioksidan yang tinggi untuk mengubati penyakit jantung dan barah. Selain itu, dalam rawatan Homeopati, buah delima digunakan untuk mengubati cirit-birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan masalah penghadaman kurang lawas. Kulit buah delima digunakan untuk mengubati masalah cirit-birit yang kronik, buasir berdarah, muntah darah, batuk darah, pendarahan rahim dan radang telinga. Buah delima ini juga bertindak sebagai penawar bagi merawat tekanan darah tinggi dan arteritis. Di samping itu juga, ia berfungsi sebagai menguatkan jantung dan membantu fungsi sistem saraf dan otot.


Buah Delima
Sumber : Majalah InTrend
Selamat Membaca.

3 comments:

Anonymous said...

Banyak ye khasiatnya. Selama ni tahu nama tapi tak pernah tengok buah tu bagaimana. @00 tahun ya jangka hayat pokok tu. Lama tu.

Jiwa Lara said...

Sekadar nak b'kongsi je..td bce inTrend..2 la nk kongsi2 kat kwn2 dlm blog nie..

Aizat Hamdan said...

nice fact :) :)

GG Manchester United

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tabungan Lara

Jiwa Lara World - Bila Pena Mula Menari Menulis Kalimah Tanpa Hentinya...